Sep 4, 2015

Koleksi Fesyen Terkini River Island



Assalamualaikum & Hello

Kalau ada yang tanya kepada saya apakah jenama fesyen kegemaran saya, pastinya saya akan terus jawab ‘River Island’!
Mengapa? Ini kerana saya telah jatuh cinta dengan jenama fesyen ini. Berasal dari UK, jenama fesyen terkenal ini menjadi pilihan ramai fashionista kerana koleksi yang diketengahkan olehnya. River Island telah menjadi antara jenama fesyen tersohor yang menampilkan koleksi high street style yang kini menjadi kegilaan ramai pencinta fesyen terutamanya dalam kalangan yang lebih muda dan remaja.


Di luar sana terdapat banyak jenama fesyen yang kita boleh dapati namun pastinya tidak semuanya menepati cita rasa setiap individu. Ada jenama fesyen yang sememangnya terkenal namun koleksi mereka gagal menepati kehendak semua. Ada juga jenama yang tidak berjaya menarik perhatian ramai dengan koleksi terbaru dek kerana kurangnya pilihan yang ditawarkan. 

Namun semua ini tidak ada pada jenama fesyen terkenal River Island. Tidak pernah walau sekalipun mereka mengecewakan permintaan pengikut setia dengan koleksi fesyen terkini mereka. Memahami kehendak pelanggan dan sentiasa mengikuti arus trend fesyen terkini menjadi kunci keunggulan mereka selama ini. Bagi tahun  2015 mereka tampil penuh bergaya dengan koleksi terbaru untuk wanita bagi musim ini.
 


Koleksi fesyen terkini River Island Malaysia menampilkan lebih banyak pilihan gaya jalanan yang sangat stylish untuk pelanggannya dengan pilihan seperti beg tangan, aksesori, pakaian wanita terkini, kasut serta banyak lagi!


Jika anda mahukan jenama yang menawarkan koleksi gaya fesyen jalanan lelaki terbaik maka ini adalah jenama yang anda wajib ada dalam senarai pilihan anda



Jangan risau tentang harga kerana koleksi pakaian lelaki River Island boleh didapati dengan harga yang sangat berpatutan. Malah jika hendak dibandingkan dengan kualiti premium yang ditawarkan pembelian anda pastinya ibarat satu bentuk pelaburan yang sangat berbaloi! 

Jangan lupa dapatkan di Zalora Malaysia !




Love,
LIZA RAZAK



5 comments:

Razf said...

nampak smart stylenya

PeRdU cINta said...

wah..menarik ni..

Unknown said...

jemput singgah sis
JOM FOLLOW SAYA

Prettyvrach said...

Bestnye river island dah bole beli dekat zalora. Design handbag RI awesome sgt. Salu kalau nak beli nak kene pre order 3bulan from UK. Great info :)

Mizz ErMa said...

kat zalora tu mmg boleh rambang mata dibuatnya..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...