Apr 30, 2014

Kuyak Festival





“Never give up. When your heart becomes tired, just walk with your legs - but move on.”
  Paulo Coelho



[ Encorp Strand, Kota Damansara . 7 April 2014 ]


Assalamualaikum & Hello.

Sebut pasal bazaar, dah lama betul saya tak pergi cuci-cuci mata kat bazaar. Kebetulan 3 minggu lepas ada Kuyak Festival di Encorp Strand Kota Damansara. Try call kawan-kawan join sekaki..mana lah tau kot-kot diorang nak join. Nasib baik diorang ni semua free..itu yang dalam gambar kemain ramai tu..hehe


Kuyak Festival ni dianjurkan oleh Damansara Street Fest. Diadakan selama 2 hari iaitu hari sabtu dan ahad. Kami datang pada hari ahad, Banyak vendor yang best-best haritu sperti Kree dan Ingga Sandals Malaysia ...tu yang makin excited nak datang. Orang punyalah ramai walaupun masa tu hujan renyai-renyai.


Saya tak adalah shopping sakan haritu. Saya beli plain wide shawl RM 10. Murah punya pasal, beli sampai 4 helai...hehe. Selain tu, seronok cuci-cuci mata je. Bulan April ni tak boleh shopping banyak-banyak, nak simpan duit pergi bercuti nanti..hehe


Dah penat jalan-jalan kami lepak makan kat cafe bersebelahan dengan tapak bazaar. Dah alang-alang saya bawak camera Gopro, apa kata selfie beramai-ramai ye dak? Bukan selalu dapat berkumpul macam ni..hehe.




Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK
 

Apr 29, 2014

Bokitta Hijab






“It's the simple things in life that are the most extraordinary.”
  Paulo Coelho


Assalamualaikum & Hello.

Harini ada benda best lagi saya nak share dengan korang. Sharing is caring kan. Actually saya nak umumkan bahawasanya saya dah addicted dengan Bokitta Hijab !! Sebelum ni saya dah lama cari instant hijab yang sesuai dengan muka saya yang bulat ni tapi satu pun saya tak berkenan. Nak pulak kalau yang awning keras tu, banyak yang cantik-cantik tapi bila pakai, alahai tak confident tengok muka sendiri! Kalau korang jenis yang rajin pakai shawl macam saya ni, mesti dalam seminggu, ada 2-3 hari yang malas dan tak ada mood nak lilit shawl tu kan? Ala-ala Bad Shawl Day katenye...hehe. Nak pulak, kalau tengah travel ataupun rushing nak pergi mana-mana, memang tangan tu laju je nak capai tudung yang senang pakai kan?

Apa yang istimewanya Bokitta Hijab ni? Ianya merupakan hijab 'pinless' dan 'instant' dari Lebanon. Senang je nak pakai. Sarung je, dalam 1 minit dah siap pakai. Nampak macam pakai shawl kan? Tapi sebenarnya lilitan ala-ala shawl kat Bokitta Hijab ni dah siap dijahit. Cuma pakai inner yang disertakan sekali dan sarungkan je! Tak payah pakai pin bagai. Mudah kan?

Lagi satu...kat bahagian dagu shawl ni ada getah, so sesuai dengan semua jenis bentuk muka dan akan memastikan Bokitta yang kita pakai tu tak terlalu ketat dan longgar. Adjust je sikit dan siap!! Mula-mula saya beli Bokitta yang basic je...jenis Basic Plain Cotton Maxi. Sekadar nak cuba je. Tapi bila dah pakai tu, eh...selesanye Bokitta ni!! Saya kan tak biasa pakai instant hijab ni...mula-mula tu rasa peliklah tengok muka sendiri kan. Tapi bila Mr Kudud tanya saya, Bokitta ni ada warna apa lagi, maknanya dia berkenan la tu... Mr Kudud tak puji pun kata comel ker cantik ke...dia cuma cakap muka saya macam cikgu tadika. Erkkk....ok fine.

