{ Al Halabi Lounge, JW Marriot Hotel . 28th July 2012 }
“ This is what we call love. When you are loved, you can do anything in creation. When you are loved, there's no need at all to understand what's happening, because everything happens within you.”Paulo Coelho, The Alchemist
Sabtu lepas saya menghadiri majlis iftar bersama The Scarflets dan Sunsilk. Majlis bermula pukul 6.30 petang dan berakhir pukul 10 malam. Mula-mula sampai di JW Marriot Hotel tu nervous gila...al maklumlah pertama, sebab saya pergi seorang, kedua, kebanyakan yang datang tu blogger-blogger yang terkenal seperti Yuyu Zulaikha, Sheril Sheridan, Atikah Uyun, Shahirah Elaiza dan Emmy Zuraihan. Sampai sahaja di Al- Halabi Lounge tu, mata berpinar-pinar kejap. Masya Allah...cantiknya lounge ni. Lighting pun sangat romantik. Kemudian saya disambut oleh pihak Sunsilk yang sangat friendly. Seterusnya saya diminta untuk bergambar dengan photographer dan mereka bertanya apa signature outfit saya haritu. Saya pun jawab maybe cincin saya kot..belasah je..nervous punya pasal..hehe. Kemudian pihak Sunsilk snap gambar cincin saya tu menggunakan Instax Fujifilm untuk sesi Polaroid. Saya lihat kebanyakan blogger-blogger dah pun sampai. Duduk je terus perkenalkan diri kepada blogger-blogger. Tak tau kenapa nervous saya terus hilang bila berkenalan dengan diorang ni. Semua kepala otak gila-gila dan sangat friendly.
Lagi 10 minit sebelum berbuka puasa, pihak Sunsilk mengajak kami mengambil makan di ruangan Buffet. Banyak gila makanan sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Semuanya ala-ala Arab dan Western.Ada nasi arab, grilled lamb, dessert dan macam-macam lagi. Seronok betul berbuka beramai-ramai dengan blogger yang baru saya kenal. At least boleh merasa pengalaman baru :)
Kemudian majlis pun bermula dengan ucapan alu-aluan dari pihak Sunsilk..Seterusnya kami diminta berkongsi pendapat tentang masalah rambut yang biasa dihadapi oleh wanita yang berhijab. Saya paling suka bahagian sharing ni sebab masalah rambut wanita berhijab tak sama dengan wanita yang free hair. Sekurang-kurangnya perkongsian ini dapat memberikan inspirasi kepada pihak Sunsilk untuk mempelbagaikan dan memperbaiki lagi mutu produk di masa akan datang. Selain daripada itu, kami ada sesi polaroid game dan suai kenal antara blogger dan pihak Sunsilk.
Last but not least....akhirnya kami terpaksa berpisah. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Sesi terakhir merupakan sesi bergambar. Malangnya saya tak bawa external flash haritu. Gambar banyak yang tak cantik. Sorry yer kawan-kawan. Walaupun saya bawak DSLR tapi disebabkan lighting lounge tu agak malap, kualiti gambar yang dihasilkan agak teruk. Anyway...terima kasih yang tak terhingga buat Sunsilk Malaysia kerana menganjurkan majlis Iftar seperti ini. Terus terang saya cakap..memang the best !!
p/s : Kepada rakan-rakan blogger Iftar Sunsilk ( Aina, Mediha. Isya, Iylia, Nana, Yuyu Zulaikha dan ramai lagi yang saya tak sebutkan di sini ), Love meeting all of you !!
Love,
LIZA RAZAK