Sep 26, 2014

Apa Itu Philips Visapure?




{Sponsored Post}


Assalamualaikum & Hello.
Haritu saya ada update tentang event Philips Visapure kan? Tapi saya tak cerita details pasal Visapure ni. Entry kali ni saya ceritakan lebih detail dan cara menggunakan Visapure ni. Tak susah pun...Hanya perlu 1 minit sahaja setiap sesi, pagi dan malam. Ala..standard korang cuci muka tu...tapi dengan menggunakan Visapure untuk mencuci muka lagi terjamin kebersihannya! Kalau malas nak baca details pasal Visapure ni..korang just scroll bawah dan tengok short video yang saya buat petang semalam. Kat atas tu antara blogger kit dan door gift yang saya dapat. Terima kasih Philips Malaysia. Dapat Visapure pun dah cukup happy dah!!


Sebenarnya mencuci muka menggunakan tangan telah terbukti tidak begitu bersih dari sebarang kekotoran. Walaupun kita yakin kita telah cuci muka dengan bersih, tapi masih ada sisa kotoran yang melekat pada kulit. Sebab tu Philips Visapure ini dicipta khas untuk mencuci kulit mati, minyak, sisa mekap dan lain-lain kotoran. Philips Visapure ni telah terbukti mencuci muka 10 kali lebih berkesan daripada menggunakan tangan. Bila muka betul-betul bersih barulah krim muka ataupun moisturizer yang kita pakai tu meresap pada kulit.


Philips Visapure ni mempunyai 'Dual Motion Technology'. Apa itu 'Dual Motion Technology'?
 ‘Dual Motion’ Technology
Philips VisaPure is a result of Philips’ researchers and technical experts to turn on your skin’s
full potential and unveil its true radiance, to give you a healthy-looking glow.
Tested in expert skincare laboratories, the Philips VisaPure features ‘Dual Motion’ technology
that has been shown to cleanse skin deeply and thoroughly, leaving skin up to 10 times cleaner
than hand cleansing. With ‘Dual Motion’ technology, the brush rotates and vibrates across skin to lift dirt and impurities trapped in skin as it works to clean skin. The vertical pulsating movement gently
breaks up surface impurities including dirt, dead skin cells and make-up residue, while the
rotating movement sweeps the impurities away, leaving the skin more deeply cleansed. The
coordinated movement of the bristles also creates a comfortable massaging effect that improves
micro-circulation, which helps to bring out your skin’s natural radiance, and give you a glow that
radiates from within. An added benefit of the ‘Dual Motion’ technology is that it optimally prepares the skin for other skincare products and treatments women may use, enhancing absorption of their beneficialingredients, so your skin is optimally prepped for subsequent steps in your skincare routine!

Paling best ianya waterproof tau. Nak guna sambil shower pun boleh. jangan risau. Berus pada Visapure ni akan rotate dan vibrate untuk mencuci muka secara lembut. Sebenarnya bila berus tu berpusing, ianya akan bertindak memecahkan permukaan yang kotor, kemudian menolak keluar sisa kotoran yang dipecahkan.


Set yang saya dapat ni..ada 2 jenis berus (Peach Edition) Satu untuk normal skin dan satu lagi untuk sensitive skin (warna pink). Berus untuk scrub pun ada jugak, tapi kena beli berasingan dan hanya pakai seminggu sekali sahaja. Berus normal (gambar atas) ni memang lembut untuk kulit. Bila pakai rasa muka macam diurut pulak. Disarankan berus Visapure ni ditukar setiap 3 bulan yer.

Lagi satu saya nak beritahu, kalau untuk mencuci muka biasa..senang sahaja. Cuma sapukan pencuci pada muka, letakkan sedikit air kemudian terus boleh guna Visapure ni! Visapure ni ada timer. Ia akan berhenti sekejap setiap 20 saat. Bila terhenti sekejap tu, kita tukar pulak tempat contohnya mula-mula kita cuci kat pipi sebelah kanan, bila terhenti sekejap tu, tukar pulak ke pipi sebelah kiri. Dan begitulah seterusnya sampailah kita cuci seluruh muka. Cuma kalau kita pakai heavy makeup, kena cuci 2 kali. Mula-mula wipe dan cuci dulu guna makeup remover. Kemudian barulah pakai pencuci muka menggunakan Visapure ni.

