Assalamualaikum.
Hari ni saya agak rajin sikit nak buat makeup review. Thank you kawan-kawan blogger yang request. Eyeliner ni yang terbaru saya beli kat Sephora Paradigm Mall. Saja gatal nak cuba eyeliner baru pulak...hehe. Lately saya macam gila sikit kat produk Laura Mercier ni selain all-time favourite brand saya Chanel dan Benefit. Banyak review positif yang saya baca mengenai produk Laura Mercier ni. So bila eyeliner lama saya dah habis, terus beli Kohl Eye Pencil ni.
APA KATA LAURA MERCIER ?
Formulated
specifically for lining the inside of the eyelid & the base of the
lashes. The soft, creamy formula glides easily along the eyelid,
creating a smooth and well-balanced line. The luxurious texture allows
anyone to achieve the perfect "smoky eye" with maximum wearability. Each
pencil contains a thicker diameter than the Eye Pencil to create a more
pigmented, dramatic effect.
JENIS MATA SAYA :
Sensitif + Watery Eyes
Kebiasaannya memang saya akan beli eye pencil warna hitam. Tapi bila tengah belek-belek tu..alamak..warna hitam dia lain macam la. Tulis kat kotak warna Black Violet. Sah-sah bukan warna hitam betul kan. Saya cuba kat tangan..hitam dia agak kebiru-biruan sikit. Terus test kat mata pulak (kalau nak beli barangan mekap, seelok-eloknya bila pergi tak pakai apa-apa mekap. senang nak test kat muka) Eh...lawa jugak..Tengok harga...ermm..bolehlah.. Terus tangan ni google pasal eyeliner ni kat Makeup Alley..review dia boleh tahan jugak. Mula-mula macam agak ragu jugak sebab saya tak pernah guna produk Laura Mercier ni. Tapi tutup mata je la beli..kan..hehe
FIRST IMPRESSION :
Disebabkan warna eye pencil ni tak terlalu hitam...bila saya pakai di mata, mata tak nampak garang. Nampak lebih soft. Dalam gambar mungkin tak berapa nampak warna biru dia..tapi bila tengok dekat-dekat akan nampak. Lagi satu..eye pencil ni perfect untuk teknik smudging..Untuk mata sensitif dan cepat berair seperti saya ni..memang tak digalakkan lukis eye pencil ni di bahagian waterline. memang akan comot selepas beberapa minit. Paling baik lukis di lower line..itu pun kadang-kadang kalau cuaca terlampau panas, akan ada sedikit comot di bawah mata saya. Saya selalu guna bila cuaca tak panas sangat, takut nanti jadi mata panda pulak selepas beberapa minit keluar rumah..hehe. Walaupun eye liner ni bukan waterproof tapi saya masih suka disebabkan warna dia. Bila nak cuci kesan eyeliner pada mata...cuma cuci dengan wet wipes je..terus hilang. Saya mungkin akan repeat beli eye
liner ni sebagai second eyeliner dan dipakai bila ada special occasion.
Ini gambar saya memakai Laura Mercier Black Kohl Eye Pencil :
PROS :
Sesuai untuk teknik smudging
Warna hitam kebiru-biruan..mata nampak lebih soft
Warna pigmented
Sesuai untuk dipakai untuk 'special occasion'
CONS :
Non waterproof
Cepat comot bila dipakai di bahagian waterline.
Tak begitu sesuai untuk mata sensitif dan cepat berair
Harga agak mahal untuk eye pencil yang 'non-waterproof'
Tak praktikal untuk dipakai hari-hari
HARGA RETAIL :
RM 69 ( 1.1g )
Boleh didapati di Sephora dan semua kaunter Laura Mercier
Rating? 6/10
Repurchase : YES (Only for second eyeliner)
Love,
LIZA RAZAK
CONS :
Non waterproof
Cepat comot bila dipakai di bahagian waterline.
Tak begitu sesuai untuk mata sensitif dan cepat berair
Harga agak mahal untuk eye pencil yang 'non-waterproof'
Tak praktikal untuk dipakai hari-hari
HARGA RETAIL :
RM 69 ( 1.1g )
Boleh didapati di Sephora dan semua kaunter Laura Mercier
Rating? 6/10
Repurchase : YES (Only for second eyeliner)
Love,
LIZA RAZAK
28 comments:
ntah knape dr dulu sy x berapa suka jenis yg pensil ni... ;-)
saya x berminat dgn jenis x waterproof ni sbb mata saya pun jenis cepat berair jugak. hehehe
awk mmg gorgeous!
sy x reti guna pensil ni, kalau guna msti comot huhu tp cantiklah kaler tu :)
oooo....
hai...
follow sini...
mcm prnh jumpa di twitter kan?
aku pun tak gemar pakai yang pensil...
Mcm best je produk ni..biase pakai eyeliner avon je..hehe
me lebih selesa guna pensil.. senang nak draw.. btway i pun minat makeup.. hehe
Akk , thanks singgah and drop komen di blog sy. *terharu* :)
Sy baru nk try2 bljar pakai eyeliner, tp xthu la either yg pensil or jenis lain yg lbih mdah. Hehe
Hehe. Sy bru blajar2 nk pakai eyeliner, tp still comot2 lgi. Hee
**thanks singgah n drop komen kt blog sy,akk. :) *terharu* hehe
saya guna eyeliner from Mac.. btw, tq for reading my blog =)
hi liza, cikda pun ada berangan nak pakai eyeliner ni..tapi tu la..mata jenis cepat berair n comot.. tak tahu mana yg sesuai.. selalu beli bodyshop tapi tak pernah yg istiqamah..
Terang grisan dia....rietta xpndai pkai...
akak reti pakai body shop je, kalu yg lain2 msti pedih kalu berpeluh2...
akak nk nyebut pun pyh.. nk membeli lg lah tak penah hehehe
selalu pakai jenis cair..pensil tak reti pakai..hehe
@khairin anies : selalunya jenis pensel ni tak tahan lama sis
@sue rya qistina : samalah kita sis :)
@sutera kasih : saya yang selalu guna ni pun kdg2 comot jugak
@lelakisemalam : hehe
@rapunzeel cikilolo : owh ye ke? nanti bolehlah tegur2 kt twitter :)
@yanieyeap : nanti bolehlah cuba sis :)
@nurl storys : yeay..samalah minat kita :)
@addin aisyah : kena cuba byk jenis baru tau mana yg sesuai dengan kita :)
@addin aisyah : hehe..kena praktis selalu br ok :)
@lavender : ye ke? yg gel tu ke?
@cikda : kena rajin baca review dà n mencuba mcm2 brand sis br boleh tahu yg mana sesuai dengan kita :)
@henrietta jose : nanti bolehlah cuba sis..mesti cantik :)
@norhidana miswan : maknanya mmg jenis body shop yg sesuai dengan mata sis :)
@amanina mads : saya pun baru nak mencuba balik ni..hehe
Post a Comment