Sponsored Post.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Seperti yang saya janjikan sebelum ini, harini saya nak review tentang contact lense terbaru saya dari Glassesonline. Nama contact lense ni Phantasee Big Eyes 15mm..saya pilih warna Charming Brown sebab saya suka warna-warna natural untuk mata saya. Lebih praktikal untuk dipakai hari-hari. Memandangkan saya ni spesis rabun, maka terpaksalah order 2 kotak sebab power kedua-dua mata saya berlainan. Parcel ni dihantar terus ke rumah saya dari Courier Aramex. Bila dapat je terus tak sabar nak cuba. Sebelum ni saya memang pengguna tegar Fresh Kon Alluring Eyes tapi bila pakai tak adalah nampak mata tu besar macam barbie doll tu kan. Sebab tu lah saya nak cuba jenama Phantasee Big Eyes ni pulak. Nak tengok hasilnya macam mana bila dipakai. Zaman muda-muda dulu saya suka jugak beli korean contact lense saiz besar tu. Tapi bila lama-lama pakai mata akan jadi sakit. Terus berhenti guna. Nasib baik Glassesonline ni hanya menjual brand yang ternama dan dipercayai sahaja. Senang cerita macam kedai cermin mata tapi dijual online.
Dalam parcel tu ada 2 kotak contact lense dan 2 lense casing. Setiap pasang lense ni boleh dipakai sehingga 3 bulan. Cukup 3 bulan kena tukar ok? Casing pun kena tukar sekali. Bila dah pakai contact lense ni, jangan pakai sambil lewa je..mesti jaga kebersihan dan selalu tukar solution walaupun tak pakai.
Phantasee Big Eyes 15mm are produced with their latest full cast
moulding system with colour absorption for an exceptional full day
comfort, Available in four amazing colours, this contact lenses makes
your eyes biggers while naturally blending with your colour tones to
create a lovely effect.
Phantasee Big Eyes 15mm
Saya suka warna Charming Brown ni.. macam orang putih kata..not too much..bila mula-mula takut juga sebab saiz dia agak besar dari kebiasaan yang saya pakai. Tapi bila dah pakai, selesanya! Mata saya yang nampak letih sebelum tu terus nampak segar dan besar. Hari pertama saya cuba pakai selama 6 jam...mata tak rasa kering ataupun sakit. Hari kedua pulak saya pakai lama sikit....9 jam. Ermm..not bad..masih selesa dipakai cuma mata rasa agak kering sedikit. So selama hampir 2 minggu saya pakai..setakat ni mata saya tak ada masalah malahan saya rasa selesa pakai setiap hari. Cuma kalau boleh jangan pakai lebih dari 8 jam ya. Senang cerita kualiti contact lense ni bagi saya sama macam Fresh Kon Alluring Eyes yang saya pakai sebelum ini.
Cerita panjang pun tak guna kan...mari kita hasil dan perbezaannya !
Masa saya snap ni memang saya tak cukup tidur....hehe
Cantik tak Kak Ton ?? Haa...bila mata dah cantik kemain lagi senyum meleret yer...Sebenarnya kalau tak pakai mekap pun dah cantik kalau pakai contact lense ni. Sebab effect dia membuatkan mata nampak segar besar dan cantik. Selain daripada jenama Phantasee ni..ada banyak lagi jenama berkualiti, ternama dan dipercayai terdapat di Glassesonline. Silap-silap boleh rambang mata tau...selain daripada contact lenses, korang juga boleh beli sunglasses dan glasses yang biasa. Silap-silap boleh dapat harga lebih murah dari pasaran.
Mesti korang nak tahu berapa harga contact lense ni kan? Sekarang ada promotion. Harga biasa RM 49 sepasang. Sekarang harga promo RM 39 sahaja. Ada discount RM 10 tu...Jom intai-intai apa yang menarik dalam Glassesonline minggu ini !!
http://www.glassesonline.com.my
http://www.glassesonline.com.my
Love,
LIZA RAZAK
24 comments:
beb, nak tanya kenapa u pkai tudung cmtu eh? tudung tu u buat sendiri ke? dia panjang eh?
btw, mmg best info nih! sbb i pemakai contact lens tegar!
kak liza kita serupa rabun sebelah lain sebelah lain sensara nak beli contact lens kene beli dua huhu.pastu kan pergi kedai optik nak beli contact lens bila saya ckp saya ni rabun lain2 dorg bole kate saya ni pelik kahakahkah.mmg pelik!btw comel kak liza pakai lens biog eyes :)
Cantik! :)
Ok nak terjah. Tq sharing ya :D
cantik...tp xle nak commit jaga cl buat masa sekarang...tgg anak besar sikit..
wahh! lawa gak yang jenis ni..
nak try la nanti..
Alamak Kak Liza, saya still takut-takut mau pakai contact lens.. Btw, memang nampak freshh and ala-ala mat salleh lah :P
cantik dan berbeza sangat before and after! ku mata sensitif..pakai lense mesti mata berair manjang..terpaksa setia dengan glasses...
chantek...seswai dengan liza...
tak pernah pakai lens.. hehe
tp nice info utk kwn2 yg pakai lens :)
cantik..:)
cantik. i ni dahla rabun. nak pakai tapi takut. masa kawen pun MUA suruh pakai sebab nak kasik cantik sikit i tak berani hahah
@Jojet : shawl ni saya selalu beli kat H&M..yang penting wide shawl dan material tebal..kalau sis nak tgk tutorial saya ada kat side bar blog ni :) btw..style shawl saya ni saya tengok tutorial fashion blogger dina tokio
@bella hamzah : thank you sis :)
@Ratu Hatiku : thank you sis..cepat terjah!
@O'gosh Iskandar : tak per..bila anak dah besar nanti..bolehlah pakai contact lens :)
@Syafiqah Hashim : nanti trylah pika :)
@Izzah Azizah : belum cuba belum tau sis..maybe utk first time sis guna brand dari kedai optical..yg tu selalunya jenis lembut dan sesuai utk mata sensitif
@ctfand : sis try guna contact lens yg sesuai utk mata sensitif...dulu mata saya pun sensitif jugak tp lately ok pulak mata ni :)
@HeNRieTTa JoSe : thank you sis :)
@Amanina Mads : thank you sis :)
@Normi Nieza : thank you sis :)
@cha : ye ke? nanti cubalah pakai..mesti cantik :)
Post a Comment