Feb 19, 2013

Makeup Review : Chanel Perfection Lumiere Long-Wear Flawless Fluid Makeup


APA KATA CHANEL :
" Effortless to apply, with seamless blendability for a naturally flawless effect, this breakthrough foundation is the ideal all-day, everyday formula suitable for all skin types in a diverse range of 20 shades. Oil-free. Dermatologist-tested. Noncomedogenic. "

KULIT SAYA :

Combination Skin ( berminyak di bahagian T-Zone + kering sedikit di bahagian pipi )
Warna kulit :  Sawo Matang
Kulit senang berpeluh


APA KATA SAYA :

Harini saya rajin sikit nak buat review mengenai foundation yang saya pakai. Selain daripada foundation MAC, saya memang suka foundation Chanel. Sebelum ni memang takut-takut jugak nak cuba makeup Chanel ni, tapi bila dah cuba sendiri dan hasilnya sangat memuaskan hati terus malas nak cari foundation lain dah. Sebelum ini saya guna MAC Studio Sculpt SPF 15, hasil cantik jugak tapi rumusan dia yang agak pekat susah saya yang amatur ni nak pakai menggunakan span ataupun berus. Bila habis je foundation MAC ni, gatal pulak tangan ni nak cuba foundation Chanel sebab saya memang dah 2 tahun pakai primer (White Essentiel Base De Teint) dan compact powder Chanel (Mat Lumiere Luminous Matte Powder Makeup). Alang-alang kasi complete set terus je lah kan..

Antara faktor penting yang saya pertimbangkan sebelum beli foundation adalah daya tahan, hasil natural dan tidak berminyak. Masa saya cuba foundation ni, sales girl ni cakap foundation ni boleh tahan selama 15 jam. Rasa macam tipu je..Tapi Alhamdulillah setakat yang saya pakai ni, kulit muka tak berminyak, cuma nampak 'a bit dewy' selepas 5-6 jam pakai. Ada orang tak suka nampak 'dewy' ni tapi saya suka. Konon-konon nampak flawless gitu..hehe

Satu je masalah saya bila pakai foundation atau bedak, muka saya ni cepat berpeluh. Memang tension sangat kalau pakai foundation, lepas tu foundation jadi bercapuk dan tak sekata sebab peluh. Sebab tu saya selalu spend duit lebih sikit untuk foundation & bedak yang branded sebab saya dah cuba banyak brand, hanya 2 brand je setakat ni yang memuaskan hati dan tahan lama iaitu MAC dan Chanel.


Gambar di atas ni gambar saya pakai foundation (gambar tak diedit). Saya pakai foundation di sebelah kiri muka dan sebelah lagi tak pakai apa-apa. Masa snap gambar ni muka saya memang tengah berpeluh. Tapi foundation ni tetap sekata dan dan tak bercapuk. Kalau nak mudah, sapu foundation ni dengan berus foundation ataupun span sebab rumusan dia halus dan silky. Rasa macam pakai krim muka je. Saya guna Shiseido Foundation Brush untuk sapu foundation ni di muka. Paling best foundation ni wangi dan sejuk. Kenapa sejuk? Sebab botol foundation ni diperbuat daripada kaca dan bukan plastik seperti foundation yang lain. Memang sesuai sangat untuk kulit yang senang berpeluh macam saya ni. Mula-mula foundation ni akan nampak putih sedikit tapi lama-lama dia akan oxidize dan ikut warna kulit kita.

SEBELUM                                                            SELEPAS 

Sebelah kiri gambar sebelum keluar jalan-jalan (full makeup & gambar tak diedit) dan sebelah kanan gambar yang diambil selepas 5 jam penggunaan.

Apa lagi yang saya suka tentang foundation ni? Sebab foundation ni photo-friendly. Kebanyakkan gambar yang saya snap tak nampak muka terlalu 'powdery' dan nampak dewy. Yang penting nampak natural.

Tips:
1. Kalau kulit berminyak, boleh cuba kurangkan pakai mosturizer ataupun primer di bawah foundation
2. Untuk makeup tahan lebih lama, guna finishing spray (saya guna MAC Mineralize Charged Water)
3. Untuk kulit kering, korang boleh cuba gunakan highlighter selepas memakai foundation untuk hasil flawless dan dewy (saya guna Benefit High Beam di atas tulang pipi)
4. Cuba full makeup di kaunter Chanel dan cuba beberapa jenis foundation shade untuk dapatkan hasil yang tepat.

