Nov 28, 2011

Join Us @ SOOQ Bazaar !





Nov 25, 2011

Cooter + St Angel Animal Medical Centre

They were plain strays that turned up for food and I fed and cared for them, loved them like my very own cats ... they were wonderful and affectionate, just asking for some food and some safe shelter, and the right to live alongside us humans ..... no evilness in their little hearts .... 
Furkids, Petfinder.my



Isnin lepas saya decide nak bawa Cooter untuk vaksin dan deworm di private vet.Seminggu lebih saya buat research tentang vet mana yang sesuai untuk saya bawa Cooter untuk vaksin dan deworm ni.Mula-mula nak bawa ke Vet Kerajaan.Tapi jauh dan harga pon tak jauh beza dengan sesetengah private vet ni.Saya cari pulak vet area Puchong dan terjumpa satu Vet yang reviewnya dari orang ramai agak baik.Rupa-rupanya dekat je dengan rumah saya.

Selama 4 bulan lebih saya bela Cooter ni, langsung tak terfikir nak bawa dia vaksin dan deworm ni.Ingat bila dah bagi makan, minum dan mandi dah cukup.Rupa-rupanya cara saya tu salah rupanya.Semua ni berubah bila saya secara tak sengaja terbaca forum kat Petfinder.My.Serius sangat bagus untuk peminat kucing macam saya.Sebelum ni saya tak pernah bela kucing sendiri.Cuma masa saya tinggal dengan ibu bapa kat kampung, diorang ada bela banyak kucing.Dari situ la timbul minat saya pada kucing.

Forum Petfinder.My ni banyak mengajar saya cara yang betul untuk menjaga kucing.Dari segi pemakanan, latihan dan macam-macam lagi.Bukan senang sebenarnya nak menjaga kucing yang betul.Especially tentang pemakanan.Baru saya tau rupa-rupanya makanan komersil kucing seperti Whiskas dan Friskies tuh tidak bagus untuk kucing jika diberi makan untuk jangka masa yang panjang.Boleh menyebabkan pelbagai penyakit.Saya juga paham beza makanan komersil, premium dan holistic.Kalau nak cerita panjang lebar memang sampai esok pon tak habis kan...nanti saya cerita untuk next entry.


Saya dan Mr Kudud decide untuk hantar Cooter ke St Angel Animal Medical Centre.Sebelum ni kami selalu hantar Chombee dan Chicken ke Animal Medical Centre,KL.Tapi since dah tinggal Puchong ni, terpaksa la cari alternative lain.First time sampai sana,apa yang selalu saya perhatikan dulu adalah suasana klinik vet tersebut.Staf klinik ni ramai jugak dan ada juga staf Melayu.Lega....Klinik ni jugak ada pet shop corner tapi saya tak pasti pasal harga.Sama ada lagi murah dari pet shop luar atau tak.Perkhidmatan boarding pon ada jugak.1 hari dicaj RM12.Senang la kalau saya nak travel jauh..boleh hantar ke sana je.Staf kat receptionist sangat friendly dan tak kisah kita banyak bertanya.Dari first impression...saya dah suka !

Bila nama Cooter dipanggil oleh doktor, saya dan Mr Kudud masuk sekali.Nasib baik bila kami bawak keluar dari travel carrier,dia tak melawan pon.Diam je.Agaknya nervous tuh.Saya explain kat doktor yang saya nak doktor check telinga Cooter sekali.Sebab saya syak telinga dia ada earmites ( Thanks Petfinder.My for the useful info ! ) Doktor cuci telinga dan ambil sampel earwax untuk diuji.Memang betul tekaan saya,Cooter ada earmites! Untuk vaksin, doktor buat suntikan dan Cooter tak boleh dimandikan seminggu.Deworm pulak doctor cuma bagi pil dan hanya boleh diberi makan Isnin minggu hadapan.Doktor yang merawat Cooter sangat friendly.Senang saya nak bertanya banyak soalan especially tentang decision kitorang nak sunatkan Cooter.Nasib baik harga untuk sunatkan Cooter reasonable ( Tak murah sangat yer ).Caj dalam RM90.Yang tuh saya akan fikir dulu..huhu

Overall hari tuh, rabak jugak duit simpanan saya...
Deworm : RM  7
Vaccination : RM 35
Earmites : 35
Total : RM 77 ( Boleh beli sehelai dress !! huhu )

Cooter punya pasal,layankan je la.Bukannya maintenance tiap-tiap bulan kan.Janji dia sihat.Lagipon rimas tengok dia asyik menggaru telinga je..hehe.So next week saya kena bagi dia makan pil deworm sahaja lagi..Nampak tak gambar di atas.Pet Passport?? Comel kan? Dalam tuh ada semua information kesihatan Cooter bila kita pergi ke vet.Tarikh, info penyakit dan medication yang diberi pada Cooter setiap kali datang ke St angel.Senang bila saya tiba-tiba kena hantar ke vet lain.So doktor vet lain boleh refer dari pet passport je..hehe.Mudah kan?