Bokitta Hijab ni ada banyak jenis material, corak dan saiz, Ada plain, printed, cotton, chiffon, voile dan sebagainya. Saiz pulak ada V+ dan Maxi. Saya beli yang maxi sebab saya nak tutup dada. Selesa sikit pakai. Kalau ada yang mencuba tu, boleh mula dengan plain cotton maxi macam saya pakai ni...murah sikit around RM 46. Lain material, lain harga. Paling mahal pun dalam RM 119 saya rasa. Saya memang suka tudung cotton macam ni, nampak decent, sejuk dan tak jarang dipakai. Eh lupa nak cakap...Bokitta Hijab ni ada lining tau, so jangan risau jarang ke apa.

Ini rupa saya pakai Bokitta Hijab ni. Mr Kudud cakap macam cikgu tadika..hehe


Lepas ni saya nak beli yang printed pulak..Mr Kudud...sila sponsor lagi ya...i lap you


Kat mana saya beli? Saya beli kat instashop. Sekarang dah ada banyak dealer Bokitta sekitar KL dan Semenanjung ni. Hanya check kat Instagram HQ Bokitta Hijab Kuala Lumpur : @bokittahijab di mana dealer Bokitta yang berdekatan dengan korang. Saya beli dari instashop @bokittavoila dan @bokittasubang. Senang beli dengan 2 instashop ni sebab boleh COD dan servis memang tip-top. Lepas ni kalau nak tambah stok Bokitta, saya memang akan beli dengan 2 instashop ni.

Ada sesiapa yang pernah cuba Bokita Hijab ni?




Love,
LIZA RAZAK







FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

Apr 28, 2014

Makeup Review : DIORBLUSH Trianon Edition





" Decorated with a Fontanges bow and pearled ribbon, Diorblush is delightfully immersed in the world of the Trianon. In pop pink or coral, the cheekbones are sculpted with a breath of freshness."


 Assalamualaikum & Hello.

Sememangnya mekap dari DIOR tak pernah mengecewakan saya. Saya beli pun selepas blusher Benefit saya dah habis. Memang perangai saya tak suka stick to 1 brand, mesti nak cuba brand lain pulak. Cuma foundation dan loose powder sahaja saya akan beli dari Chanel jugak kalau dah habis. Itu memang tak akan tukar brand lain sebab saya dah selesa pakai Chanel. Kalau mekap lain, saya suka tukar-tukar...hehe.

DIORBLUSH Trianon Edition ni limited edition. Didatangkan dengan special design yang mempunyai bow dan tulisan DIOR pada blusher. Mula-mula saya nak tengok-tengok je kat kaunter DIOR, lepas tu SA DIOR promote gila-gila pulak blusher ni.  Kemudian suruh saya cuba. Lepas cuba....macam biasalah mesti terpikat...haha.

 
 Bekas blusher berwarna biru gelap ni didatangkan dengan sarung baldu warna sama untuk mengelakkan bekas dari calar. Nampak eksklusif gitu kan... Saya beli warna #763 in Corail Bagatelle. Selain dari blusher, disertakan sekali mini blusher brush. Bagi saya brush ni 'pretty decent'  untuk dipakai. Lembut dan praktikal, lagi sesuai kalau dipakai untuk travel. Kalau kat rumah, pakai je brush yang kita selalu pakai tu. Lagi selesa kan.


Saya suka formula blusher ni. Sesuai dengan tona kulit saya. #763 Corail Bagatelle ni lebih kepada matte/satin finish. Kalau korang peminat blusher jenis matte. DIORBLUSH ni mungkin sesuai untuk korang. Blusher ni tak ada shimmer seperti kebanyakan blusher yang lain. Bila dipakai nampak natural tapi still outstanding and doesn't look flat. Warna ni bertona pink coral, ataupun mid-toned neutral pink. Very pigmented and smooth. Warna ni memang sesuai untuk kulit warm macam saya ni.


