Jan 29, 2015

Featured In EH! January 2015






Assalamualaikum & Hello.

Harini tukar cerita lain la pulak kan? Boring la asyik cerita pasal Hong Kong jer. Harini nak kepoh cerita pasal saya masuk majalah EH! bulan ni. Dah nak habis bulan Januari baru nak cerita kan? Sapa ada beli majalah EH! bulan ni bolehlah buka muka surat 74 dan 75. Ada 2 muka surat penuh pasal citarasa fesyen saya. Semua persalinan ditaja oleh GUESS. Seronok photoshoot dapat pakai collection GUESS yang baru.


Sebenarnya ini merupakan salah satu hadiah yang saya menangi sebagai Juara EH/GUESS Blogger Awards 2014. Selain daripada itu saya dapat Baucer GUESS RM 2000 dan Wang Tunai RM 2000. Terima kasih kepada yang mengundi saya!! Semua yang dapat top 4 haritu pun blogger hebat-hebat belaka. Saya pun tak sangka boleh menang.


Haritu masa nak beli majalah ni, yang paling excited sekali bukan saya...Mr Kudud tau. Mana taknya...dia tak sabar nak tengok muka saya sebab masa photoshoot di studio, kemain lagi dia ketawakan saya terkial-kial posing. Nak cari modal mengutuk la tu...ceh!!


Kalau nak baca cerita saya dalam EH! January 2014, masih boleh dapatkan di kedai buku berhampiran. Esok saya update gambar behind the scene masa photoshoot di Blu Inc Studio November lepas. Till then...Bye!




Love,
LR






FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

Jan 28, 2015

HKG - KUL . Hello Malaysia, I'm Back !





[ Hong Kong International Airport . 24th January 2015 ]


Assalamualaikum & Hello.

Alhamdulillah...saya dah selamat sampai KL Sabtu lepas. Lambat update blog ni pasal sibuk mengemas rumah dan mendobi baju. Al maklumlah dah 2 minggu tinggalkan rumah. Hari Isnin lepas kelam kabut siapkan baju-baja Mr Kudud nak pegi Singapore pulak. Baru je balik sini, dah kena outstation balik...huhu. Macam-macam benda nak kena settle. Harini dah lega sikit, baru ada masa nak update.


Flight kitorg pukul 12.55 tengah hari. Pukul 8.30 pagi kitorang dah check out hotel sebab airport agak jauh dari tempat kami menginap, Kwun Tong. Airport ni terletak di Lantau Island. Manakala hotel kami, L' Hotel Elan terletak di sebelah tanah besar (mainland). 30-40 minit jugak nak sampai ke airport. Kami naik cab je sebab luggage banyak kan. Kalau naik Airport Express pun boleh jugak tapi disebabkan kami malas nak heret luggage, kami amik cab jer. Kalau nak balik make sure korang kena tau flight korang terminal yang mana satu yer. Tak silap saya ada 2 terminal. Please check awal-awal. Memandangkan kami naik Cathay Pacific, kami kena check in luggage kat Terminal 1. 

Pukul 9.30 pg kami dah sampai airport, kali ni tak adalah kelam kabut sangat nak cari kaunter check in sebab ini dah kali kedua kami di HK Airport. Kira macam dah pro jugak aa. Satu jer benda yang tak best pasal Cathay Pacific ni. Luggage limit 20 kg sahaja. Kalau naik MAS haritu kami dapat 30kg seorang. Memang best mengangkut segala mak nenek barang shopping bila nak balik. 
 
Settle check in luggage, kami pegi makan fast food kat Popeye's. Kalau korang lapar kat sini, bolehlah makan kat Popeye's. Fast food ni diiktiraf halal. Kalau tak percaya boleh la tengok logo halal tu sebelum masuk kedai ni. Korang tengok je kat directory lokasi Popeye's ni. Hong Kong ni pemurah dengan signboard dan directory. Datang sorang pon boleh survive kat sini. Orang Hong Kong ni pulak rupa macam sombong tapi friendly dan helpful. Jangan terkejut kalau korang tanya direction, diorang susah payah tolong bawakkan sampai ke lokasi. Selama lebih sebulan saya stay kat HK (termasuk trip 3 minggu saya October tahun lepas), tak adalah rasa seksa duduk kat HK ni. Cuma cost of living je la mahal. Selain daripada tu, memang seronok stay kat HK ni. Kalau migrate pun saya sanggup!
 

