Nov 21, 2013

[MUST HAVE] Clara Chiffon Dress by Q Adni


[ SPONSORED POST ]



Assalamualaikum & Hello.

Pertama sekali saya nak ucapkan jutaan terima kasih untuk Mas dari Q Adni. Terharu tau bila awak email saya 3 minggu lepas untuk review dress dari Q Adni. Dapat je parcel, terus teruja nak pakai Clara Chiffon Dress ni. Alahai...cantiknya!! Mula-mula tengok macam tak muat je..hehe al maklumlah lately berat saya naik sikit. Material dress pulak dari chiffon, memang tak berapa stretch sangat. Tapi tekaan saya tu salah sebab walaupun dress ni fully lining, tapi dress ni sangat selesa dipakai ! Mr Kudud pun puji cakap dress ni cantik :)

Honestly saya sangat jarang pakai warna fuchsia pink ni...selalunya saya akan pakai warna earth tone je kalau ke mana-mana. Mula-mula pening jugak fikir macam mana nak gayakan sebab saya tak berapa biasa dengan warna terang macam ni. Rupa-rupanya warna fuchsia pink ni cantik pulak dipakai. Boleh feeling-feeling comel gitu. Potongan dress ni pulak ala-ala fishtail dan labuh. Sangat sopan bila dipakai. Jangan ingat dress potongan sebegini tak praktikal tau sebab ia boleh dipakai formal ataupun casual. Value for money !

Macam saya cakap tadi, dress ni fully lining so tak payah susah-susah nak kena pakai inner lagi kat dalam. Walaupun ada lining di dalam, tak rasa panas pun. Suka !!! Saya bersaiz UK 12 ataupun L, memang susah nak dapat dress free size yang ngam dengan pinggang saya yang lebar ni..hehe. Dress ni ada potongan sikit tapi masih longgar dipakai. Satu lagi yang menarik pasal dress ni, pinggang saya nampak kecik dan kurus sikit (antara sebab saya kurang gemar pakai warna-warna terang, sebab takut pinggang nampak lebar). Material pulak dari high quality chiffon, memang nampak mahal dan eksklusif. 

Sebenarnya pada leher/collar dress ni ada embellishment (gambar kanan atas) tapi disebabkan saya pakai shawl labuh, tak nampak pulak. Bagi yang gemarkan baju muslimah yang sopan, Clara Chiffon Dress ni memang untuk korang. Ada 11 warna yang boleh dipilih dan lengan pulak ada cuff bergetah. Kalau tak nak pakai stokin tangan pun ok.

Saya cerita sikit serba ringkas tentang Q Adni. Mereka menyediakan busana muslimah yang sesuai untuk para wanita dan remaja di luar sana serta menawarkan harga yang berpatutan untuk kekal menawan. Sesuai dengan konsep mereka, Adorable & Affordable. Ada banyak pilihan cardigan, dress dan baju yang boleh dipilih. Harga jangan risau. Semuanya berpatutan.

 Apa Yang Saya Suka Tentang Clara Chiffon Dress by Q Adni :

Fully Lining
Potongan Fishtail
Labuh/Midi Dress
Praktikal (Formal/Casual)
Chiffon Berkualiti Tinggi
Dress ikut potongan badan tapi masih longgar
Selesa
Tak Panas
Harga Berpatutan
Lengan Cuff
 

Sekarang mari saya buktikan yang Clara Chiffon Dress ni sangat praktikal. Gambar di atas ni contoh gaya casual yang boleh dipakai dengan dress Clara ni. Siap boleh pakai dengan sneakers lagi ! :)


Yang ni pulak contoh gaya semi-formal. Sesuai digayakan ke pejabat (boleh digayakan dengan seluar), kenduri (cuma pakai matching maxi skirt ataupun kain batik), ataupun kuliah. Yang penting kena kreatif!

Clara Chiffon Dress by Q Adni :
RM 62 (Tak Termasuk Postage)
Free Size (Fit Until Small L)

Berminat?