Bagi korang yang baru nak mencuba blusher dari DIOR ni, seriously memang good investment. Tahan lama dan nampak natural. Korang boleh dapatkan di mana-mana kaunter DIOR yang berdekatan. Ini bukan sponsored post tau. Saya memang peminat blusher DIOR ni. Benda yang best kita kenalah share dengan kawan-kawan kan.

Minggu lepas masa saya pergi Malaysian Open, saya pakai blusher ni. Masa tu dengan hujan dan panas, risau jugak kalau blusher ni luntur. Bila dah balik, eh...blusher still maintain. Dalam gambar pun masih nampak lagi. Weee...


Harga : RM 158 (7.8g)
#763 in Corail Bagatelle




Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

Apr 27, 2014

Singapore Trip : Public Transport




Entry Sambungan :


Assalamualaikum & Hello.

Finally dapat jugak habiskan entry Singapore Trip ni. Syabas Liza!! Eleh...dah kat setahun pergi baru nak habis update ek..Alaa...ok la tu kan...hehe. Semalam saya ingatkan tak dapat sambutan entry Restoran Hjh Maimunah tu, rupa-rupanya ada jugak follower saya yang baca dan komen kat entry. Terima kasih banyak-banyak. Nanti saya BW rumah korang pulak ek. Kali ni nak berazam untuk habiskan entry-entry lama yang tertangguh tu, baru best nak move on dengan cerita baru. Lepas ni saya habiskan entry holiday kat Jakarta, lepas tu saya cerita kami holiday kat Pulau Redang pulak?


Singapore memang terkenal public transport yang sangat reliable. Yes...memang betul. Saya sendiri pernah merasa selama 4 hari kami kat sana. Kiranya kat sana, tak payah pakai kereta pun ok kot. Sebab public transport seperti teksi, MRT dan bas sangat senang didapati. Stesen MRT memang ada di setiap perumahan. Senang cerita, sepanjang kami tinggal kat rumah Pak Lang saya kat Woodlands tu, jalan kaki sikit je dah ada stesen MRT. Kat area rumah Pak Lang saya siap ada shopping mall, panggung wayang, public library, pusat sukan dan macam-macam lagi. Memang best!


Masa ni kitorang baru first time naik MRT. Ceh...sama je kot dengan LRT kat Malaysia ni. Memanglah lebih kurang sama, tapi feeling dia lain sikit. Ala...feeling jadi tourist...habis semua tempat situ kami nak snap gambar...hehe. Jangan tanya saya pasal fare sebab semuanya ditanggung beres oleh family Pak Lang saya. Kitorang naik je..hehe. Paling best masa tu anak sepupu saya Farisya dan Farihin pun ikut sama. Dah lama tak jumpa kan....excited nyer lain macam sikit.


Bukan budak-budak je excited, makcik kat atas ni pun excited jugak tunggu tren sampai !


Farihin dan Farisya rapat betul dengan adik saya ni. Mana pergi tak mau berenggang.


Inilah Pak Lang dan Mak Lang saya. Pak Lang memang dapat kerakyatan Singapore. Dia muda-muda lagi dah merantau pegi bekerja di Singapore. Seronok jugak ada saudara mara kat Singapore ni. Sekali sekala datang, boleh stay kat rumah diorang beramah mesra. Lagi best dari duduk hotel.


Nasib baik tak ramai sangat orang masa tu. Pasal tu senang nak camwhore macam gambar bawah ni...hehe.


Happy tak? Happy tak?


Nah..belanja gambar laki bini pulak ! Masa ni kami nak pergi ke Geylang, lunch kat Restoran Hjh Maimunah tu. Jauh jugak dari Woodlands tu. Tapi apedehal kan...MRT kan ada.


Ok la...tiket MRT ni nak simpan buat kenang-kenangan.


