Apr 18, 2013

Makeup Review : MAC Russian Red Matte Lipstick

Back in 1990, MAC Russian Red lipstick was Madonna's signature color for her Blonde Ambition tour.  It has been a staple classic red lipstick for many celebrities and makeup artists since then and has a cult type of following, making it one of MAC's best selling shades.  Some celebrities that reportedly have worn Russian Red:  Dita Von Teese, Kim Kardashian, Gwen Stefani, Angelina Jolie, Christina Hendricks, Scarlett Johannson, Christina Aguilera and Anne Hathaway in The Devil Wears Prada.


Kalau ada sesiapa yang selalu tengok Instagram dan Keek saya pasti perasan yang saya selalu upload gambar dan video saya memakai lipstick warna merah. Sekarang ni saya addicted sangat dengan lipstick warna merah. Dulu penakut juga nak mencuba, takut tak sesuai dengan rupa dan kulit saya. Tapi bila dah cuba sendiri kat MAC, terus jatuh cinta! Kalau sebut pasal red matte lipstick ni, selalunya sinonim dengan jenama MAC. Memang tak dapat dinafikan, untuk matte lipstick ni, MAC memang antara yang terbaik kalau nak dibandingkan dengan brand lain yang seangkatan dengannya.


Pro's :
1. Warna merah Russian Red ni sangat klasik. Celebrity Hollywood pun pakai MAC Russian Red ni
2- Tekstur Matte & Tahan Lama (Pakai berjam-jam pun susah nak hilang warnanya. Jangan risau kalau makan & minum)
3- Sesuai untuk semua warna kulit
4- Kesan dramatik pada wajah

Con's :
1- Tekstur agak kering
2- Kurang sesuai untuk bibir yang terlampau kering dan merekah
3- Kurang praktikal untuk 'daily use'

Tips :
1- Untuk bibir kering, scrub bibir dulu (boleh guna campuran gula dan minyak zaitun) Kemudian pakai lip balm
2- Guna lipliner yang sama warna dengan lipstick supaya lipstick tak comot 'bleed'
3- Untuk lebih tahan lama, buat satu lapisan dengan menggunakan lip brush, kemudian tekapkan dengan tisu dan sapukan satu lapisan lagi. Lip primer pun boleh digunakan untuk menjaga bibir dari kering
4- Pakai mekap yang simple dan minimum pada mata dan pipi. Fokus yang penting pada bibir :)
5- Untuk gaya vintage, korang boleh cuba trick 'winged black eyeliner' pada mata

Lipstick ni jugak mendapat sambutan dan review yang baik dari MakeupAlley. Paling penting sebelum kita membeli mana-mana produk mekap yang baru, sebaik-baiknya kita baca review daripada blog ataupun website yang boleh dipercayai (bukan sponsored entry). Tak kisahlah berapa pun harga produk yang kita nak beli tu, sama ada murah ataupun mahal, mesti kita nak beli yang memuaskan hati kan?



Ini merupakan cara saya memakai MAC Red Russian ni..kalau tak nak nampak 'too much' pakai mekap simple pada mata dan pipi. Mula-mula rasa kekok jugak, tapi lama-lama saya dah biasa dan rasa nampak classic especially bila dipadankan dengan baju berwarna hitam. Yang penting kena berani!



Ini pulak Keek saya memakai MAC Russian Red ni :)




Harga Retail MAC Russian Red : RM 68
(Lipstick ni memang bestselling dan boleh didapati di semua cawangan MAC Cosmetics)


Rating : 4.5/5
Repurchase? : YES!!!!



Love,
LIZA RAZAK

10 comments:

elly nadyra said...

sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!

Kesuma Angsana said...

lam x singgah.. cantik kaler tu liza

Rin Saharina said...

pretty much =) sesuai sgt ngn Liza =)

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

quality mac memang awesome lah.... ena minat sgt mac tapi duit tak standard lagi nak beli mac... nanti dah kerja baru nk pakai.. hehehe

Nai @ TPJ said...

Canteq, dear... Mcm tu rupanya suara deq Liza kita... ^_^ jgn ada yg termimpi2 ye... ;)

Liza Razak said...

@elly nadyra : thank u sis :)

Liza Razak said...

@kesuma angsana : thank u sis :)

Liza Razak said...

@rin saharina : thank u sis...actually semua org pun sesuai pakai :)

Liza Razak said...

@ainaa roseberry : akak ni pun dah tua2 br nak merasa..hehe

Liza Razak said...

@nai : hehe...kelakar kan? Hikhik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...