Jan 28, 2015

HKG - KUL . Hello Malaysia, I'm Back !





[ Hong Kong International Airport . 24th January 2015 ]


Assalamualaikum & Hello.

Alhamdulillah...saya dah selamat sampai KL Sabtu lepas. Lambat update blog ni pasal sibuk mengemas rumah dan mendobi baju. Al maklumlah dah 2 minggu tinggalkan rumah. Hari Isnin lepas kelam kabut siapkan baju-baja Mr Kudud nak pegi Singapore pulak. Baru je balik sini, dah kena outstation balik...huhu. Macam-macam benda nak kena settle. Harini dah lega sikit, baru ada masa nak update.


Flight kitorg pukul 12.55 tengah hari. Pukul 8.30 pagi kitorang dah check out hotel sebab airport agak jauh dari tempat kami menginap, Kwun Tong. Airport ni terletak di Lantau Island. Manakala hotel kami, L' Hotel Elan terletak di sebelah tanah besar (mainland). 30-40 minit jugak nak sampai ke airport. Kami naik cab je sebab luggage banyak kan. Kalau naik Airport Express pun boleh jugak tapi disebabkan kami malas nak heret luggage, kami amik cab jer. Kalau nak balik make sure korang kena tau flight korang terminal yang mana satu yer. Tak silap saya ada 2 terminal. Please check awal-awal. Memandangkan kami naik Cathay Pacific, kami kena check in luggage kat Terminal 1. 

Pukul 9.30 pg kami dah sampai airport, kali ni tak adalah kelam kabut sangat nak cari kaunter check in sebab ini dah kali kedua kami di HK Airport. Kira macam dah pro jugak aa. Satu jer benda yang tak best pasal Cathay Pacific ni. Luggage limit 20 kg sahaja. Kalau naik MAS haritu kami dapat 30kg seorang. Memang best mengangkut segala mak nenek barang shopping bila nak balik. 
 
Settle check in luggage, kami pegi makan fast food kat Popeye's. Kalau korang lapar kat sini, bolehlah makan kat Popeye's. Fast food ni diiktiraf halal. Kalau tak percaya boleh la tengok logo halal tu sebelum masuk kedai ni. Korang tengok je kat directory lokasi Popeye's ni. Hong Kong ni pemurah dengan signboard dan directory. Datang sorang pon boleh survive kat sini. Orang Hong Kong ni pulak rupa macam sombong tapi friendly dan helpful. Jangan terkejut kalau korang tanya direction, diorang susah payah tolong bawakkan sampai ke lokasi. Selama lebih sebulan saya stay kat HK (termasuk trip 3 minggu saya October tahun lepas), tak adalah rasa seksa duduk kat HK ni. Cuma cost of living je la mahal. Selain daripada tu, memang seronok stay kat HK ni. Kalau migrate pun saya sanggup!
 

Masa kami makan breakfast tu, kami terjumpa satu famili malaysian yang baru sampai dari Kota Kinabalu. First time datang HK. Banyak tips kami share dengan diorang. Daripada sim card, octopus card, tiket Disneyland dan macam-macam lagi. Borak punya borak sampai kitorang lambat masuk gate sudahnya! Dahlah gate kami jauh...kat Terminus. Kena naik tren untuk pegi gate. Nasib baik sempat sampai...hehe. Kalau naik Cathay Pacific ni semuanya pakai Airbus. Haritu kami naik Airbus 333 lebih kurang Boeing 777 je seating dia. Actually ini first time saya naik Cathay Pacific. Not bad la cuma makanan dia tak kena dengan tekak saya. Selalu makan tak habis...hehe. Masa flight dari KL haritu, teruk kami kena turbulence. Lebih kurang sejam jugak la kena turbulence. Sampai saya tak boleh tido. Takut gila. Dah terbayang macam-macam masa tu. Makanan pun lambat serve pasal turbulence tu...hehe


Nasib baik flight balik ni aman-aman je konsepnyer. Smooth flight gitu. Sedap je saya membuta sepanjang 3 jam lebih dalam tu. Flight kami lambat take off pasal kena queue panjang dengan flight lain. HK Airport ni memang busy gile. Nak take off pon kena beratur panjang tau. Bayangkan patutnya gerak pukul 12.55, pukul 1.35 baru take off. Tapi still sampai on time pukul 4.35. Kemain laju pilot bawak yerr. 
 

Naik Cathay Pacific ni ada in-flight entertainment. Tak adalah boring sangat. Ada movie, tv series, in-flight shopping dan games. Makanan dia serve 2 kali. 1 snack dan satu lagi main course. Haritu diorang serve chicken rice. Kalau naik Cathay Pacific dari Malaysia - Hong Kong ataupun Hong Kong - Malaysia, korang jangan risau pasal status Halal. Sebab saya dah tanya stewardess. Memang semuanya Halal. Bolehlah memcekik tanpa ragu-ragu...hehe


Mr Kudud ni spesis tak ada perasaan kalau naik flight. Turbulence ke apa ke, dia belasah tido je. Tapi kalau time makanan sampai pandai pulak terjaga sendiri...ish ish ish..chicken rice yang saya rasa tak sedap tu pon dia belasah makan sampai habis. Sebab tu saya cakap dia ni spesis tak ada perasaan...hehe. Ye la dia tiap-tiap minggu pun naik flight. Memang dah boring la kot. 

Kalau korang ada plan nak ke HK, korang boleh tengok 3 jenis airlines ni. Air Asia, MAS dan Cathay Pacific. Kadang-kadang MAS lebih kurang harga dengan Air Asia. Cathay Pacific dan MAS selalu JV. Kadang-kadang korang beli tiket Cathay tapi naik MAS ataupun sebaliknya. Harga kedua-dua ni lebih kurang je. Tengoklah mana lebih murah. Saya lagi prefer naik MAS sebab luggage dapat 30kg, makan sedap dan layanan lagi tip top.


Actually Ahad ni Mr Kudud fly balik ke HK. Stay sana 2 minggu lagi. Kali ni saya tak ikut. Tak ada duit nak beli tiket dah. Lagipun 3minggu+2 minggu stay kat HK, merata dah kitorang jalan. Sampai naik boring pun ada. Saya nak simpan duit untuk famili trip ke Medan pulak bulan Mac ni. Eh lupa..bulan Februari trip dengan kawan-kawan ke Kuching lagi. Huwaaa....mana nak cekau duit tu!!!
 
Nanti saya share tips dan pengalaman saya di HK lagi ok? Tapi saya akan mulakan dari trip tahun lepas. Time tu banyak tempat kami explore termasuk Macau dan Disneyland. Trip kali ni biasa-biasa je. Ok...Till then...





Love, 
LR

 
 
 
 
 
FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK
 

5 comments:

Syira Lokman said...

RINDUNYA NAK TERBANG :D

eima said...

nice tips utk cek harga tiket tu ... yg kami tau MAS ngan AA je la

Syafiqah Hashim said...

Seronoknya Akak! Jenjalan travel sana sini. Excited nak baca your journey story nanti. Eheeee..

suwara entertainment said...

wahhhh..bestnya awak..travel ke sana sini..siyes seronok tgk..mcm kami ni mmg tak dpt lah nak travel selalu, dlm malaysia ni pun x abis pusing lagi..maklumlah, #ibuberanaktiga la katakan..hehe

dear anies said...

sm la sy...prefer mas walaupun mcm2 org kata ttg mas...


p/s mn ole2 dr HK utk sy? ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...