Oct 19, 2012

Mari Pergi Klinik Adik Cici & Abang Cooter !!

{ St Angel Animal Medical Centre . 30th September 2012 }


" I'll let you be in my dreams if I can be in yours.  "
Bob Dylan





 Bulan lepas Cooter demam. Panas betul badan dia. Sebagai ibu bapa kucing yang bertanggungjawab (kononnye), saya dan Mr Kudud pun bawa Cooter pergi St Angel Animal Medical Centre Puchong. Nasib baiklah dekat je dengan rumah. Cici pun kami bawa sekali sebab nak hantar pergi vaksin dan ubat cacing sekali. Sampai sana jer..terkejut tengok orang ramai. Al maklumlah selama ni selalu pergi St Angel bila weekdays je. Tak pernah pulak pergi weekend.


Sepanjang kami menunggu sana selama sejam, Cici ni asyik gelisah je. Sebelum ni kalau dia nampak anjing, selalu berlagak cool je. Sekali tu ada nyonya ni bawak anjing Bulldog dia masuk dalam vet. Terus terketar-ketar badan Cici. Terus saya peluk dia...kesian pulak tengok sebab tak pernah tengok dia takut sampai macam tu. Agaknya dulu telinga dia yang cacat tu kena gigit dengan anjing bulldog kot...hehe


Akhinya doc panggil kami masuk dalam bilik check up. Memang betullah cooter demam. Doc bagi antibiotik dan vitamin. Cici pulak doc inject vaksin dan suruh kami bagi dia makan ubat cacing. Selalunya kalau kami bawa Cooter dan Cici ni pegi vet memang susah betul nak jaga si Cici ni. Buas sangat. Cooter selalu memang diam jer. Senang nak jaga. Agaknya sebab dah jadi abang kot, perangai pun dah behave sikit..hehe. Kalau korang vaksin kucing kat St Angel ni akan  dapat Pet Passport (macam gambar atas kanan). Senang nak check bila next vaksin dan deworm. Rabak duit Mr Kudud aritu hantar diorang pergi vet. Total bil dalam RM 100++. Tapi tak pelah, asalkan diorang sihat. Selepas 2-3 hari Cooter dah sihat dari demam dan sampai sekarang, selera makan dia dah naik 2 kali ganda. Makin gemuklah nampaknya abang Cooter ni...hehe


{ Pictures Taken From Instagram . Follow Me : pypylamb }



Love,
LIZA RAZAK




Oct 18, 2012

Char Kuey Teow Telur Ayam Dibasuh

{ Sungai Dua, Penang . 24th Sepember 2012 }



" Yesterday's just a memory, tomorrow is never what it's supposed to be. "
Bob Dylan





Siapa pernah makan Char Kuey Teow Sungai Dua angkat tangan !! Sungai Dua ni memang famous dengan Char Kuey Teow dan Mee Udang. Memang marvellous gila ! Selalunya kalau saya ada berdekatan area Sungai Dua ni pasti akan singgah makan kat sana. Kebetulan haritu, saya meneman tunang adik saya, Tqah pergi interview kerja di Kulim, Kedah. Dalam perjalanan balik tu, alang-alang dah sampai Penang, terus singgah di Sunway Carnival dan makan di Char Kuey Teow Sungai Dua. Nasib baik dapat jumpa adik saya sebelum balik ke KL. Adik saya bekerja di Penang. Dapatlah kami makan bersama-sama dengan dia. Satu lagi benda yang membuatkan nama Char Kuey Teow Sungai Dua ni famous sebab trademark " Telur Ayam Dibasuh". Bunyi memang kelakar gila tapi yang pastinya korang tak akan ragu-ragu lagi akan kebersihan telur ayam yang digunakan untuk memasak Char Kuey Teow ni.