Kalau korang tak sure tambang berapa...tengok je kat senarai tambang ni. Dah confirm dan puas hati baru bayar kat mesin. Kalau ada kad macam kat atas tu lagi senang...ala-ala Touch N Go. Topup je banyak-banyak, lepas tu nak suka hati la nak jalan mana pun.


Untuk ke Restoran Hjh Maimunah kat Joo Chiat Road, kami kena tukar naik bas pulak. Boleh je nak jalan kaki kalau larat kan. Memandangkan kami ni gila pemalas nak jalan kaki, kami naik je bas. Nak tunggu bas pun kejap je...tak sempat berpeluh pun.


Kalau kat Malaysia, sah-sah tak snap gambar macam ni dalam bas RapidKL kan...hehe. Btw, kalau korang naik bas, jangan sesuka hati makan dan minum dalam bas tau. Nanti kena saman..hehe


Memandangkan hari tu merupakan hari terakhir kami berada di Singapore, tak dapat la kami keluar jalan-jalan sampai malam. Petang dah balik ke Woodlands sebab pukul 11 malam, kami naik keretapi KTM balik ke Malaysia. Kalau sesiapa nak jimat pergi Singapore, naik je keretapi malam. Subuh dah sampai Woodlands. Tiket 3rd class dalam RM 34 sehala. Pergi balik baru RM 68 je. Tapi lama jugak la duduk dalam keretapi tu. Sebab tu kami naik malam. So boleh tido je sepanjang perjalanan. 

Malam tu kami naik keretapi KTM ke Kuala Lumpur lebih kurang 11.15 malam. Sedih gila masa nak balik tu sebab terpaksa tinggalkan Farisya dan Farihin yang rapat gila dengan kitorang. Tu la, jarang-jarang dapat jumpa kan... Insya Allah..tahun ni saya plan nak pergi lagi Singapore !!




Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

 

Apr 26, 2014

Singapore Trip : Hjh Maimunah Restaurant, Geylang





Entry Sambungan :


Assalamualaikum & Hello.

Masih ingatkah lagi dengan entry Singapore Trip saya tahun lepas? Gila lama kan. Saya baru perasan yang saya ada hutang 2 entry Singapore ni dengan korang. Terperap dalam draft kemain lama tau..hehe. Harini saya tak pergi mana-mana,  terlebih rajin lak nak update blog harini..hehe. Entry ni entry sambungan tau so kepada follower baru, mesti terpinga-pinga eh tiba-tiba nak cerita pasal Singapore Trip pulak kan. Kalau nak baca entry lama pasal Singapore Trip ni, korang klik je link kat atas ok? Esok saya update entry last pasal trip ni...Yeay...finally khatam jugak!!

Mungkin ramai yang dah tahu pasal Restoran Hjh Maimunah ni. Famous laa kat Geylang tu. Last day kami kat Singapore, Pak Lang saya bawak kami (Saya, Mr Kudud, Adik Saya, dan Sepupu Saya) pergi makan-makan kat Geylang. Kami naik MRT dan bas je. Seronok jugak merasa pengalaman naik public transport kat Singapore. Next time kalau datang lagi, dah pandai sikit kot naik public transport sendiri...hehe.


Masa kami sampai kat restoran ni..mak aii...orang penuh macam sardin!! Siap beratur sampai ke luar kedai. Kebetulan haritu kami sampai waktu lunch hour. Memang peak hour kot! Kitorang beratur siap-siap untuk order makan nasi campur. Sambil beratur tu, mata laju je tengok lauk-pauk. Amboi banyaknya...tak tau nak pilih yang mana satu. Nasib baik Mak Lang saya ni regular kat situ so dia memang tahu lauk-pauk specialty kat situ. Kami ikut je...hehehe


Ok dah siap order !! Restoran Hjh Maimunah ni 2 tingkat tak silap saya. Dah lupa pasal dah lama sangat..hikhik. Kami naik ke tingkat 2 untuk makan. Kat tingkat 2 ni tak adalah bingit dan packed sangat macam kat tingkat bawah. Memang selesa. Lauk-pauk kat situ ada yang lebih kurang je dengan Malaysia cuma nama lain. Ikan bakar pun ada jugak. Kebanyakkan makanan kat situ saya rasa dipengaruhi oleh makanan Indonesia...semuanya jenis kuah kuning. Eh....tak semua ok...