Masa kami makan breakfast tu, kami terjumpa satu famili malaysian yang baru sampai dari Kota Kinabalu. First time datang HK. Banyak tips kami share dengan diorang. Daripada sim card, octopus card, tiket Disneyland dan macam-macam lagi. Borak punya borak sampai kitorang lambat masuk gate sudahnya! Dahlah gate kami jauh...kat Terminus. Kena naik tren untuk pegi gate. Nasib baik sempat sampai...hehe. Kalau naik Cathay Pacific ni semuanya pakai Airbus. Haritu kami naik Airbus 333 lebih kurang Boeing 777 je seating dia. Actually ini first time saya naik Cathay Pacific. Not bad la cuma makanan dia tak kena dengan tekak saya. Selalu makan tak habis...hehe. Masa flight dari KL haritu, teruk kami kena turbulence. Lebih kurang sejam jugak la kena turbulence. Sampai saya tak boleh tido. Takut gila. Dah terbayang macam-macam masa tu. Makanan pun lambat serve pasal turbulence tu...hehe


Nasib baik flight balik ni aman-aman je konsepnyer. Smooth flight gitu. Sedap je saya membuta sepanjang 3 jam lebih dalam tu. Flight kami lambat take off pasal kena queue panjang dengan flight lain. HK Airport ni memang busy gile. Nak take off pon kena beratur panjang tau. Bayangkan patutnya gerak pukul 12.55, pukul 1.35 baru take off. Tapi still sampai on time pukul 4.35. Kemain laju pilot bawak yerr. 
 

Naik Cathay Pacific ni ada in-flight entertainment. Tak adalah boring sangat. Ada movie, tv series, in-flight shopping dan games. Makanan dia serve 2 kali. 1 snack dan satu lagi main course. Haritu diorang serve chicken rice. Kalau naik Cathay Pacific dari Malaysia - Hong Kong ataupun Hong Kong - Malaysia, korang jangan risau pasal status Halal. Sebab saya dah tanya stewardess. Memang semuanya Halal. Bolehlah memcekik tanpa ragu-ragu...hehe


Mr Kudud ni spesis tak ada perasaan kalau naik flight. Turbulence ke apa ke, dia belasah tido je. Tapi kalau time makanan sampai pandai pulak terjaga sendiri...ish ish ish..chicken rice yang saya rasa tak sedap tu pon dia belasah makan sampai habis. Sebab tu saya cakap dia ni spesis tak ada perasaan...hehe. Ye la dia tiap-tiap minggu pun naik flight. Memang dah boring la kot. 

Kalau korang ada plan nak ke HK, korang boleh tengok 3 jenis airlines ni. Air Asia, MAS dan Cathay Pacific. Kadang-kadang MAS lebih kurang harga dengan Air Asia. Cathay Pacific dan MAS selalu JV. Kadang-kadang korang beli tiket Cathay tapi naik MAS ataupun sebaliknya. Harga kedua-dua ni lebih kurang je. Tengoklah mana lebih murah. Saya lagi prefer naik MAS sebab luggage dapat 30kg, makan sedap dan layanan lagi tip top.


Actually Ahad ni Mr Kudud fly balik ke HK. Stay sana 2 minggu lagi. Kali ni saya tak ikut. Tak ada duit nak beli tiket dah. Lagipun 3minggu+2 minggu stay kat HK, merata dah kitorang jalan. Sampai naik boring pun ada. Saya nak simpan duit untuk famili trip ke Medan pulak bulan Mac ni. Eh lupa..bulan Februari trip dengan kawan-kawan ke Kuching lagi. Huwaaa....mana nak cekau duit tu!!!
 
