"Whatever the thing observed, one could find a connection with his experience of the moment"
Paolo Coelho
#Saturday
{ Market @ Jaya One }
Bazaar yang saya nanti-nantikan.Kenapa ?? Sebab ada banyak vendor kegemaran saya seperti Nurul Wonder Wardrobe, Calaqisya, House Of Allure dan ramai lagi.Saya pergi ke sana agak lewat haritu sebab nak pergi bersama-sama dengan tunang adik saya Tqah.Ramai-ramai pergi lagi best kan..Saya sempat beli kimono cardie dari Calaqisya.Selalu nak beli online mesti sold out.Alhamdulillah berjaya jugak beli warna kegemaran saya.Tak sabar nak gayakan nanti untuk Hijabi Fashion Week :) ( more pictures soon ! )
{ A+R Residence, Taman Seputeh }
Balik dari Market @ Jaya One, kami rushing pulak ke rumah Mr Attila & Ms Rozaila.Ada BBQ bersama dengan band Candy.Kalau part makan-makan ni sila panggil saya.Sebab saya suka makan !! hehe.Malam tu seronok sangat BBQ ramai-ramai.Kalau pergi rumah diorang ni, mesti ada dessert best-best seperti Red Velvet, Rainbow Cake & Chocolate Cake.Paling special haritu Ms Rozaila buat kuih cara berlauk, kuih bakar dan cucur udang.Thank you sebab invite kitorang datang !! ( more pictures soon! )
#Sunday
{ Rojak Subang SS 15 }
Hari Ahad merupakan hari malas saya dan Mr Kudud.Selamba bangun tidur lewat.Lepas tu mengadu perut lapar.Terus bersiap-siap pergi ke Rojak Subang SS15.Rindu dengan rojak dan cendol kat sana.Kami lepak sekali dengan kawan yang dah lama tak jumpa, Ungku Myra dan Botak.Seronok berborak-borak sambil makan rojak dan minum cendol.
{ F Block, Setia Walk Puchong }
Balik dari makan rojak, tak tau nak ke mana.Nak pergi shopping memang malas lah.Confirm sesak sebab orang baru dapat gaji kan.Sudahnya saya pergi ke butik favourite saya, F Block.Dulu saya selalu ke outlet Kota Damansara dan Bangsar.Tapi sekarang dah lagi dekat sebab F Block buka cawangan baru kat Puchong.Bolehlah saya shopping kat sana je.Tak payah pergi jauh-jauh.Butik F Block kat Setiawalk Puchong ni agak besar dan pilihan baju-baju pon banyak.Ingatkan nak window shopping je.rupa-rupanya sempat pulak saya beli sehelai checkered chiffon blouse.Memang dasar perempuan, pantang betul nampak baju cantik kan, mesti nak beli..hehe
From Puchong With Love,
LIZA RAZAK