Feb 15, 2013

Wedding Anniversary In Kuantan (Pt 1)

 Sorry yer....cerita basi lagi. Sebenarnya entry ni dah terperuk dalam draft lama dah. Malas betul nak upload gambar banyak-banyak dari Instagram ni..hehe. 25 Disember tahun lepas genap 2 tahun usia perkahwinan saya dan Mr Kudud. Selalu kalau celebrate wedding anniversary, mesti pergi makan-makan romantik ataupun pergi karaoke, kali ni kami tukar pulak tradisi dengan pergi bercuti. Destinasi? Untuk permulaan. kami pilih Kuantan. Sebab dekat dengan town dan berdekatan dengan pantai. 2 in 1 katanya...hehe. Seminggu sebelum tarikh, saya dah survey hotel-hotel yang menarik di Agoda.Com. Kat website tu boleh dapat rate hotel yang murah. Akhirnya kami decide untuk pilih Swiss Garden Resort & Spa Kuantan. Hotel ni betul-betul tepi pantai dan review yang saya baca mengenai hotel ni memang cukup menarik.

SWISS GARDEN RESORT & SPA KUANTAN 
1 JANUARI 2012


 Kami bertolak petang dari Puchong dalam pukul 4 petang dan sampai di Beserah, Kuantan dalam pukul 7 malam. Sampai je terus check in bilik. Alaaa...saya terlupa pulak nak snap gambar bilik time tu. Tapi bilik deluxe yang kami pilih tu memang selesa dan best. Yang penting ada balkoni dan bath tub..hehe. Memang berbaloi dengan harga yang kami bayar (dalam RM 234 satu malam). Lepas unpacking barang-barang, kami terus jalan-jalan cari makan di gerai-gerai berdekatan hotel. Kalau kat area Beserah ni memang tak payah risau tentang makanan, Sepanjang pantai ni, ada macam-macam hotel dan gerai seafood. Sampai rambang mata nak pilih yang mana satu. Sudahnya saya baca review gerai makanan yang best kat Foursquare. Terjumpa review menarik tentang gerai Seafood kalau tak silap saya namanya Planet Seafood. So, malam pertama kami di Beserah, kami dinner di Planet Seafood. Kami order tomyam campur, nasi putih dan ikan bakar. Not bad la..tapi tak de lah sedap sangat sebenarnya. Habis je dinner kami terus balik ke hotel dan tidur. Konon-konon nak bangun awal makan breakfast..hehe

THE GARDEN TERRACE
2 JANUARI 2012


 Aktiviti yang paling saya suka kalau menginap di hotel adalah bangun pagi makan buffet breakfast. Kadang-kadang tu excited dari malam sebelum lagi..hehe..teruk kan? Best jugak breakfast kat Swiss Garden ni sebab deco cafe dia sangat cantik dan berdekatan pantai. Boleh feeling-feeling makan tepi pantai gitu. Bagi saya, yang betul-betul sedap adalah pastry. Memang banyak gile choice. Rata-rata yang ramai menginap masa kami di sana. kebanyakkannya tourist orang putih. Orang kita adalah dalam 5-6 orang je yang saya jumpa. Itupun saya rasa orang Petronas yang outstation di sana, sebab bila breakfast semua pakai overall Petronas..hehe


 Bila bosan, Mr Kudud ajak teman dia swimming kat swimming pool. Tapi saya tak swimming pun sebab tak ada swimming suit muslimah. Kalau ada, memang dah terjun tiruk kat pool tu..hehe. Sudahnya saya bawak novel yang-dah-bertahun-baca-tapi-tak-habis-habis dan lepak baca novel kat tepi pool.


 Malam tu memang best sebab Mr Kudud buat surprise ajak saya buffet dinner kat The Garden Terrace. Apa yang special buffet dinner ni?? Sebab ada outdoor BBQ tepi pool. Macam-macam jenis seafood kita boleh makan. Ada lamb, ayam dan roasted beef jugak. Dessert pun ada pelbagai jenis. Kitorang memang belasah makan tak ingat dunia. Bayangkan sepanjang 2 jam kami kat situ kerja mencekik jer..memang bulat perut! Rate buffet dinner pun bagi saya agak affordable dengan ada menu BBQ dan pelbagai food range. Dalam RM 52++ ...lepas tax bagai-bagai tu..dalam RM 70 satu kepala. Agak dah bulat perut tu, kami lepak kat lobby sambil dengar orang main piano. Walaupun satu hari suntuk kami lepak kat hotel, memang tak boring sebab ada banyak aktiviti menarik kami boleh buat.