Nanti saya share tips dan pengalaman saya di HK lagi ok? Tapi saya akan mulakan dari trip tahun lepas. Time tu banyak tempat kami explore termasuk Macau dan Disneyland. Trip kali ni biasa-biasa je. Ok...Till then...





Love, 
LR

 
 
 
 
 
FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK
 

Jan 23, 2015

Lookpost : Winter In Kowloon






"I think there is beauty in everything. What ‘normal’ people would perceive as ugly, I can usually see something of beauty in it."
 Alexander McQueen


WHAT I WORE
Wide Cotton Shawl, MELUR & ORKED
Turkish Handmade Cashmere Scarf, ISTANBUL GRAND BAZAAR
Tiger Printed Satin Top, RIVER ISLAND
Biker Jacket, GUESS
Skinny Jeans, GUESS
Preppy Nylon Backpack, MARC BY MARC JACOBS
Boots, DR MARTENS





Love,
LR





- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Location:Chong Yip Street, Kwun Tong, Hong Kong

FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

Jan 22, 2015

Movie Date at Palace Kwun Tong





[ Palace APM, Kwun Tong . 13th January 2015]


Assalamualaikum & Hello.

Apa khabar Malaysia? Hujan lebat lagi tak kat sana? Tak sabar nak balik Malaysia makan masakan kampung. Kat sini hari-hari saya makan nasi dan lauk dalam tin. Kesian tak? Kadang-kadang jer beli ikan salmon. Sini makanan mahal gila tau. Especially sayur dan seafood. Beli pun ala kadar untuk makan berdua jer. Asalkan isi perut. 

Memandangkan ini kali kedua kami stay lama kat Hong Kong, dah kurang excited nak jalan-jalan beria macam tahun lepas. Kami hidup macam orang local dah kat sini. Nasib baik shopping mall dekat gila dengan hotel. Tiap-tiap hari pergi pun boleh. Macam-macam ada kat situ...nak makan luar je tak boleh..hehe. Area Kwun Tong ni memang tak ada makanan halal sebab banyak orang local jer stay dan bekerja kat sini. Foreigner pun tak ramai. Kalau nak makanan halal, kami selalu ke Mongkok, Jordan ataupun Tsim Sha Tsui. Situ ada banyak kedai makan arab dan india yang halal. Tapi tak boleh makan selalu...mahal gila!!

Masa kami baru sampai haritu, boring punya pasal kami tengok wayang hokeyy...teringin sangat nak tengok Taken 3, saya ajak Mr Kudud tengok wayang kat APM Kwun Tong. Takut tak sempat nak tengok bila balik Malaysia nanti..hehe.


Haa..kemain tengok wayang kat Hong Kong tau!! Nama panggung wayang ni Palace APM. Ala-ala TGV ataupun GSC kat Malaysia. Masa beli tiket tu, awal-awal lagi saya tanya language macam mana? Takut nanti alihbahasa dalam bahasa kantonis ke..memang menganga la kitorang tengok wayang tu nanti. Awek kaunter tu cakap dalam English cuma subtitle jer dalam kantonis. Ok la..at least boleh paham kan. Tanya la berapa tiket wayang kat HK ni? Mahal hokeyy!! Kitorang amik seat paling murah tau...itupun kebetulan hari Selasa memang wayang murah. Itupun HKD 65 lebih kurang RM 30 duit kita. Hari biasa HKD 85 tau. Gila la mahal. Kalau kat Malaysia, RM 30 tu boleh dapat seat Beanie kat TGV tau. Baru RM 23 jer. Bersyukurlah jadi rakyat Malaysia walaupun hari-hari komplen barang mahal...haha.