Like Facebook Fanpage Q Adni :
https://www.facebook.com/qadni

Website :
http://qadnigallery.blogspot.com

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi :
qadnigallery@gmail.com





Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

Nov 15, 2013

Lookpost : Heritage With Style



" The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries, or the way she combs her hair. The beauty of a woman is seen in her eyes, because that is the doorway to her heart, the place where love resides. True beauty in a woman is reflected in her soul. It’s the caring that she lovingly gives, the passion that she shows and the beauty of a woman only grows with passing years. "
Audrey Hepburn





Simple Mix & Match For Formal Occasion/Wedding.


WHAT I WORE
Glitter Silver Shawl, F Block ( http://www.fblock.com.my )
Lace Me Up Cardigan, Old Blossom Box Store ( http://www.oldblossombox.com )
Turtle Neck Inner Top, Blook Bangsar ( http://www.blook.com.my )
Antique Sumatera Dokoh, Pasar Antik Jl Surabaya, Jakarta
Borneo Batik, The Labels ( http://thelabels.net )
Hamilton Saffiano Leather Satchel, Michael Kors
Glitter Medium High Heels, Victoria Delef ( http://www.zalora.com )




Love,
LIZA RAZAK






FOLLOW ME

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

Nov 14, 2013

Hello Jakarta : Ancol



“When each day is the same as the next, it’s because people fail to recognize the good things that happen in their lives every day that the sun rises.”
  Paulo Coelho, The Alchemist



Entry Sambungan (Klik Link Untuk Baca) :



DAY 2 . 6 OCT 2013
( Ancol )


Assalamualaikum & Hello.

Dah lama tak sambung cerita Jakarta ni kan? Harini nampaknya saya rajin terlebih...so saya nak cerita destinasi kami seterusnya selepas kami melawat Museum Wayang. Masa ni sebenarnya kami dah buntu nak jalan ke mana sebab sepatutnya kami ke Monas Tower. Bila nak masuk Monas Tower je..orang ramai gila pulak kat situ. Kami tangguhkan ke malam. Bila check Trip Advisor, antara destinasi yang menarik dicadangkan dalam website tu adalah Ancol.

Ancol ni kalau kat Malaysia lebih kurang macam Sunway Lagoon ataupun Genting Theme Park. Tapi kawasan Ancol ni luas gila dan bersebelahan dengan laut. Kena jalan sehari suntuk baru boleh habis agaknya. Ada banyak theme park dan aktiviti ditawarkan seperti Taman Pantai, Pasar Seni, Sea World, Gondola, Atlantis, Bowling, Paintball, Ancol Art Academy dan Ecopark. Mamandangkan kami kesuntukkan masa, lapar dan letih kami decide untuk naik Gondola je. Ok la kan...dari Gondola tu boleh naik pusing satu Ancol ni. Tengok pemandangan pun jadilah. Nak main games dan ronda-ronda kat situ memang tak larat kot. Nak masuk ke taman tema ni kena bayar kat pintu gerbang. Kalau naik kereta harga lain, naik motor harga lain, atau naik bas rombongan pun harga lain. Memandangkan kami naik kereta berlima (termasuk pak supir), kami kena bayar Rp 20,000 seorang (RM 5.50). Tu baru masuk pintu gerbang je tau. Kalau nak masuk Bowling, Paintball, Seaworld dan sebagainya, kena bayar asing. Sampai je kat pintu masuk Gondola ni, standard la kena beratur. Nasib baik tak ramai orang. Seorang kena bayar Rp 40,000 (RM 11.00) untuk naik naik Gondola ni.