 Harga Char Kuey Teow ni tak mahal mana pun. Dalam RM 4 - RM 5. Udang memang agak banyak dan fresh. Bayangkan haritu kami order Char Kuey Teow, Nasi Goreng Udang dan Udang Goreng. Banyak gila kan?? Kebetulan masa kami sampai di gerai tu, hujan memang lebat gila ditambah pulak saya memang tak makan tengah hari lagi. Mau nya tak lapar kan? Recommended sudah tentunya Char Kuey Teow dan Udang Goreng. Cuma Nasi Goreng Udang tak berapa sedap. Maybe sebab nasi dia lembik dan agak tawar. Personally saya paling suka udang goreng. Mula-mula masa order tu, ingatkan Udang Goreng tu memang semata-mata Udang Goreng je. Rupa-rupanya ada kuah sekali. Kuah aka sos tu memang sedap. Saya siap hirup kuah tu sampai habis !


Kalau saya ke Penang lagi, memang confirm saya akan singgah lagi..susah nak dapat Char Kuey Teow yang betul-betul sedap kat KL ni. Kalau sesiapa yang belum pernah cuba Char Kuey Teow Telur Dibasuh ni, silalah cuba. Saya tak pasti kalau ada gerai lain yang lagi sedap dari gerai yang saya makan ni. Kalau ada, inform saya yer. Memang confirm saya akan terjah !


{ Pictures Taken From Instagram . Follow Me : pypylamb }




Love,
LIZA RAZAK




Oct 15, 2012

Soprano Ukulele Vs Concert Ukulele

{ Ukulele Malaya, Batu Caves . 10th October 2012 }


" People seldom do what they believe in. They do what is convenient, then repent. "
Bob Dylan 




Rabu Lepas saya meneman adik saya, Peloq ke Ukulele Malaya di Batu Caves. Kali ni adik saya pulak nak beli Ukulele. Semua akibat selalu sangat main ukulele saya sampai terminat pulak nak beli satu untuk diri sendiri. Sebelum ni dia memang obses main acoustic & electric guitar. Sampai sana je, terus grab brand Kala, sama brand dengan soprano ukulele saya. Tapi saiz ukulele dia besar sedikit dari saya, dipanggil Concert Ukulele. Harga 2 kali ganda lebih mahal dari saya punya...wahhh...jeles! Sound concert ukulele brand Kala ni lagi bright dari saya punya, so bunyi chord bila dipetik atau strum lebih jelas. Seronok belajar main ukulele sekarang ni sebab saya dah ada geng sekarang. Tiap-tiap hari praktis strumming dan lagu baru dengan adik saya kat rumah. Dulu saya ingatkan main ukulele ni lagi mudah dari gitar, rupa-rupanya sama saja susah dengan gitar sebab pattern strumming ukulele ni ada pelbagai jenis. Setiap lagu ada jenis strumming yang tersendiri. Nasib baik Mr Kudud dan adik saya rajin mengajar saya kat rumah..hehe


{ Pictures Taken From Instagram . Follow Me : pypylamb }



Love,
LIZA RAZAK








Oct 13, 2012

Pre Loved Collection Vol 16 by Pypy Lamb Studio

STEAL THESE !!


Setelah lama mendiamkan diri, Pypy Lamb Studio kembali dengan Pre-Loved Collection yang baru !! Kali ini ada banyak dress yang cantik-cantik dan harga pun sangat berpatutan. Yang saya upload hanya sebahagian collection sahaja, kalau berminat dan nak tengok lagi collection yang lain. boleh klik link Pypy Lamb Studio di bawah ini :

Pypy Lamb Studio




Love,
LIZA RAZAK







Oct 10, 2012

WW : Pink Is a Four Letter Word

{ Wordless Wednesday )


{ Pictures Taken From Instagram . Follow Me : pypylamb }



Love,
LIZA RAZAK





Oct 9, 2012

Antabax Mr Cool Search 2012

{ One Utama . 22nd September 2012 }


" What's money? A man is a success if he gets up in the morning and goes to bed at night and in between does what he wants to do. "
Bob Dylan 



Cerita ni cerita bulan lepas sebenarnya. Tapi disebabkan saya malas gila nak update blog kebelakangan ni membuatkan entry ni dah agak basi. Sebenarnya kami ke sana untuk menjadi team supporters untuk Naz, anak sepupu Mr Kudud berjaya memasuki Top 10 untuk Mr Cool Search 2012 yang dianjurkan oleh Antabax. Event ini diadakan di One Utama, betul-betul berhadapan dengan butik Victoria's Secret.


