“When you find your path, you must not be afraid. You need to have sufficient courage to make mistakes. Disappointment, defeat, and despair are the tools God uses to show us the way.”
Paulo Coelho, Brida
DAY 1 . 5 OCT 2013
( Kuala Lumpur International Airport - Soekarno Hatta International Airport )
( Kuala Lumpur International Airport - Soekarno Hatta International Airport )
Assalamualaikum & Hello.
Fuh...harini baru ada mood dan masa nak update blog macam selalu. Amboi..busy macam perdana menteri pulak yer. Tak adalah...lately saya banyak sangat aktiviti. Tu yang tak update blog berminggu-minggu tu...But now...I'm Back For Good ! Nanti saya akan blogwalking ke blog korang slowly yer...Memandangkan dah lama sangat tak update blog..mulalah confuse nak update cerita yang mana satu..banyak sangat dalam draft...hehe
So harini saya cuma tokok tambah entry yang sepatutnya saya publish masa saya kat Jakarta haritu. Konon-konon nak update blog guna wifi hotel. Tapi letih punya pasal, taip entry sekerat jalan jer...lepas tu tertidur sampai pagi..
Berbalik kepada cerita asal...5-8 Oktober lepas saya pergi holiday kat Jakarta. Bukan pergi berdua dengan Mr Kudud je. Kami pergi berempat, saya, Mr Kudud, adik lelaki saya, dan adik ipar saya. Kalau bercuti saya suka pergi ramai-ramai...baru happening sikit. Sepatutnya kami nak pergi ke Bali, tapi atas sebab-sebab tertentu kami tangguhkan ke tahun depan..hehe. Kami booking tiket hujung bulan Ogos. Mula-mula masa nak booking tiket flight ke Jakarta, kami nak booking Air Asia. Return ticket dalam RM 375 seorang. Lepas tu Mr Kudud suruh check kat website Malindo Air kalau lagi murah. Rupa-rupanya kat Malindo Air lagi murah. Return ticket All-In dalam RM 253 seorang. Pergi dalam RM 159 dan balik pulak RM 94. Jimat banyak tu ! Terus book tanpa banyak soal.
So Sabtu (5/10) pukul 8 pagi.. kami dah bertolak naik teksi ke KLIA. Flight kami pukul 11.30 pagi. Sampai je terus check in luggage..lepas tu breakfast kat Old Town Kopitiam. Sempat lagi kami google, check website Tripadvisor dan discuss tempat menarik kami nak jalan-jalan bila sampai di Jakarta nanti. Siap buat itinerary tu..ye la..kalau boleh masa yang ada tu..kami nak penuhkan dengan jalan-jalan dan shopping
Naik je flight...amboi berebut-rebut saya nak duduk tepi tingkap..hehe. Kami 4 orang duduk sebelah menyebelah. Memang kepoh la kan. Camwhoring la...amik video la..excited punya pasal..hehe. Saya siap download movie dalam ipad just in case nak tengok dalam flight. Tapi bila naik je flight Malindo tu..tengok kat depan seat ada LCD..terus lupa ipad tu..ada macam-macam kat LCD tu. Ada movie, game, lagu dan macam-macam lagi. Memang tak boring la (padahal 2 jam je flight tu). Mr Kudud excited betul pasal stewardess Malindo masa tu cantik-cantik belaka. Bukan main rambang mata dia tengok kaki panjang stewardess dalam tu. Al maklumlah kain terbelah sampai peha. Putih pulak tu. Mau tak terjojol biji mata dia....hehehe.
Dalam flight tu...kami dapat complimentary air mineral kecik dan Kaya Turnover. Ok la kan daripada tak dapat apa-apa. Bayar tiket pun dah murah..tak kan nak mintak nasi beriani pulak kan..hehe. Kami sampai pukul 1.30 tengah hari waktu Malaysia. Lebih kurang 12.30 tengah hari waktu Jakarta. Sampai tu..mula-mula nak naik airport cab..tapi kedekut pulak nak bayar mahal. Sudahnya kami cari cab luar ke Thamrin City, hotel kami. Baru dalam Rp 150000 (RM 41). Share 4 orang berapa sangatlah kan. Kami naik Toyota Innova. Jarak airport Soekarno Hatta ke Thamrin City dalam 20km. Dalam perjalanan ke Thamrin City..jalan memang jam..tapi seronok tengok gelagat orang kat sana..Entry seterusnya nanti saya cerita tempat-tempat menarik yang kami kunjungi di sana..Stay Tuned!
Oct 9, 2013 | Day 1. Malindo Air OD 316 KUL - CGK #hellojakarta #travelogue by LizaPypyLamb on Keek.com
Jumlah Perbelanjaan Seorang (Tak Termasuk Shopping)
Teksi ke KLIA : RM 60 (60 / 4 Orang) = RM 15
Flight (Malindo Air) : RM 159
Teksi Dari Soekarno Hatta Airport ke Thamrin City : RM 41 (41 / 4 Orang) = RM 10.25
Jumlah = RM 184.25
Teksi ke KLIA : RM 60 (60 / 4 Orang) = RM 15
Flight (Malindo Air) : RM 159
Teksi Dari Soekarno Hatta Airport ke Thamrin City : RM 41 (41 / 4 Orang) = RM 10.25
Jumlah = RM 184.25
Love,
LIZA RAZAK
LIZA RAZAK
- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
22 comments:
wahhh...rindunya jakarta...hehehehe
murah nye!! tak sabar nk tau story seterusnyaaa....
murahnya... ni yg rs nk try malindo jg..tp nk g mn yek? ;-)
Salam menyinggah .
Seronok ya berholiday bersama tambang murah. Alhamdulillah :)
tak pernah dgr pon servis diorang nih..agaknya kalau nak p melancong nnti kena selidik bnyak2 nih..hehe..
mesti bnyak kak liza borong kan?? hahaha..
tq for sharing dear..
MALINDO. Dah mula pamos skarank
Oklah budget tu kira murahlah sangat khen
Tak sabar nak tggu de next entry....
bestnyaaa Kak Lia..
pika tgok gmbr2 akak dkt insta ...hihii..
bila kite nak pegi ni
emm nak jugak !
murahnya.. seronok dapat bercuti..
waaaah best2nyer... harga tiket pun boleh thn murah gk, jnji pandai pilih masa nk booking kan...
comey je liza senyum dlm gmbr tuh..
@Alin Marlini : best kan pergi jakarta :)
@Kopiolimauice : nanti bacalah entry seterusnya :)
@Khai♥Rin : anies : dalam malaysia pun ada jugak malindo ni :)
@mahmud thalut : Alhamdulillah..thank you :)
@husna zahidi : tak banyak pun sis...saja nak jalan2 je :)
@dilabangiWORLD : welcome sis...memang murah jugak naik malindo ni :)
@Syafiqah Hashim : nanti pika pegi jalan2 pulak kat sana :)
@piqa da bajitos : nanti pegilah bercuti sis...best
@Mizz Aiza (Dunia Kecil): memang murah jugak malindo ni..tp tgk time jugak..kdg2 mahal :)
@norhidana miswan : betul tu sis :)
@Zura Lee : hehehe..thank you sis :)
Post a Comment