Kami naik Gondola ni dalam pukul 3 petang. Memang panas la dalam Gondola tu..nak pulak laluannya tepi laut. Nasib baik lah boleh tengok pemandangan menarik. Lupa lah sikit pasal cuaca panas tu. Pada saya, Ancol ni biasa je kot. Lagi best Genting Theme Park kalau nak compare. Pasal kebersihan sesetengah-tengah tempat permainan kat theme park ni, saya agak musykil sikit. Sebab dari Gondola tu...nampak macam kurang bersih je. Tapi tak semua la. Kalau korang peminat aktiviti adventure, bolehlah ke sini. Rasanya destinasi ni first and last kot...hehe. Tapi for the sake nak jalan-jalan tengok Ancol ni..ok la..Tapi antara aktiviti yang menarik perhatian saya, adalah 'Wake Surfing'. Yang ni nampak cool...Sepanjang kami kat dalam gondola tu..kerja camwhore je la...badan pulak dah letih dan masa tu fikir nak makan je. Kitorang sempat breakfast kat hotel je pagi tu. Mana tak laparnya...hehe. Tips kalau nak pergi ke Ancol ni, silalah sewa kereta untuk satu hari sebab dari satu destinasi ke destinasi yang lain agak jauh. Memang pengsan la nak jalan kaki. Selain daripada tu boleh jimatkan masa.

Tak de keje punya pasal, macam biasalah saya record video...


Jumlah Perbelanjaan Seorang (Tak Termasuk Shopping & Makan)
  Bayaran Masuk Di Pintu Gerbang : Rp 20,000 = RM 5.50
  Bayaran Masuk Gondola Ride : Rp 40,000 = RM 11.00
Jumlah =  RM 16.50


Kalau korang nak tahu lebih banyak info mengenai Ancol ni, boleh klik official website Ancol ni di bawah :
http://www.ancol.com 




Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME

Zalli & Eza Wedding



“So, I love you because the entire universe conspired to help me find you.”
  Paulo Coelho, The Alchemist




{ Dewan Meranti, Sungai Buloh . 26 October 2013 }


Assalamualaikum & Hello.

Akhirnya bestfriend kami, Zalli dan Eza telah selamat melangsungkan perkahwinan 26 Oktober lepas..Majlis sangat meriah. Saya suka deco dan tema wedding ni...hitam, putih dan kuning. Ala-ala bendera negeri Perak gitu. Sayangnya saya tak banyak snap gambar haritu sebab tengah bebal dan tensi gila. Nak tau kenapa? Ada ke patut awak DSLR tapi terlupa bawak memory card. Boleh gitu? Haishh...ini semua sebab kelam kabut punya pasal..hehe


Nasib baiklah ada ipad mini cabuk saya ni. Dapat juga rakamkan gambar kenang-kenangan walaupun gambar macam ntah hape-hape. Oklah daripada nan hado kan...Wedding ni istimewa dengan kehadiran artis seperti Hafiz dan Akim AF. Kawan saya ni manager Hafiz...haruslah dapat jumpa Hafiz kan..hehe. Seronok dapat tengok Hafiz dan Akim menyanyi sambil menjamu selera. Majlis bermula pukul 9 malam. Sebenarnya dari pukul 5 petang lagi kami dah sampai kat dewan majlis. Tolong pengantin hiaskan dewan dengan pasang tanglung dan susun door gift di meja makan. Siap je kerja terus kelam kabut bersiap kat stesen minyak berdekatan...nasib baik sempat bersiap sebelum majlis bermula sebab saya kena jadi usherette pulak masa majlis tepung tawar.


Habis je menjamu selera, kami dah tak duduk di tempat masing-masing dah. Semua sibuk berborak-borak dan tangkap gambar. Bukannya jumpa selalu. Bestfriend saya, Myra Omar pun datang jugak. Dia pun bakal pengantin jugak tahun depan. Cantik kan Myra ni? 


Tengah sibuk-sibuk camwhoring dengan kawan saya Zarith ni, tiba-tiba je si Hafiz nak menyelit...sabo je lah kan... Hafiz ni memang gila-gila sikit. Kalau lepak dengan dia, tak gelak guling-guling memang tak sah pasal dia ni kaki lawak. Ada saja benda nak dibahankan.


Pengantin haritu pakai baju warna tema champagne.. tak pasal-pasal saya sudah terminat warna ni pulak. Baju raya tahun depan warna champagne boleh tak Mr Kudud? hehe


Paling tak boleh blah, Mr Kudud. Kemain lagi menggeletis nak pakai baju melayu nikah kitorang 3 tahun lepas. Nasib baik muat lagi..ada niat nak pasang sorang lagi ke? hikhik.

