Jan 21, 2015

Currently In Hong Kong





[ Tsim Sha Tsui, Hong Kong . 18th January 2015]


Assalamualaikum & Hello.

*tiuphabukkatblog*
Setiap kali update je mesti saya mulakan dengan ayat," Dah lama tak update blog" ataupun "Rindu la nak update blog". Podah...semua itu ayat jer...lepas update mesti hilang berbulan-bulan..yer dak..haha. Harini cam boring tak buat apa kat bilik hotel. Semalam saya ada add akak blogger Elly Nadyra kat Facebook. Terus dia tanya kenapa blog sunyi. Hehe...sekarang ni mood swing je sis. Kejap rajin, kejap tak. Berdoalah agar saya rajin macam dulu.

Apa cerita saya sekarang? Erm...sekarang saya ada kat Hong Kong. Actually ini kali kedua saya di Hong Kong. First time saya datang bulan Oktober - November tahun lepas. Stay 3 minggu. Kali ni 2 minggu pulak. Bukan pergi holiday pon, saya teman Mr Kudud kerja kat sini. Sambil teman tu, kami jalan-jalan la kat sini. Kali ni saya datang Hong Kong tengah musim sejuk. Walaupun tak ada salji bagai kat sini, tapi tetap sejuk ya amat. Hotel kami ni dekat je dengan laut. Sekali-sekali kena angin laut tu, menggigil kau! Yang bestnyer..bolehlah bergaya sakan pakai winter jacket dan boots kat sini. Kalau tak, tak merasa la nak pakai kat Malaysia.

Tahun lepas macam-macam tempat kami explore, HK Disneyland, Victoria Peak, Macau dan macam-macam lagi. Yang tu tunggulah slow-slow saya update kemudian bila balik Malaysia. Entry kali ni saya belanja 3 keping gambar masa kami pergi Tsim Sha Tsui Ahad lepas. Actually ada banyak cerita best saya nak update..tunggu kejap lagi saya buat draft dulu, esok saya publish.

P/S : Kalau nak tengok gambar-gambar terbaru saya kat HK sekarang ni, bolehlah add saya kat Instagram : @pypylamb




Love,
LIZA RAZAK





- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Location:Chong Yip Street, Kwun Tong, Hong Kong

FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK
 

8 comments:

elly nadyra said...

tu dia
terus dia update blog
haaa baru tau camner bleh ada kat HK
best la
kalau sis pun wajib la follow en suami tu
enjoy ur day at HK!

Normi Nieza said...

bw sini..:)

Siti Rohaida Yusof said...

seronoknya dapat menjelajah di negara orang kan

Farah Waheda Wahid said...

have fun my dearie...bila nak jumpa lagi ni, coffee maybe? he he he...

Razfira said...

bestnya.. klu boleh tlg lah bagi tips2 berguna utk dijadikan rujukan.. sbb sy pon nak kesana bln 3.. heee.. happy holiday!

eima said...

wahhh menarik betui ... baru tau HK ade musim sejuk ....hahaha jakun betui aku ni

Hanamiko Sakura said...

kann, tak merasa nak bergaya pakai winter jacket dengan boots kalau kat malaysia.

sekarang memang musim orang kelaut nak berblogging. termasuk saya. hehe

Syafiqah Hashim said...

Best nya Akakkkkkk! Nanti pika nak pergi jugak lahh ke sana. Enjoy your holiday. Will wait for your picture update dekat insta ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...