PANTAI BALOK
EAST COAST MALL KUANTAN
 3 JANUARI 2012

Keesokkan harinya merupakan hari outdoor. Kami habiskan masa jalan-jalan di tepi pantai Balok. Malam pulak kami meronda di Bandar Kuantan dan East Coast Mall. Sempat jugak kitorang shopping tak pasal-pasal kat situ..hehe. Lepas shopping kami lepak sambil-sambil borak pulak kat Starbucks.

WARUNG OTAK-OTAK CHE WAN
4 JANUARI 2012


Tibalah masanya untuk pulang ke KL. Check out je hotel, terus gerak ke Kemaman. Misi mencari otak-otak, sata dan Hai Peng Kopitiam. Kebetulan semua makanan yang kami nak cari tu, lokasi berdekatan. Ada kawan Mr Kudud pernah recommend kalau pergi Chukai, Kemaman, kena cuba sata dan otak-otak kat Warung Otak-Otak Che Wan. Memang famous katanya. Jenuh jugak nak mencari warung otak-otak ni. Nasib baik ada foursquare dan GPS. Sampai jugak kami di sana. Apa yang boleh saya katakan tentang warung ni...memang MARVELLOUS !! Sata paling sedap saya pernah makan..Mula-mula saya ingat otak-otak kat warung ni macam otak-otak Johor. Pelik jugak bila tengok ada otak-otak kat Kemaman ni. Rupa-rupanya otak-otak kat sana merupakan isi ikan..ala-ala pais ikan. Memang sedap gila ! Habis 3 pinggan keropok lekor, sata dan otak-otak kami kerjakan..hehe. Habis makan, kami singgah beli ole-ole keropok lekor untuk dibawa pulang sebelum meneruskan perjalanan ke Hai Peng Kopitiam. Kenapa saya suka sangat Hai Peng Kopitiam ni? Ada cerita sebenarnya...dulu saya selalu ulang-alik dari KL ke Rantau Petronas. Setiap kali ke sana, mesti kawan saya bawak saya minum di Hai Peng Kopitiam Kemaman ni. So bila setiap kali saya pergi Kuantan, memang terus jadi tradisi, saya mesti akan singgah minum kopi dan makan roti bakar di Hai Peng Kopitiam ni. Malangnya masa kami nak singah di sana, tutup pulak kopitiam ni. Dah 2 kali saya datang, mesti tutup. Tak pasti pulak kalau memang tutup terus kan. Terus rasa kecewa gila. Nasib baik saya google, rupa-rupanya Hai Peng Kopitiam ni ada cawangan di Bandar Kuantan. Adeh..nak kena patah balik Kuantan pulak, jauh jugak tu. Dah la kami nak balik KL. Nasib baik Mr Kudud baik hati patah balik pergi Kuantan semata-mata sebab saya teringin sangat nak minum kopi di Hai Peng. Mengada kan....hehe

HAI PENG KOPITIAM, KUANTAN
COFFEA COFFEE, JALAN TELAWI 2 BANGSAR

Kalau tak ada GPS dan Foursquare, memang payah jugak nak cari kopitiam ni. Agak terceruk sikit. Tapi puas hati sebab kopitiam ni masih dibuka. Ramai gila orang dalam tu. Bukan ramai je..penuh yer. Sampai kena tunggu seat kosong baru boleh duduk. Terus order Hai Peng Signature Coffee dan Laksa Hai Peng. Alhamdulillah...dapat jugak saya minum kopi di sana...hehe. Lepas tu kami terus gerak balik ke KL. Ingatkan terus balik rumah, rupa-rupanya Mr Kudud ajak saya lepak dengan kawan-kawan di Bangsar. Nak pass ole-ole keropok lekor kat kawan-kawan katanya. Kami lepak di cafe baru kat Jalan Telawi 2. Nama cafe ni Coffea Coffee. Ala-ala Starbucks tapi ada banyak menu yang unik dan rare. Saya order Peanut Butter Latte. Sedap hokeyy !! Lepas ni wajib lepak lagi kat sana...hehe.