Bagusnya orang kat sini..ada sesetengah sangat conscious bila tengok orang pakai tudung macam saya ni. Macam haritu kitorang nak beli popcorn, diorang siap bagitau ingredients popcorn tu. Starbucks pon sama. Kalau saya nak beli roti ataupun sandwich, diorang akan tunjuk indredients kat packaging siap-siap. Terharu pulak. Sebab tu saya suka stay kat sini. Orang kat sini ramai baik-baik dan sangat berdisiplin tau.


Inilah rupa panggung wayang berharga RM 30 satu seat tu. Actually seat dia sangat selesa tau. Kat sana tak ada istilah couple seat macam kat Malaysia. Handle seat tu boleh dialihkan kalau kita nak tukarkan jadi couple seat. So tak payah bayar extra.


First time tengok wayang kat Hong Kong, haruslah gedik nak berselfie bagai kan. Kami je manusia paling pelik kat dalam panggung tu...haha. Yang lain semua orang local. Jenuh jugak nak pahamkan cerita Taken 3 tu tanpa subtitle English ataupun Bahasa Melayu.Tak per lah janji boleh tengok Liam Neeson favourite saya. Walaupun tua tapi still macho...hehe


Nah tiket wayang simpan buat kenang-kenangan.


Wayang habis dalam pukul 11 lebih macam tu. Keluar je dari mall, menggigil kitorang nak balik ke hotel. Nasib baik 10 minit je jalan kaki. Masa tu 14 degree...nasib baik bawak glove masing-masing. Saya dah la tak tahan sejuk tapi gigih nak bergambar gak tepi jalan...haha. Nampak tu bergambar sambil simpan tangan dalam poket! Jukkk jukkk...

Ada banyak pengalaman Hong Kong saya nak cerita ni...tengah susun cerita mana satu nak up dulu...Till then...



Love,
LIZA RAZAK




- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Location:Chong Yip Street, Kwun Tong, Hong Kong

FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

Jan 21, 2015

Currently In Hong Kong





[ Tsim Sha Tsui, Hong Kong . 18th January 2015]


Assalamualaikum & Hello.

*tiuphabukkatblog*
Setiap kali update je mesti saya mulakan dengan ayat," Dah lama tak update blog" ataupun "Rindu la nak update blog". Podah...semua itu ayat jer...lepas update mesti hilang berbulan-bulan..yer dak..haha. Harini cam boring tak buat apa kat bilik hotel. Semalam saya ada add akak blogger Elly Nadyra kat Facebook. Terus dia tanya kenapa blog sunyi. Hehe...sekarang ni mood swing je sis. Kejap rajin, kejap tak. Berdoalah agar saya rajin macam dulu.

Apa cerita saya sekarang? Erm...sekarang saya ada kat Hong Kong. Actually ini kali kedua saya di Hong Kong. First time saya datang bulan Oktober - November tahun lepas. Stay 3 minggu. Kali ni 2 minggu pulak. Bukan pergi holiday pon, saya teman Mr Kudud kerja kat sini. Sambil teman tu, kami jalan-jalan la kat sini. Kali ni saya datang Hong Kong tengah musim sejuk. Walaupun tak ada salji bagai kat sini, tapi tetap sejuk ya amat. Hotel kami ni dekat je dengan laut. Sekali-sekali kena angin laut tu, menggigil kau! Yang bestnyer..bolehlah bergaya sakan pakai winter jacket dan boots kat sini. Kalau tak, tak merasa la nak pakai kat Malaysia.

Tahun lepas macam-macam tempat kami explore, HK Disneyland, Victoria Peak, Macau dan macam-macam lagi. Yang tu tunggulah slow-slow saya update kemudian bila balik Malaysia. Entry kali ni saya belanja 3 keping gambar masa kami pergi Tsim Sha Tsui Ahad lepas. Actually ada banyak cerita best saya nak update..tunggu kejap lagi saya buat draft dulu, esok saya publish.

P/S : Kalau nak tengok gambar-gambar terbaru saya kat HK sekarang ni, bolehlah add saya kat Instagram : @pypylamb




Love,
LIZA RAZAK





- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Location:Chong Yip Street, Kwun Tong, Hong Kong

FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...