Pro's :
1. Pump Bottle - senang nak sesuaikan jumlah penggunaan
2. Photo-friendly - kulit nampak dewy bila bergambar (khas untuk kulit combination macam saya. Jenis lain saya tak pasti)
3. Lightweight - mudah disapu menggunakan berus dan span
4. Long Wearing - sesuai untuk cuaca lembap dan panas
5. Minimal Touch-Up - kalau berpeluh sangat, baru saya touch up
6. Natural Look
7. Perfect for combination skin
8. Oil-Free Foundation
9. SPF 10

Con's :
1. Dewy Result - memang sangat tak sesuai untuk korang yang minat makeup 'matte look' *bergantung pada jenis kulit. Pada kulit kering, mungkin akan nampak lebih 'matte'
2. Botol agak berat dan penutup senang kotor terkena cap jari
3. Light/Medium Coverage untuk kulit berparut, dan berjerawat sebab rumusan dia ringan dan halus.
4. Tak cukup untuk menutup dark circle dan cela di muka. Gunakan concealer untuk nampak flawless.

Kalau nak lebih detail lagi korang boleh baca review di http://www.makeupalley.com . Saya selalu research review di website ni sebelum saya membeli mekap. Ini salah satu review tentang foundation ni di Makeup Alley yang saya rasa sesuai dengan jenis dan masalah kulit muka saya :


Harga retail Chanel Perfection Lumiere Long-Wear Flawless Fluid Makeup : RM 167 (30ml)
Saya guna shade 30 Beige
Saya selalu beli makeup Chanel di Butik Chanel Cosmetics di One Utama dan kaunter Chanel di Metrojaya The Curve.

Kalau mengikut penggunaan saya, 30ml foundation ni boleh tahan selama setahun. Sebab saya jarang pakai makeup. Seminggu 2-3 kali je. Kadang-kadang sampai naik boring pun ada sebab foundation lambat betul habis...hehe. Tapi tak boleh simpan lama sangat pulak sebab semua makeup ada expired date/shelf life  masing-masing. Feel free to comment ataupun nak bertanya apa-apa. Lepas ni saya cuba review MAC Mineralize Charged Water pulak ok?


Rating : 4/5
Repurchase? YES !


Love,
LIZA RAZAK





19 comments:

Syafiqah Hashim said...

wahh..macam best je..muka pika berminyak and cepat berpeluhh jugakk..susah betul kalau muka cepat berpeluh..makeup cepat hilang..huhuu..
and berbaloi la kalau boleh tahan setahun kannn..

Raz said...

menarik.. review yg jelas dan padat.. thanks

✿INA AINAA✿ said...

mesti mahal kan?? sob sob sob.. xmampu lg nk pkai mahal2.. pakai maybelline je.. huuuuu

Unknown said...

nampak best sangat..tapi still x berani nak tuka foundation lagi...sbb muka sensitif sangat...

Unknown said...

Mcm best betul ya.. Mak-mak ni pakai BB cream ajaaa.. Nak heavy sket pakai foundation Revlon.Kalau nak splurge set sumer berapa lah gamaknya ya???

Liza Razak said...

@syafiqah hashim : memang berbaloi kalau hasilnya bagus :)

Liza Razak said...

@razfira : welcome sis :)

Liza Razak said...

@✿A I N A A✿ : dah kerja nanti ena bolehlah beli :)

Liza Razak said...

@O'gosh Iskandar : boleh cuba sample kat kaunter chanel..

Liza Razak said...

@Sheema shay : kena beli sikit2 barulah tak terasa..hehe

Unknown said...

mesti mahal kan..menarik sebab ikut warna kulit..
memang nampak perbezaannya bila pakai dan tidak..

Unknown said...

wahh nice sharing sis...tue laa selalunya kalau pakai foundation mesty tahan kejap je n muka senang berminyak, but after baca review dr sis about dis, rasa mcm best plak, kena cuba neh...thank Q sis for sharing dis.. :D

Liza Razak said...

@MaMa Rey: betul tu sis..mmg puas hati pakai :)

Liza Razak said...

@Seneorita Baharin : welcome sis :)

seribupilihan said...

menarik..cantik tengok gambar..boleh cuba nanti..:-)

Liza Razak said...

@seribupilihan : nanti cubalah sis :)

Cheida_Mymee said...

salute la liza x guna 360 camera utk look more flawess
baru betul nmpak hasil review kan..
kbnyakkn skng mesti guna 360 app
nk tgok review pon mals sbb dah thu hasil more to apllcation

cik nonyfadatul hanim said...

siss...nak tnye bape harga bedak chanel

Alia Farhan said...

i'm looking for this product rwview frst before buying thus foundation...thnx for ur review dear...
mbantu sgt...
jemput singgah ke blog i ya
http://aliafarhansaid.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...