Saya ada snap gambar guna DSLR. Tapi tak banyak pun. Nanti saya update untuk entry Pt 2 pulak lepas ni. Actually ada banyak entry-entry basi saya nak update tapi kena slow-slow sebab mood blogging saya baru datang balik. Gambar-gambar pun banyak tak edit lagi. Pemalas betul saya ni..hehe

Till next entry....


 FOLLOW ME ON INSTAGRAM 
 pypylamb



Love,
LIZA RAZAK





34 comments:

Asma Azuani said...

seronoknye pegi bercuti! saya yang orang pahang ni pon tak penah pegi lagi ke swiss garden kat kauntan tuh..hehe

spotted laksa tuh! hehe

Alin Marlini said...

best cuti2..rehat minda...

ReramaBiru said...

bestnya..pic pon cantik2 semua..hehe menunggu part 2 :)

Unknown said...

tang kopi tu yang x menahan air liur dibuatnya...

Mak Wardah said...

akak like this n3..suka sgt dgn gambar2 tu, sweetnya liza.

Cik Kiah said...

tahniah cik liza! heeeee... kite punye 1st annvrsary nampaknye berkain batik la.. sbb time tu baru deliver baby Insyaallah.. =)

TS said...

ohoooii...syoknye... :)

mshazadoes said...

happy anniversary dear ^^
entry lah paling besh dya baca sebb semua nye bahasa malay..hihihihi
baru dya tahu kuantan de tmpt besh cm nih..

Nai @ TPJ said...

Haaaa..... Kuantan & Kemaman? Hehehe.. Kampung kedua akak tu... ;) Happy Belated Anniversary, deq..

Syazana Zainn said...

incik kudut romentik gitu.hihi


congratulation for ur 2 years marriage!!!!

wiwiwiwiwi :D

nabila azmi said...

happy anniversary kak!!!...wah..bahagianyeee...harap dpt jdi hepi2 mcm akak jugak one day ti=)

cha said...

happy anniversary. tahun lepas i bercuti kt pangkor tahun ni tak tau lg plan apa sebab hubby busy :(

btw semoga berkekalan selamanya amin

norinaomar said...

happy anniversary Liza...moga Allah memberkati kalian selamanya..

Interest kita sama, duduk hotel sebab tak sabar nak makan buffet beakfast..hihihi

Nursaila Norman said...

happy anniversary kak! semoga berkekal hingga ke syurga :D sy mmg teringin nk ke swiss garden..huhu.. :)

suwara entertainment said...

happy anniversary liza & kudud! semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. best kan dpt cuti2 dgn org yg kita syg. cuti sekolah nnt nk bwk anak2 g PD la sementara perut belum memboyot lagi ni. hehehe

www.suriaqistina.blogspot.com

Zyana said...

asam laksaaaaa craving huhuhu terliur..sedap2 je mknn kat dalam pic ni...

Maria Menado~ said...

suweetnyaaa.. *tgndigenggammatatutop*

happy for u.=)

Liza Razak said...

@Asma Azuani : nanti cuti bolehlah pergi sana :)

Liza Razak said...

@Alin Marlini : betul tu sis :)

Liza Razak said...

@BlueiceButterfly : thank u sis :)

Liza Razak said...

@O'gosh Iskandar : kopi tu memang sedap :)

Liza Razak said...

@Mak Wardah : thank u sis :)

Liza Razak said...

@Cik Kiah : wahhh...dah preggy yer? congrats !!

Liza Razak said...

@iEyLa : Alhamdulillah...best sangat

Liza Razak said...

@dya : thank u sis :)

Liza Razak said...

@Nai @ TPJ : thank u sis :)

Liza Razak said...

@Syazana Zainn : thank u sis :)

Liza Razak said...

@nabila azmi : Insya Allah dear..thank u so much :)

Liza Razak said...

@cha : nanti bila u free..boleh la pegi honeymoon dengan husband :)

Liza Razak said...

@norinaomar : tu laa...breakfast kat hotel mmg best :)

Liza Razak said...

@Nursaila Norman : nanti cuti..boleh stay kat sana :)

Liza Razak said...

@Sue-Rya Qistina : betul tu..bolehlah rehat sambil hilangkan stress :)

Liza Razak said...

@yana : memang sedap :)

Liza Razak said...

@Maria Menado~ : thank u sis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...