May 31, 2013

Yoshie Natalia's Birthday Surprise (Part 2)

Cathay Cineplex Platinum Movie Suites . 28th May 2013

Kami semua mula berkumpul di Platinum Movie Suites Lounge lebih kurang pukul 9.45 malam. Semua yang datang terpaksa menyorok-nyorok sebab takut Yoshie nampak kitorang. Surprise ni idea daripada husband Yoshie, Wan dan kakak Yoshie, Tasha. Dari hari Sabtu lepas kami dah pakat-pakat nak buat surprise untuk birthday Yoshie. Kebetulan Yoshie memang ada cakap yang dia nak tengok Fast and Furious 6 masa birthday dia.

   
Actually saya dan Mr Kudud pertama kali menonton wayang kat Platinum Movie Suites ni. Memang best gila tengok wayang kat sana. Selesa sangat! Tak taulah berapa ribu husband Yoshie spend untuk booking satu hall Platinum Suites ni. Yang pasti..mesti mahal ! Untung Yoshie...


Bila semua kawan-kawan dah sampai..apa lagi..masing-masing jadi kecoh dan kelam-kabut. Nasib baik staff Cathay sangat sporting tolong arrangekan Yoshie dan Wan masuk dalam hall tanpa nampak kitorang. Kitorang tunggu 10 minit wayang bermula baru kami masuk hall beramai-ramai bawak cupcake satu sorang untuk Yoshie


Sementara tunggu Yoshie dan Wan masuk dalam hall..camwhoring dulu!


Kakak sulung Yoshie memang sangat sporting.. dialah yang arrange almost everything dari cupcakes, balloons, goodie bag, invitation dan booking



Masa ni kami dah dapat green light dari staff Cathay. Sebelum surprisekan Yoshie...sempat lagi camwhoring..padahal kelam kabut betul masa ni sebab takut miss banyak part awal movie Fast and Furious 6.


Tadaaa !!


Habis je suprise..terus kitorang berebut tempat duduk..Homaii...memang best sangat tengok wayang macam ni. Satu hall kami yang punya. Memang suka-suka hati boleh borak-borak, baring..berjalan-jalan dalam hall tu. Pendekkan cerita boleh sila panggung lah dalam tu..


Fast and Furious 6 memang awesome. Rasa nak repeat lagi tengok movie ni dengan adik saya pulak !


Lepas movie tamat je...sambung camwhoring lagi sampai balik !!!


Lovely siblings...dari kiri kakak Yoshie yang sulung, Tasha, Birthday Girl, Yoshie Natalia dan kakak kedua, Iko Ira Tanya.


Yang penting bukan Yoshie seorang je yang seronok...kami pun seronok jugak...mana taknya untung dapat tengok Fast and Furious 6 kat Platinum Movie Suites.Btw, thank u Wan dan Tasha jemput kitorang :)



Love,
LIZA RAZAK




May 29, 2013

Yoshie Natalia's Birthday Surprise (Part 1)

Cathay Cineplex Platinum Movie Suites . 28th May 2013


Semalam merupakan birthday BFF saya Yoshie Natalia. Kitorang celebrate di Platinum Movie Suites, Cineleasure. Kali ni surprise birthday untuk Yoshie memang special sebab husband Yoshie, Wan book satu Platinum Hall khas untuk Yoshie ala-ala surprise yang Justin Bieber buat untuk Selena Gomez dulu. Sweet kan...


 Semua kenalan rapat dan keluarga hadir untuk celebrate birthday Yoshie. Kami tunggu Yoshie dan Wan di luar Hall sementara Wan bawa masuk Yoshie dalam hall dulu. Memang kena menyorok tak ingat punya sebab tak nak Yoshie nampak kitorang. Lepas 10 minit movie ditayangkan baru kami senyap-senyap masuk dalam hall untuk buat surprise. Memang best betul layan Fast and Furious 6 dalam Platinum Hall. Bayangkan hall tu kami yang punya. Boleh buat suka-suka hati dalam tu. Nak baring boleh..bising pun boleh sebab tak ada siapa nak marah..hehe


Birthday Yoshie kali ni saya dan Mr Kudud hadiahkan Ipad Casing Victoria Secret sebab sebelum ni Yoshie ada sebut yang dia suka Ipad Casing VS ni. Nasib baik semalam sempat lari dalam VS The Curve beli casing ni. Hopefully dia suka :)


 Lepas movie habis..kitorang pun apa lagi..camwhoring gila-gila punya...hehe. Anyway Fast & Furious 6 memang awesome ! Memang kena repeat tengok lagi sebab semalam miss part awal sebab sibuk nak surprise kan Yoshie.


Actually ada banyak lagi gambar dalam DSLR saya. Esok saya update lagi gambar-gambar dari masa preparation, dalam movie hall dan camwhoring session. Anyway.. Happy 27th Birthday Yoshie!

Sebelum saya lupa..saya sempat lagi Keek masa preparation semalam. Jom layan..

