Jul 31, 2013

Look Post : You Don't Have To Do It Right


“There's nothing interesting about looking perfect—you lose the point. You want what you're wearing to say something about you, about who you are.” 
 Emma Watson




WHAT I WORE :
Animal Print Wide Shawl, Brands Outlet
White Loose Shirt, Mango
Ethnic Long Necklace, Mango
Turtle Neck Inner Top, Arcadia
Oversized Envelope Clutch, H&M
Fuchsia Skinny Jeans, Cotton On
Vintage 1461 Boots, Dr Martens





Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME :
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

Jul 30, 2013

#TheLabelsBazaar Klasik Raya



“The simple things are also the most extraordinary things, and only the wise can see them.”
  Paulo Coelho, The Alchemist





{ 1 Mont Kiara Mall . 27 Julai 2013 }


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ingatkan bulan puasa ni aktiviti saya terbantut sikit. Rupa-rupanya makin dekat nak raya, banyak pulak aktiviti dan iftar yang orang jemput. Alhamdulillah..agaknya rezeki bulan puasa kot. Siapa yang belum shopping raya lagi angkat tangan ! Saya pun belum shopping raya lagi...standard la saya dan Mr Kudud, tiap-tiap tahun mesti last minute punya shopping. Kalau siapa yang belum shopping raya ataupun nak menambahkan koleksi baju raya korang tu..apa kata singgah di The Labels Bazaar Klasik Raya ni. Bazaar ni bertempat di 1 Mont Kiara Mall dari 19 Julai sehingga 4 Ogos. Haa...masih sempat lagi ! Apa yang ada di bazaar ni?? Semua baju raya yang up to date ada...serious cantik-cantik dan affordable. Kalau teringin design baju raya yang cantik dan lain daripada orang lain...memang di sinilah tempatnya !


Hari Sabtu lepas saya ajak Mr Kudud ke 1 Mont Kiara ni. Sampai je di bazaar...terus rambang mata ! Paling surprise..ada designer brand..Kazami Homme & Red Label ! Nak tau siapa punya? Korang masih ingat lagi penyanyi Kaer...ala yang famous dengan lagu 'Izinkan Ku Pergi' tu? Dialah owner Kazami Homme & Red Label ni. Dah lama tak tengok dia kat tv. Bila tengok live...comel dan hensem jugak Kaer ni :) Kazami Homme & Red Label ni merupakan designer clothing line untuk lelaki. Design baju-baju Kazami ni memang classy. Haritu siap ada special discount...50% for all items. Dahlah ada discount..lepas tu dilayan sendiri oleh Kaer yang sangat friendly ni. Special kan?


Antara vendor yang famous di The Labels Bazaar Klasik Raya ni...Cufica. Jangan ingat kita je nak melawa. Rumah pun kena cantik-cantik jugak untuk raya ni tau. Cufica menjual pelbagai jenis modern Islamic art canvas yang sesuai diletakkan sebagai hiasan di dalam rumah dan ofis. Untuk lihat design-design Islamic art Cufica ni boleh klik link website mereka di bawah.

http://www.coloursofcufica.com


Organizer bazaar Klasik Raya ni, The Labels pun ada clothing line mereka sendiri. Koleksi raya The Labels ni cantik-cantik dan sangat praktikal untuk dipakai masa raya dan selepas raya. Review tentang The Labels Online Store ini saya akan ceritakan dalam entry akan datang. Sementara tu...jom tengok koleksi raya The Labels ni :



Tergoda tak tengok baju-baju raya ni?? Baju-baju gambar di atas ni semuanya dari JojieJojes.

https://www.facebook.com/jojiejojes


Selain daripada baju-baju raya ada pelbagai barangan lain yang dijual seperti aksesori, tudung, handbag, kasut dan barangan art yang lain. 1 stop untuk shopping raya korang. Jangan risau kalau tak sempat nak singgah sebelum buka puasa..bazaar ni dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam. Memang sempat kalau nak singgah shopping.


Masa saya sibuk-sibuk snap gambar...saya sempat borak-borak dengan owner JojieJojes ni..Kakak ni sangat friendly. Tetiba terjatuh cinta dengan baju kurung JojieJojes ni..Unik dan elegan. Korang boleh like link facebook JojieJojes yang saya letakkan di atas...


