Feb 28, 2014

3rd Wedding Anniversary : Colmar Tropicale





“The simple things are also the most extraordinary things, 
and only the wise can see them.”
  Paulo Coelho, The Alchemist




DAY 2 . 29 DECEMBER 2014


Entry Sambungan :
3rd Wedding Anniversary : Awana Genting Highlands

Assalamualaikum & Hello.

Harini sambung balik cerita wedding anniversary kami tahun lepas. Eh..tahun lepas ek?? Alaa..baru je 2 bulan lepas kan..hehe. Semalam saya cerita hari pertama dan kedua kami di Awana Genting Highlands. So hari ni saya nak cerita destinasi kami seterusnya. Sebenarnya kami tak plan pun nak ke Colmar Tropicale ni. Masa baru nak turun genting tu, tiba-tiba ternampak sign board Colmar Tropicale. Terus saya tanya Mr Kudud, nak singgah tak amik gambar kat sana? Mr Kudud terus kata ok, sebab dah alang-alang dekat kan.

Mula-mula masa nak naik Berjaya Hills tu, ingatkan jalan nak ke Colmar ni besar macam jalan naik Genting tu. Rupa-rupanya lagi sempit dan bengkang-bengkok. Seriau jugak. Dalam hati asyik fikir bilalah nak sampai ni. Rasa macam jauh sangat..hehe. Alhamdulillah, kami berjaya jugak sampai ke Colmar Tropicale (ceh...macam jauh sangat je bunyinyer...hehe)

Kat sana kami cuma jalan-jalan, bergambar dan makan tengah hari kat salah satu cafe yang ada kat situ. Tak ingat pulak nama cafe tu. Kami order set ayam ala-ala Kenny Rogers. Sedap jugak walaupun harga agak boleh tahan mahal. Tapi boleh terimalah..sebab tempat pun nampak classy dan cantik. Kalau korang tengok gambar kat atas ni mesti rasa kebanyakkan gambar ni pose gedik kan? A ah...saya pun rasa macam tu jugak....haha. Jangan salahkan saya...salahkan Colmar Tropicale ni! Memang rasa romantik bila jalan-jalan kat situ. Aura gedik tu tiba-tiba je datang...haha. Next time bolehlah stay 1 malam kat sini pulak. Nak tanya, siapa pernah stay kat Colmar Tropicale ni? Best tak?





Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Location:Bota,Malaysia

Feb 27, 2014

3rd Wedding Anniversary : Awana Genting Highlands





“No matter how you feel today, get up, dress up & show up”
  Paulo Coelho



DAY 1 . 28 DECEMBER 2014


Assalamualaikum & Hello.

Semalam tak sempat pulak saya nak update entry sebab busy sangat. Malam ni terfikir nak update entry basi mana pulak harini. Baru saya teringat entry saya bercuti di Awana Genting 2 bulan lepas, saya belum cerita lagi kat blog. Sebenarnya kami bercuti ke Genting Highlands sempena menyambut wedding anniversary kami yang ketiga. Boring pulak asyik pergi makan je so kali ini kami tukar dengan bercuti di Genting Highlands. Kami pergi bercuti pun bukan nak jalan-jalan sangat, cuma nak relax dan santai je. Sebab tu pilih yang dekat-dekat je. Wedding anniversary kami sebenarnya jatuh pada 25 December tapi disebabkan masa tu kan cuti krismas, nak booking hotel semuanya fully booked so kami tukar ke 28 December. Kami pilih Awana Genting sebab kat situ ada driving range dan golf club untuk kaki golf macam Mr Kudud. Mula-mula nak booking Awana Genting tu memang hazab la sebab bilik deluxe semua dah fully booked. Sudahnya kami pilih 1 room condo yang harganya sangat sadis dan overpriced. Tu pun harga kat Agoda tau...kalau walk in mesti lagi mahal. Tapi dah plan punya pasal, bayar je laa...huhu



Kami sampai di Genting pukul 11 pagi. Nak check in bilik pun awal lagi..so kami decide untuk naik kereta kabel ke First World Plaza. Punyalah panjang nak beratur beli tiket. Nasib baik nak naik kereta kabel tu sekejap je menunggu. Bila dah lama tak naik kereta kabel rasa gayat la pulak. Masa tu kabus agak tebal, memang sepanjang masa rasa nak tutup mata je...hehe. Nasib baiklah Mr Kudud ada. Bolehlah pegang tangan dia bila rasa takut...hehe. Kat First World Plaza tu kami jalan-jalan je...tapi sempat jugak shopping kat dalam tu !!  Sebabkan outdoor theme park ditutup untuk renovation, ala rasa macam tak best pulak. Orang ramai kat situ macam sardin...pack sangat!! So kami jalan kejap je lepas tu turun balik naik kereta kabel


Pukul 3 petang kami dah terpacak depan lobby Awana Genting. Settle je check in bilik, kami rehat sekejap. Bilik kami tu besar gila!! Siap ada kitchen lagi. Review pasal bilik ni saya update untuk entry akan datang ok? Dalam pukul 5 tu, kami siap-siap untuk terjun swimming pool!! Walaupun dah petang tapi cuaca sangat sejuk dan berkabus. Terus saya cancel nak mandi swimming pool. Rupa-rupanya swimming pool tu ada heater tau. Bila mandi dalam tu rasa suam-suam je. Rugi betul saya. Mr Kudud jugak yang seronok swimming sorang-sorang dalam pool...hehe.