May 28, 2013

Family Dinner @ Al Rawsha Restaurant



Al Rawsha Restaurant . 30th April 2013




(Sambungan Entry Short Trip To Melaka )

Balik je kami dari Melaka, malam tu kami dinner satu family di Restoran Al Rawsha. Selalunya restoran ni memang jadi pilihan sebab kami semua memang suka makan nasi arab. Kalau makan ramai-ramai satu family ni memang seronok cuma kali ni kurang 2 ahli keluarga saya, adik bongsu dan wife tak dapat ikut sekali. Saya dan Mr Kudud memang regular dari zaman Al Rawsha ni kat Jalan Damai lagi. Masa tu kalau nak makan memang leceh sikit sebab nak parking memang payah gila. Sekarang bila dah ada bangunan sendiri kat bulatan Kg Pandan tu memang selesa. Customer service pun memang banyak improvement. Lagi satu bangunan restoran ni punyalah cantik..macam istana!


Menu favourite kami sudah tentunya lamb mandy dan mixed grill. Saya memang tak akan order hidangan lain walaupun ada berpuluh-puluh yang lain dalam kertas menu tu. Strawberry juice dan mint tea memang recommended ! Walaupun harga makanan kat sini agak mahal sedikit tapi sangat berbaloi. Tak percaya..cubalah!


Kali ni dinner ditaja oleh adik saya Peloq..Memang jadi tradisi setiap kali dia balik bercuti 2 bulan, aktiviti pertama yang dia akan buat adalah makan besar dengan family. Sebab tu saya selalu excited kalau dia balik bercuti...ada jer aktiviti makan best-best dengan dia ni..hehe

Sementara tunggu order kami sampai..sempat lagi saya Keek..hehe




Sesiapa yang tak pernah lagi cuba lamb mandy di Al-Rawsha ni...bolehlah cuba nanti :)



Al Rawsha Restaurant
8 Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur



Love,
LIZA RAZAK



May 24, 2013

Short Trip To Melaka

 29 April 2013
PERKAMPUNGAN IKAN BAKAR TERAPUNG UMBAI


Hujung bulan lepas, saya dan parents ke Melaka. Sepatutnya kami pergi sekejap je untuk pick up adik saya yang bekerja di Melaka. Dia mula bercuti 2 bulan..biasalah orang kerja kapal ni..kerja 2 bulan, cuti 2 bulan. Sambil pick up dia..boleh jalan-jalan sekali di Melaka. Plan asalnya kami tunggu dia di Melaka Sentral..lama jugak kami tunggu. Dari pukul 2.30 petang sampailah lebih kurang pukul 6. Tiba-tiba dapat panggilan adik saya tak boleh balik lagi disebabkan dia tak boleh cop passport pelaut dia kat jabatan imigresen. Jabatan imigresen dah tutup. Terpaksalah bermalam di Melaka. Adoi...bayangkan masa tu sehelai sepinggang. Cuma bawak handbag je..

Nasib baik adik saya dapat 1 bilik hotel dekat Bandar Melaka. Lega sikit..mula-mula dapat 1 bilik je. Lepas tu dapat extra satu bilik lagi..Selesa la sikit. Malam tu adik saya ajak dinner di Umbai. Dia belanja katanya. Bila sebut Umbai je saya terus excited sebab tak pernah lagi makan ikan bakar kat sana. Ramai kata makan ikan bakar kat situ best. Masa kami sampai tu, orang tak ramai pun. Menu yang kami order semua cepat sampai. Yang menariknya makan ikan bakar di Umbai ni, lauk-pauk dimakan dengan nasi lemak. Memang betullah orang cakap..ikan bakar kat sini memang sedap !


HOTEL SERI COSTA , BANDAR MELAKA


Disebabkan kami semua keletihan dan kekenyangan, lepas makan di Umbai, kami terus balik ke hotel. Memang letih betul seharian menunggu adik saya di Melaka Sentral. Sepatutnya saya dan adik saya konon-konon plan nak pegi tengok wayang kat Mahkota Parade. Letih dan mengantuk punya pasal, sudahnya kami layan Youtube je kat dalam bilik hotel..hehe


PANTAI PUTERI & PENGKALAN BALAK


Keesokkan harinya pagi-pagi lagi kami dah check out hotel. Lepas tu hantar adik saya di Jabatan Imigresen, Tanjung Keling. Selesai je kami terus gerak balik ke rumah saya di Puchong. Dalam perjalanan balik kami sempat jalan-jalan di Pantai Puteri dan Pengkalan Balak. Sempat la snap gambar pemandangan yang menarik kat sana. Hopefully next time kalau ke Melaka lagi..saya nak jalan-jalan di A Famosa dan Jonker Walk pulak. Dah lama betul tak pergi sana.


* GAMBAR DARI INSTAGRAM SAYA : PYPYLAMB


Love,
LIZA RAZAK






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...