Yang paling kitorang teringin nak makan...tengok gambar atas ni. Nampak tak rupa macam gunung tu? Yang tu Mak Lang cakap tauhu telur. Tak taulah betul ke tak...tapi sedap sehingga menjilat siku!! Tak tau nak explain macam mana sedapnya tu. Ishhh...masa saya taip ni pun dah teringat-teringat sedapnya tauhu telur tu. Kalau ada siapa-siapa pergi ke restoran ni make sure try tauhu telur ni ok? Tauhu telur ni digoreng garing kemudian diletakkan kuah ala-ala kuah rojak buah, lepas tu letak kacang dan sayur. Ohh man....


 Betul tak saya cakap kebanyakkan lauk-pauk kuahnya warna kuning? Sapa yang gila masak lemak macam saya ni, restoran ni memang heaven gile la! Tak percaya?? Haritu je saya tambah nasi sampai 3 kali...hahaha.
 

Habis je makan-makan kami jalan-jalan sekitar Pasar Geylang Serai ni. Dah alang-alang kat situ kan. Seronok gak jalan-jalan bajet tourist ni...Pak Lang & Mak Lang saya sakan betul bawak kami jalan-jalan. Bayangkan umur diorang dah 70++ tapi naik public transport rilek je. Jalan kaki jauh pun tak de hal. Kitorang pulak yang merungut-rungut sakit kaki. Hahaha...memalukan betul.






Kalau sesiapa yang teringin nak makan kat Restoran Hjh Maimunah ni...meh sini saya kasi address :

11 Jalan Pisang/ 20 Joo Chiat Rd,
Singapore, Singapore

www.hjmaimunah.com




Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK
 

Apr 25, 2014

Selfie With Iman & Insyirah






“The simple things are also the most extraordinary things, and only the wise can see them.”
  Paulo Coelho, The Alchemist



Assalamualaikum & Hello.

Tadi belek-belek ipad terjumpa gambar kitorang dengan anak-anak saudara, Iman dan Insyirah. Bila tengok balik gambar-gambar ni alahai rindu pulak kat diorang. Dah la comel, pandai-pandai belaka pulak tu. Ye laa...orang tak ada anak macam kitorang ni, tumpang kasih kat anak saudara la...hehe. Haritu celebrate birthday Iman, kakak yang sulung. Tu yang selfie beramai-ramai tak hengat tu. Kemain manja lagi si Insyirah tu dengan Mamu Imran. Siap ajak dukung-dukung pulak tu. Cuba tengok balik gambar-gambar kat atas tu. Nampak macam auntie diorang yang over selfie kan? Hahaha

P/S : Harini hari Jumaat kan? Mesti ramai yang tak sabar nak balik rumah. 
Apa plan korang weekend ni??





Love,
LIZA RAZAK






FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

Apr 24, 2014

Don Syazwan Birthday Dinner





“When each day is the same as the next, it’s because people fail to recognize the good things that happen in their lives every day that the sun rises.”
Paulo Coelho, The Alchemist



[ Gino's Recipe, Ara Damansara . 22nd March 2014 ]


Assalamualaikum & Hello.


Thank you Yoshie Natalia for inviting us ! 
Harini aci tak buat entry bergambar jer? hehe.


Happy 29th Birthday Wan.
May Your Day Surrounded With Happiness & Blessed With Love.. ❤️





Love,
LIZA RAZAK






FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...