Pukul 7 kami terus naik bilik untuk mandi dan bersiap-siap untuk dinner pulak. Malam tu kami dinner buffet dalam hotel je kat Rajawali Coffee House. Buffet kat situ boleh tahan jugak. Ada banyak lauk-pauk kampung...memang seronoklah saya! Lama jugak kami lepak kat situ makan. Buffet rate dalam RM 50++ seorang. Selain daripada makan, kami didendangkan dengan lagu-lagu rentak jazz dari live band yang membuat persembahan dalam coffee house tu.


Kami duduk dekat open space, best duduk kat situ sebab boleh rasa angin sejuk Genting Highlands pada waktu malam. Banyak betul makanan saya ambil malam tu, Nasib baik pakai baju longgar, boleh cover sikit perut buncit tu...hehe. Lepas makan, kami jalan-jalan di kawasan hotel..staff Awana Genting sangat friendly. Semua murah je dengan senyuman..confirm next time kami akan datang lagi!! Kami balik semula ke bilik dalam pukul 10 malam, layan movie dan terus tidur.



DAY 2 . 29 DECEMBER 2014


Benda paling best kalau stay kat hotel adalah breakfast ! Pagi-pagi kami dah turun ke Rajawali Coffee House untuk makan breakfast. Tapi mencabar betul nak keluar dari bilik sebab cuaca sejuk sangat. Menggigil-gigil la bila nak gosok gigi dan cuci muka pagi tu. Kami berdua tak mandi sebab lepas breakfast, kami ada plan baik punya...hehe.


Inilah dia plan BAIK PUNYA kami tu !! Mandi swimming pool pukul 8 pagi!! Sanggup tak? Kalau tak disebabkan swimming pool tu ada heater, memang tak kuasa saya nak mandi kat situ. Best betul mandi masa tu sebab tak ramai orang. Rasa macam swimming pool tu kami yang punya!! Kami siap racing swimming siapa paling cepat dan laju. Camwhoring pun tak dilupakan jugak pasal alang-alang orang tak ada kan. Karang kalau ada, orang kata buang tebiat pulak..hehe. Pukul 10 kami cepat-cepat naik ke bilik sebab check out bilik pukul 12.

Letih swimming punya pasal, kami tertidur sampai pukul 11.30...bila terjaga tu, kelam kabut packing barang untuk check out. Alih-alih pukul 1 baru check out...hehe. Tapi kami tak terus pulang ke KL, Mr Kudud nak lepas gian di Driving Range Awana ni dulu. Memang purposely pilih Awana Genting ni sebab ada golf course dan driving range untuk Mr Kudud. Sementara Mr Kudud hayun kayu golf tu, saya pun ambil peluang testing kamera Go Pro Hero 3 Plus Mr Kudud ni. Best jugak guna Go Pro ni...nanti saya review kat blog pasal kamera ni. Actually kebanyakkan gambar dalam entry ni saya guna Ipad Mini dan Go Pro Hero 3 Plus je. Malas nak mengangkut DSLR yang berat gila tu... Cuba teka lepas ni kami ke mana pulak? Kalau nak tahu, tunggu entry saya esok ok?



Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Location:Bota,Malaysia

Feb 24, 2014

Saturday's Brunch With Iris Malika




“It's the simple things in life that are the most extraordinary.”
  Paulo Coelho




[ Italiannies . 22 February 2014 ]


Assalamualaikum & Hello.

 Entry hari ini pasal Iris Malika lagi...yeay!! Sabtu lepas pukul 11 pagi saya dan Mr Kudud keluar ke Paradigm Mall untuk brunch bersama kawan kami, Syazwan dan Yoshie Natalia. Dah lama kami tak hang out sama-sama. Selalunya kalau lepak makan sudah tentunya kami makan kat Italiannies sebab restoran ni memang all time favourite kami. Tak payah susah-susah cari tempat makan lain...hehe. Paling best brunch kali ni sebab ada budak comel Iris Malika. Seronok betul melayan si Iris Malika ni. Sebelum shopping dan jalan-jalan di Paradigm Mall, haruslah isi perut dulu kan. Brunch haritu kami order aglio olio, pepperoni pizza, dan chicken milanese. Semuanya portion besar cukup-cukup untuk kami berlima makan..hehe.


Jangan main-main, walaupun baru berumur 1 tahun, si Iris Malika ni pandai posing depan kamera tau. Pantang orang nak snap gambar dia, terus nak posing bagai. Lepas tu nak tengok gambar pulak...amboi kecik-kecik dah pandai tau!



[ H&M . 22 February 2014 ]


Habis je makan...apa lagi jom ronda-ronda dalam Paradigm Mall ! Mula-mula kami berpecah jadi 2 group. Yang isteri-isteri sibuk belek-belek barang dalam Sephora. Yang encik-encik suami meronda tengok property exhibition sambil babysit Iris Malika kat dalam Paradigm Mall tu. Lepas tu kami semua ronda pulak dalam H&M. Bukannya shopping barang, tapi sibuk camwhore dalam tu....hehe. Pandai betul si Iris ni posing..nanti audition jadi model baby laa Iris...boleh kami tumpang glamour...hehe



[ Plan B . 22 February 2014 ]


Penat je jalan-jalan kami lepak pulak kat Plan B. Alang-alang lepak kat situ, kami order makan lagi..haritu saya order Nasi Ulam & Ayam Pangggang...sedap betul. First time saya makan. Harga dalam RM 26 macam tu. Portion besar memang saya tak boleh habiskan semua. Sudahnya saya share dengan Mr Kudud makan. Kat situ pun kami lepak lama...borak-borak. Bayangkan dari pukul 11 pagi sampai 5 petang kami menapak kat Paradigm Mall tu. Tapi tak terasa pun sebab seronok sangat. Iris...nanti auntie Liza dan Mr Kudud kidnap Iris bawak jalan-jalan ok? Sebab Iris best laa !!!




Love,
LIZA RAZAK






FOLLOW ME

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...