Visapure ni ada 2 speed. Satu untuk 'gentle cleansing' dan satu lagi untuk 'Deep Cleansing'. Beza cuma kelajuan berus itu sahaja. Kalau rasa muka agak kotor dan berminyak..gunalah speed yang lebih laju. Kalau yang Blue Edition hanya ada 1 speed mode sahaja.

Kenapalah Visapure ni awesome sangat..nak charge pun sangat mudah! Charge selama 6 jam ataupun sehingga full..kemudian boleh pakai sehingga 2 minggu (dengan pengggunaan selamat 1 minit setiap hari). Wireless pulak tu...kalau nak cuci muka kat dapur pun boleh!

Kat mana nak beli? Buat masa ni korang boleh dapatkan di AEON ataupun Harvey Norman yang terpilih. Aksesori pun ada dijual berasingan.

HARGA PHILIPS VISAPURE :
Peach Edition - 2 Speed Settings With 1 Normal Skin Brush Head And 1 Sensitive Skin Brush Head (Model SC5275) :
RM 799

Blue Edition - 1 Speed Setting And 1 Normal Skin Brush Head (Model SC5265) :
RM 699

HARGA BRUSH HEAD :
For Normal Skin Replacement Brush Head (Model SC5990) :
RM 59

For Sensitive Skin Replacement Brush Head (Model SC5991)
RM 65

 For Exfoliating Skin Replacement Brush Head (Model SC5992)
RM 69





Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK
 

Sep 24, 2014

[MAKEUP REVIEW] Shu Uemura Eyelash Curler




{ Makeup Review By Liza Razak . Personal Review }


Assalamualaikum & Hello.

Saya dah lama cari eyelash curler yang baru untuk menggantikan eyelash curler saya yang dah usang tu. Punyalah google merata cari yang mana bagus dengan harga yang berpatutan. Akhirnya jumpa yang berkenan di hati. Saya baca banyak review yang tip top pasal Shu Uemura Eyelash Curler ni. Saya beli bulan lepas kat Shu Uemura Mid Valley Megamall. Sekarang baru ada masa nak review...hehe.

Sebelum saya review...mari kita baca apa kata Shu Uemura pasal eyelash curler ni. Betul ke tak?

FEATURES :
" The award winning Shu Uemura eyelash curler is adored by makeup artists and celebrities worldwide. The curler's high performance and innovative design create a natural, beautiful curl with ease. The uniquely curved design allows it to fit various eye shapes and prevents it from pinching the skin. The shape of the silicone pad gives an elongated sweeping curl instead of the harsh crimped look. The durable hinge at the centre of the curler regulates the amount of pressure applied to the lashes which ensures the utmost safety. "


Sepanjang sebulan saya menggunakan eyelash curler ni...memang tak pernah mengecewakan. Apa yang bagus mengenai eyelash curler ni, ianya sesuai untuk kebanyakkan bentuk mata. Contohnya saya, bulu mata sebelah mata kiri ni tak sama dengan sebelah kanan. Kalau salah pakai memang boleh terkepit kulit kelopak mata. Sakit woo!! Bentuk curve curler ni memang sangat sesuai untuk mata saya. Lepas tu...memang senang dipakai...sekali kepit, dah lentik bulu mata! Saiz pula tak besar sangat dan tak kecik sangat. Just nice untuk jari besar dan panjang macam saya...hehe


Setiap kotak eyelash curler ini didatangkan dengan eyelash curler dan 1 silicone pad (spare/replacement). Persoalan...berapa lama silicone pad ni perlu ditukar? Ok..meh nak cerita..Eyelash curler ni akan perform dengan baik sehingga 2 silicone pad tu 'wear down' maksudnya sampai dah tak boleh pakai. Kalau digunakan setiap hari, 1 silicone pad ini akan bertahan sehingga 3 bulan. Kalau macam saya ni seminggu sekali baru nak pakai, memang tahan lama laa kan..hehe


Di sebelah belakang kotak ni ada tutorial bagaimanan nak gunakan Shu Uemura Eyelash Curler ni. Nampak tak? Ini dia cara betul menggunakan eyelash curler ni.