Ada orang kata saya ni membazir je beli makanan premium dan habiskan duit hantar vet.Saya tak kisah.Kenapa? Cooter ni datang minta makanan depan rumah saya 4 bulan lepas bukan sekadar minta makanan je tau.Dia datang bawa rezeki.Setakat RM 77 hantar vet tuh apa la sangat kalau nak dibandingkan dengan pahala yang dapat.Mungkin dia akan sedikit menyusahkan tapi saya tak risau sebab saya tau dia akan selalu doakan kami.Kalau bukan di dunia, di akhirat nanti.Insya Allah...



From Puchong With Love,
LIZA RAZAK






Nov 24, 2011

The Sleeping Cat #Cooter

I love cats because i love my home and after a while they become its invisible soul.
Jean Cocteau



Lately Cooter suka tido.Maybe sebab dia baru lepas diberi suntikan vaksin Isnin lepas.Demam dan kurang aktif.Yang peliknya selera makan ada je..hehe.Mengade kan.Sekarang ni hobi saya curi-curi snap gambar Cooter tido,lepas tu upload kat Instagram.Saje buat collection.Macam-macam gaya ada.Memang sangat tak senonoh gaya tido Cooter ni.


Tiap-tiap hari Cooter akan tido dengan saya dan Mr Kudud.Tapi kadang-kadang siang hari pon dia akan tido atas katil.Tak pon atas sofa.Kucing parents saya pon macam tuh jugak.Agaknya memang semua kucing macam tu kot.









Saya dah 4 bulan lebih jaga Cooter ni.Berat dah naik 3 kg lebih.Dulu masa mula-mula jaga, Cooter sangat kurus.Sekarang dah gemok dan manja.Kalau tak percaya betapa kurusnya Cooter dulu,sila lihat gambar di bawah..hehe


Seronok sebenarnya jaga kucing ni.Sekarang ni saya suka sangat baca forum tentang penjagaan kucing yang betul.Banyak info yang saya boleh belajar especially tentang pemakanan kucing. 
Nanti saya akan share bagaimana saya jaga Cooter ok?

# Picture From PypyLamb's Instagram

From Puchong With Love,
LIZA RAZAK



Kenduri Di Kampung Itu Lebih Seronok

7th November 2011.Tanjung Piandang,Perak.Majlis Cukur Jambul


When you are joyous, look deep into your heart and you shall find it is only that which has given you sorrow that is giving you joy. When you are sorrowful look again in your heart, and you shall see that in truth you are weeping for that which has been your delight.
Khalil Gibran



Ini merupakan entry sambungan dari : 


Inilah dia suasana kenduri di kampung saya.Semua kerja dibuat secara bergotong royong.Seronok tau..sebab masak pakai kayu api.Yang tak bestnya habis rambut dan baju berbau asap.2-3 hari baru boleh hilang..hehe.Kenduri ni sebenarnya kenduri cukur jambul anak pak su saya.Buat secara kecil-kecilan je tapi meriah.



Kalau rewang macam ni...part paling saya suka part kupas bawang dan tolong goreng ayam.Kalau kupas bawang, boleh duduk dan gosip-gosip.Kalau tolong goreng ayam...sambil goreng..sambil makan ayam..hehe


Thrill gile masak pakai kayu api ni.Dah la susah nak jaga api ni.Bukan boleh control macam dapur gas..Punya la thrill sampai lecur tangan Mr Kudud..hehe






Lauk pauk aritu, ayam masak merah, sup tulang, kerabu dan air asam.Kitorang asyik makan sup je.Setahun sekali je dapat makan daging fresh macam ni






Baby Girl yang diraikan :)


Mak dan abah saya yang comel.


Ok...finally habis pon entry pasal Raya Haji saya..Lately saya agak busy sikit dan tak de mood nak update entry.Ini pon terkial-kial dah taip.Bila saya ada banyak time nanti saya akan update selalu


From Puchong With Love,
LIZA RAZAK



Nov 23, 2011

Pypy.Lamb Studio & Classy Hawa at # Keyya Kayya Bazaar

Pypy.Lamb Studio + Classy Hawa.Keyya Kayya Bazaar.19th November.Rasta TTDI


A man will never love you or treat you as well as a store. If a man doesn't fit, you can't exchange him seven days later for a gorgeous cashmere sweater. And a store always smells good. A store can awaken a lust for things you never even knew you needed. And when your fingers first grasp those shiny, new bags... oh yes... oh yes. 
Rebecca Bloomwood, Confessions Of a Shopaholic






" Yoshie Natalia "


" Liza Razak "


" Mr Kudud "


" Wan "


" Myra "


" Botak "










WHAT I WORE : Nude Beige Maxi Dress, The Poplook | Animal Prints Shawl, Cotton On | Owl Long Necklace, Cats Whiskers | Nude Gladiator Flats, Cotton On



From Puchong With Love,
LIZA RAZAK


Nov 19, 2011

Join Us @ Keyya Kayya Bazaar !





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...