#Saturday . 10th November 2012
Bandar Indera Mahkota 2, Kuantan
Bandar Indera Mahkota 2, Kuantan
Weekend lepas merupakan hari yang bersejarah buat adik bongsu saya, Akmal kerana dia melangsungkan perkahwinan dengan Tqah Misdar (yang juga merupakan blogger B2B) Kami sekeluarga pun turut excited kerana selain dari menghadiri majlis pernikahan dan persandingan diorang, kami pun boleh jalan-jalan cuci mata sekali...hehe. Alang-alang dah sampai kan...apa salahnya. Kami bertolak awal pagi Sabtu sebab petang itu majlis pernikahan akan berlangsung pada pukul 3 petang. Kami ramai-ramai menginap di Cozy Villa, homestay yang disediakan oleh keluarga Tqah. Selain dari kami sekeluarga, sanak saudara sebelah mak dan abah saya turut hadir bagi memeriahkan majlis. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, mereka berdua selamat menjadi suami isteri
Teluk Cempedak
Malam pulak, saya, Mr Kudud, pengantin baru dan kawan-kawan yang lain pergi bersuka ria di Teluk Cempedak. Dalam perjalanan ke sana, jalan memang jam gila. Padahal dah pukul 10 malam masa tu. Rupa-rupanya ada event kat sana. Patutlah ramai orang. Walaupun kami cuma datang lepak minum Chatime, makan Hot&Roll dan camwhoring di tepi pantai, tapi seronok sangat. Nanti saya update gambar-gambar kami kat Teluk Cempedak dalam next entry.
#Sunday
Cozy Villa + Bandar Indera Mahkota 2
Keesokkan harinya majlis bersanding berlangsung. Rombongan pengantin lelaki sampai pada pukul 1.30 petang. Sepatutnya lebih awal, tetapi hujan pulak masa itu. Nasib baik hujan sekejap sahaja. Tema wedding diorang adalah pink dan biru. Nampak comel sangat. Family Tqah sangat friendly dan melayan kami dengan baik sekali. Kenduri berlangsung dengan sangat meriah. Lauk-pauk kenduri pun sedap-sedap belaka. Saya pulak dapat makan di meja pengantin. Memang superb la lauk-pauk yang disediakan. Ada banyak gambar yang Mr Kudud snap. Tapi saya tak habis edit lagi. Next week saya update gambar-gambar nikah dan bersanding dalam blog.
Kemaman, Terengganu
Sebelum ke KL, sepatutnya kami nak singgah minum kopi di Kemaman. Kopitiam favourite saya, Hai Peng. Dulu setiap kali saya tinggal sekejap di Rantau Petronas, hampir tiap-tiap hari lepak di Kopitiam Hai Peng. Malangnya masa kami sampai di sana, Kopitiam Hai Peng tutup pulak. Memang kecewa betul saya. Dahlah drive jauh dari Kuantan ke Kemaman semata-mata nak minum kopi dan roti bakar kat Hai Peng. Sudahnya Mr Kudud belikan saya keropok lekor untuk dibawa balik KL. At least tak ada lah kecewa sangat kan...hehe
{ Pictures Taken From Instagram . Follow Me : pypylamb }
Love,
LIZA RAZAK
Love,
LIZA RAZAK
16 comments:
kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
kombinasi kolor yang cantik..hehe...sonok betul ..2 dalam satu...g majlis kaen andjalan2 same..syok!
cantik tema, pink biru tu
selamat pengantin br utk pengantin..sweet dorang..:-)
lizaaaaaaaaaaaaaaa... hoih. ya Allah klu ku tahu akmal itu adik mu akan ku ngedate sama kamu. sara pn pergi wedding tqah. rakan b2b kan. so mmg hadir lah ke majlis tqah. alooo rugi.. klu x dpt bercamwhore sama liza. sobs. hehe. next time dtg kuantan kasi roger oke. hehe :D
huuuu.. Selamat pengantin baru la.. ahaha
nice..
kakaknya bila lagi
sambil menyelam minum air la kan.. heheheh.. banyak juga aktiviti... heheheh
wah jauh berjalan ke kuantan tu. nice wedding color theme hee. haa u sebut kemaman teringat sata >.<
Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin..
Amboi, banyaknya aktiviti.. nampak gaya serampang bermata-mata ni.
cantiknya pengantin perempuan n awk juge,,sweet,,=)
suweeet kaler tema pengantin :)
banyak berjln seronok betul..:)
cantiknya ur sister-in-law... dan sangat cantik pelamain semua tu.. alhamdulillah, selamat akhirnya.. heheheh
sweet <3 :D
hari yang paling gembira dan bersejarah yeh?
http://bewithjojo.blogspot.com/
Post a Comment