Saya sempat rakamkan video Hafiz dan Akim berduet menyanyikan lagu Dealova khas buat pengantin. Sweet...mesti pengantin rasa terharu kan?

Masih belum terlambat lagi saya nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Zalli dan Eza. Padahal dah wish haritu. Tapi tetap nak wish lagi...hehe. Semoga berkekalan sehingga ke anak cucu cicit...



Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

Nov 12, 2013

Churpout 2013




“It's the possibility of having a dream come true that makes life interesting.”
  Paulo Coelho, Alchemist



{ Setia City Mall . 19 October 2013 }


Assalamualaikum & Hello.

Pheww...berhabuknya blog ni! Hehehe..macam tak biasa pulak kan...rajin seminggu lepas tu malas seminggu pulak...korang apa khabar? Rindu nak blogwalking..kejap lagi saya jalan-jalan ke blog korang yer..Minggu ni ni saya macam free sikit. So bolehlah update blog dan blogwalking macam biasa. Nampak gambar saya dan Mr Kudud kat atas tu? Tu gambar edisi macam comel je..macam cantik je..hahaha. Excited terlebih pasal kitorang nak pergi Churpout 2013 kat Setia City Mall bulan lepas. Eh..orang lain dah berzaman update pasal Churpout 2013, saya baru nak update....hehe.


Kami sampai ke Setia City Mall lebih kurang pukul 3 petang. Jalan-jalan dalam Setia City Mall dulu..dah boring window shopping dan lunch kat situ, baru kami gerak ke tapak Churpout 2013 yang terletak bersebelahan dengan shopping mall. Masa tu tengok langit dah mendung, ala-ala nak hujan. Tapi redah je la...confident tak nak bawak payung tu...hehe. Mula-mula ingat nak register dulu...tapi mengada pulak nak camwhore dan jalan-jalan. Masa tu orang agak ramai membanjiri tapak Churpout ni.


Macam-macam booth dan aktiviti disediakan. Mini bazaar pun ada. Kiranya 3 in 1 la. Boleh makan, main games, dan shopping kat situ. Kalau register, boleh dapat goodie bag. Nak dengar cerita sedih tak? Disebabkan saya mengada-ngada tak pergi register dulu, saya tak sempat nak redeem goodie bag Churp Churp yang best tu sebab beberapa minit kitorang jalan-jalan, hujan turun agak lebat. Tak sempat nak snap gambar dan join aktiviti kat situ. Sedih kan? 


Ini gambar yang saya sempat snap sebelum hujan turun. Huhu..sedihnya...


 Walaupun sedih sebab tak dapat lama di sana, saya sempat jumpa dengan blogger, Zarena Heeney (http://zarenaheeney.blogspot.com) sebelum hujan turun. Dia yang tegur saya dulu. Terharu saya masa tu..sempatlah berbual-bual kejap dan bertegur sapa. Next time kita jumpa lagi yer sis Zarena!


Dalam banyak-banyak booth, booth Fashion Valet saya paling suka! Mana taknya, almost 2 minggu sekali mesti saya shopping kat Fashion Valet! Sampai rasa addicted pun ada...hehe. Haritu ada special gift untuk FV member, dapat 20% discount voucher. Waa...ini yang buat makin berkobar-kobar nak shopping online ni!! 


Tengah saya sibuk-sibuk membelek baju kat booth Fashion Valet, saya ditegur lagi oleh Mek Onie (http://letopkeypad.blogspot.com). Korang mesti kenal Onie ni kan? Sempat lagi kami bergambar berdua-duaan...hehe. Thank you Onie susah payah hantar gambar ni kat FB..Itu pun tak sempat juga nak borak lama-lama sebab hujan. Adoi...banyak betul benda saya miss haritu. Tapi tak apalah. Tak ada rezeki. Lepas jumpa dengan Onie, kami terpaksa gerak balik awal ke rumah. Kebetulan pulak hujan lebat dan Mr Kudud pun ada meeting malam tu. Apa pun seronok dapat jumpa Onie dan sis Zarena haritu..Next time kita jumpa lagi ok?







FOLLOW ME

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...