Tipulah kalau saya datang window shopping je. Tak tahan betul nafsu tengok baju-baju raya yang cantik-cantik ni. Yang paling penting harga sangat affordable. Saya beli set kaftan dan batik borneo dari The Labels Clothing Line. Warna light purple jadi pilihan sebab tahun ni theme colour saya dan Mr Kudud adalah purple. Siap-siap boleh pilih-pilih lagi warna kain batik untuk dipadankan dengan kaftan ni. Konsep mix and match. Lagipun lepas raya saya still boleh pakai kaftan ni dengan seluar ataupun skirt. Kan praktikal namanya tu...hehe. Saya sempat jugak bergambar dengan Diyana, founder The Labels ni (Gambar paling atas, sebelah kanan)


Sesiapa yang belum shopping raya lagi...jom singgah di #TheLabelsBazaar Klasik Raya ni ! Cepat tau...last day 4 Ogos ni !

#TheLabelsBazaar Klasik Raya
1 Mont Kiara Mall (Ground Floor)
10 pagi - 10 malam
19 Julai - 4 Ogos 2013



Love,
LIZA RAZAK



FOLLOW ME : 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Location:Petaling,Malaysia


Jul 28, 2013

Art Of Speed 2013

" Everybody has a creative potential and from the moment you can express this creative potential, you can start changing the world. "
Paulo Coelho

{ Citta Mall, Ara Damansara . 9 Jun 2013 }


Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

 Ok..my bad terlupa nak update cerita pasal Art Of Speed bulan Jun lepas...Kiranya entry ni kira dah basi la..tapi since bulan puasa ni aktiviti saya agak slow sikit, makanya saya update je la cerita-cerita basi yer..hehe.


Sebenarnya saya tak tahu-menahu pun pasal event ni. Kebetulan masa Mr Kudud potong rambut dengan Tasha Zainudin tengah hari tu, Tasha ajak kami pergi event ni. Rupa-rupanya kawan kami Syazwan join untuk slot pameran kereta-kereta vintage. Apa lagi kalau bukan kereta Mercedes Godfather dia tu. Kereta Wan ni memang selalu masuk event pameran kereta-kereta lama ni. Memang lawa dia makeup kereta mercedes lama dia ni. Ala-ala Godfather. Yer...dia memang obses dengan Godfather sama macam saya...hikhik


Selain dari pameran kereta ada banyak booth menjual merchandise dan pelbagai barangan lain. Saya tengok je la. Tak pandai langsung bab-bab kereta motor ni. Orang lelaki macam Mr Kudud seronok la sebab selain daripada kereta-kereta cantik, awek-awek dahi licin yang cantik dan sexy pun ada jugak. Rambang mata Mr Kudud!


Paling best masa perarakan motor berkuasa tinggi dan kereta-kereta vintage. Bingit telinga dengar. Tapi seronok tengok!  Sebelum berarak, semua kenderaan ni akan masuk dalam kotak Hot Wheels untuk sesi photoshoot. Penuh kereta Wan masa ni. Mr Kudud pun sibuk jugak. Kemain lagi siap bawak kayu baseball. Konon mafia la tu...hehe


Antara yang menarik perhatian saya kereta kat gambar atas ni...unik kan?


Selain daripada tu ada show grafitti live...sponsor dari Nippon Paint. Abaikan perkataan 'F' kat gambar atas tu ek..Yang penting saya nak tunjukkan grafitti art tu. Kagum woo..kalau saya, mampu lukis orang lidi je la kot. Tak ada bakat seni.


Yeay...Iris Malika pun ada jugak !! Sejak-menjak ni geram betul tengok pipi Iris ni. Makin bulat dan tembam. Rasa nak picit-picit je...Comel kan Iris pakai kasut Converse. Barulah stylo! Masa ni kami melepak kat Pappa Rich Citta Mall, betul-betul sebelah tapak event. Lapar gila masa tu sebab saya dan Mr Kudud belum lunch lagi. Sambil-sambil makan, boleh tengok gelagat orang ramai kat event tu.

Ok..itulah dia cerita pasal Art Of Speed 2013. Btw, Korang dah buat persiapan untuk raya? Saya belum lagi. Next week baru sibuk-sibuk nak buat persiapan. Memang last minute!








Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME :

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

Jul 25, 2013

Look Of The Day : Bold & Pastel


"Dress for yourself and the man you love (if there is one). Women dressing to impress other women––forget about that. Forget about that. It’s a very bad way of thinking."
Karl Lagerfeld



WHAT I WORE :
Knit Shawl, H&M | Oversized Fuchsia Blazer, Bershka | Pink Floyd Black Top, H&M
Lavender Skinny Pants, Uniqlo | Bag, Longchamp | Pink Sneakers, Lacoste




Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME :
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad



Jul 24, 2013

Date Night @ TGI Friday's


“When we love, we always strive to become better than we are. When we strive to become better than we are, everything around us becomes better too.”
Paulo Coelho, The Alchemist



{ TGI Friday's, The Curve . 19 Julai 2013 }




Kadang-kadang rasa beruntung dapat suami dapat Mr Kudud ni. Sebab dia suka melayan kerenah mengada-ngada saya ni..ekekeke. Lately saya ni mengada terlebih. Teringin nak makan macam-macam..Alhamdulillah setakat ni apa saya teringin nak makan, semuanya dia tunaikan. Jangan marah kalau saya makin berisi ek. Sepanjang puasa ni memang jarang saya masak untuk berbuka..selalunya makan luar je. Satu sebab malas punya pasal dan kebanyakkannya dapat jemputan iftar dengan rakan-rakan. Saya akan masak untuk sahur sebab Mr Kudud ni jenis yang makan nasi. Acilah kan..at least dapur berasap jugak...hehehe

Jumaat lepas sebelum bertolak balik Perak, Mr Kudud ajak saya supper kat TGI Fridays The Curve. Memang tak plan pun nak makan kat situ. Masa tu dah pukul 10 malam. Mula-mula ingat nak makan kat Paradigm Mall je. Tapi risau pulak kalau TGI kat sana dah nak tutup. Sudahnya kami ke The Curve. Sampai je terus order New York Strip Steak & Tennessee Burger untuk Mr Kudud. Sampai jugak hajat saya nak makan steak. Air pulak saya order Strawberry Lemonade Slush. Seriously recommended ! Sedap sangat !! Habis makan Mr Kudud siap tanya lagi kat saya, " Lepas ni you teringin nak makan apa pulak?" Hadoyaii perli nampak !! hehehe



Love,
LIZA RAZAK






FOLLOW ME :
INSTAGRAM | FACEBOOK | TWITTER | KEEK | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad



Jul 23, 2013

Makeup Review : Topshop Matte Finish Lipstick



Velvet finish lipstick to smooth, moisturise and nourish lips. Apply for fabulous colour and moisturised, matte finish, wear alone or with gloss for a shiny finish. 
Topshop



Dah lama sebenarnya saya nak cuba makeup range dari Topshop ni. Cuma tak berkesempatan nak singgah di Topshop KLCC (tak semua Topshop ada makeup range ni). Bulan Mac lepas...habis je lunch date dengan Mr Kudud kat Harrods, saya ajak Mr Kudud singgah sekejap. Kebetulan lipstik saya pun dah hampir habis, bolehlah cuba lipstick dari Topshop ni.


Sebagai peminat lipstick berwarna natural macam saya ni...agak sukar jugak nak mencari warna lipstick yang menarik perhatian. Semuanya dari jenis berwarna terang seperti tangerine dan pink. Punyalah lama cuba satu persatu, akhirnya saya tertarik dengan warna Barbie Pink/Tease ni. Mr Kudud kata macam lipstick Nicki Minaj...hehehe. Kebetulan saya pulak memang tak ada lagi lipstick warna pink sebegini. Saya pilih jenis Matte sebab lebih tahan lama apabila dipakai.


Saya paling suka packaging Topshop Makeup ni. Very cute dan adorable...Walaupun lipstick ni jenis matte, tapi bila pertama kali pakai, bibir rasa sangat 'mosturized'. Saya sarankan pakai lip brush dan lip concealer sebab agak sukar sikit nak ratakan lipstick ni. Dan jangan lupa jugak pakai lip liner apabila memakai lipstick jenis matte ni.


 Dari segi tahan lama...bagi saya biasa-biasa sahaja. Tahan dalam 3-4 jam jika  makan dan minum seperti biasa. Warna sangat pigmented dan nampak seperti satin finish. Lepas 3-4 jam pemakaian, warna lipstick kelihatan agak pudar dan kadang-kadang nampak tak rata. So kenalah rajin belek cermin yer...hehe. Overall saya masih suka lipstick ni untuk dipakai sekali-sekala especially bila special date dengan husband ataupun untuk event. At least tak adalah bosan dengan 1 warna lipstick je. Yang penting kena berani mencuba ya :)

Tips
Pakai lip concealer untuk lebih tahan lama.
Guna blusher bertona pink untuk makeup ala 'Barbie Look'
Padankan baju atau shawl berwarna terang dan kontra dengan lipstick ni. Barulah colour blocking !





Love,
LIZA RAZAK






FOLLOW ME :

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...