Tengoklah betapa ramainya penyokong Naz ni.. Semuanya family tau !! Habis satu row tempat duduk yang disediakan oleh penganjur kami belasah. Itu pun ada family kitorang yang tak dapat duduk. Semuanya datang untuk support Naz !


Event dimulakan dengan persembahan Flash Mob.. memang teruja habis tengok sebab diorang semua menari Gangnam Style. Antara juri yang mengadili peserta adalah Ziana Zain yang merupakan duta untuk Antabax. Cantik betul dress yang Ziana Zain gayakan haritu. Peserta diadili dengan pelbagai jenis cabaran seperti catwalk, Q&A dan talent. Part talent yang paling best sekali sebab kelakar betul tengok diorang ni masing-masing menunjukkan bakat terpendam menyanyi, menari, muay-thai dan kick boxing. Yang malu-malu pun ada jugak. Al maklumlah kena perform depan orang ramai..hehe. Naz (gambar tengah ) pulak menari dengan bola sambil malu-malu. Kelakar betul tengok !


 Sementara menunggu juri mengira markah para peserta, ada acara selingan untuk penonton lelaki pulak. Kena catwalk atas stage. Kami semua ramai-ramai vote Mr Kudud naik atas stage untuk catwalk bersama-sama 3 orang penonton lain. Bengang je Mr Kudud time tu sebab kitorang ramai-ramai kenakan dia. Tapi apa pun Mr Kudud sporting sangat catwalk atas stage walaupun kami semua ketawakan dia. Macam-macam gaya Mr Kudud buat...hehe. Walaupun kalah, tapi dapat juga hadiah shower foam sebotol.


Walaupun Naz tak memenangi 3 tempat teratas, tapi at least dapat juga menimba pengalaman dan menambah skill public speaking. Mana tau tahun depan ada rezeki pulak menang kan?


{ Pictures Taken From Instagram . Follow Me : pypylamb }



Love,
LIZA RAZAK










Oct 4, 2012

Look Of The Day : Ethnic Creative

" Unique and different is the next generation of beautiful."
 Taylor Swift



Shawl, Zara | Embroided Jacket, H&M | Ethnic Palazzo Pants, Nurul Wonder Wardrobe
Fringed Sling Bag, This & That | Owl Long Necklace, Cats Whiskers | Ethnic Flats, Vincci



 Love,
LIZA RAZAK





Oct 1, 2012

H&M Malaysia

{ H&M Bukit Bintang . 27th September 2012 }




 Semenjak demam H&M melanda Malaysia, saya pun antara yang tak sabar-sabar nak melihat sendiri apa tarikan sebenar H&M ni. Khamis lepas, saya, adik saya dan kawan-kawan pergi shopping beramai-ramai di H&M Lot 10. Konon-konon plan pergi on weekdays sebab nak mengelak crowd yang ramai. Rupa-rupanya tekaan kami tu salah...penuh gila dengan orang ! Nak bayar kat kaunter dan try baju kat fitting room pun kena beratur panjang !


Bagi saya..kebanyakkan price range yang ditawarkan sangat berpatutan kena dengan kualiti. Sebagai contoh plain blazer pelbagai warna berharga RM 79 - RM 129. Skinny pants pun murah, RM 39.90 - RM 79. Murah kan? Harga jauh lebih murah dari Forever 21 dan Topshop dan design pun sangat praktikal dan sesuai untuk peringkat umur. H&M Lot 10 ini 3 tingkat. 2 tingkat untuk perempuan dan tingkat atas sekali untuk kanak-kanak dan lelaki. Kepada sesiapa yang gemarkan corak tribal, bohemian dan rock & roll, saya memang cadangkan korang pergi ke H&M ni. Sila bawak duit banyak-banyak sebab banyak gila baju cantik-cantik dan murah !


Haritu saya berjaya membeli satu jaket berwarna biru ala-ala sports sweater jacket dan satu skinny jeans berwarna merah. Next time confirm akan datang lagi sebab saya nak tambah koleksi blazer pulak...hehe. Dengar kata H&M akan buka satu cawangan lagi di Setia City Mall pulak. Wahhh...lagi dekat dengan rumah !! *excited*

{ Pictures Taken From Instagram . Follow Me : pypylamb }




Love,
LIZA RAZAK







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...