CARA MENGGUNAKAN
1. Buka curler dan letakkan berdekatan dengan hujung bulu mata (dekat dengan kelopak mata)
2. Tekan perlahan-lahan bulu mata dan biarkan selama beberapa saat
3. Tarik curler perlahan-lahan secara 'outward' dan 'upward'
4. Ulang beberapa kali  sehingga mendapat hasil yang dingini

Ini saya direct translate daripada kotak curler ni. Sebenarnya tak payah ajar pun mesti korang dah pandai kan? Sama je cara pemakaian dengan brand yang lain. Cuma hasilnya akan berbeza-beza mengikut kualiti. material dan jenis curve. Kepada penggemar eyelash curler, Shu Uemura Eyelash Curler ni memang investment yang bagus untuk mendapatkan bulu mata dan lentik lagi menawan. Harga pun berpatutan. Hanya RM 65 sahaja.


So ini hasilnya!! Gambar memang out sikit pasal lighting kat rumah ntah hape-hape dan saya pakai ipad mini je untuk snap. Tapi korang boleh nampak kan hasilnya memang dabombbbbbb!! Saya pakai mascara untuk kedua-dua belah mata. Hanya mata sebelah kanan sahaja saya pakai eyelash curler. Memang jauh berbeza kan?


PRODUCT DETAILS :
SHU UEMURA EYELASH CURLER
MATERIAL : STEEL, SILICONE RUBBER
CONTENTS : ONE EYELASH CURLER WITH SILICONE RUBBER PAD + ONE REPLACEMENT PAD
MADE IN JAPAN
WHERE TO BUY : ALL SHU UEMURA COUNTERS
RM 65



Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

WW : Hard Rock Hotel Penang





{ Hard Rock Hotel Penang . 16th December 2013 }





Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Location:Jalan Indah 2,Seri Kembangan,Malaysia

Sep 23, 2014

Kuala Terengganu : Pasar Payang




Entry Sambungan :
 
 
 
{Pasar Payang, Kuala Terengganu . 7th March 2014}


Assalamualaikum & Hello.

Kalau sapa yang tak tau Pasar Payang yang famous ni..tak taulah nak cakap apa kan...Saya paling suka kalau dapat singgah Pasar Payang ni. Macam-macam ada. Haritu kitorang pegi pukul 10 pagi..nasib baik sempat lagi shopping kuih-muih. Malangnya kitorang tak dapat lama-lama kat situ sebab rasanya haritu hari Jumaat. Banyak kedai tutup awal untuk Solat Jumaat. Jadi laa daripada tak dapat pegi langsung kan.


Haritu saya tak bawak DSLR pun. Malas nak memberatkan beg. Nasib baik ada gopro..sempat laa jugak snap pemandangan yang menarik sekitar Pasar Payang ni. Dah edit pakai lightroom cantik pulak gambar-gambar ni..hehe


Kami semua ni penggila kuih-muih. Shopping kuih macam shopping untuk stok seminggu. Kat KL tak dapatlah kuih-muih yang ikhlas macam ni. Dah la sedap, murah pulak tu! Lepas shopping kuih-muih, kami makan je tepi jalan sambil borak-borak ngan makcik-makcik kat situ. Orang Terengganu ni ramah-ramah orangnya. Pasal tu saya suka pergi Terengganu :)


Dalam Pasar Payang pun jadi korang nak bergambar yer...haha


Ini spesis mamat rakus makan kuih. Tak nyempat-nyempat nak duduk, beli je kuih terus NGAPP !! Teruk betoii!! Itu tandanya kuih tu sedap....alahai rindunyer kat Pasar Payang :(


Haritu kami jalan jugak kat tingkat atas sambil tengok-tengok kain sutera dan batik. Masa tu duit pun dah tinggal ciput je, hanya mampu menengok je la. Kalau banyak duit, saya rasa boleh gila duduk kat situ lama-lama. Semua pun cantik-cantik. Kami banyak beli souvenir je. Lagipun malas nak shopping banyak-banyak pasal kami semua balik naik flight. Beg masing-masing pun kemain berat, tak kira lagi dengan stok keropok losong lagi tu...hehe.


Rindu Pasar Payang...jumpa lagi tahun depan!!





Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Location:Jalan Indah 2,Seri Kembangan,Malaysia

LOOKPOST : Imelda Cape by Melly & Nicky





"Be sure what you want and be sure about yourself. Fashion is not just beauty, it’s about good attitude. You have to believe in yourself and be strong."
Adriana Lima





WHAT I WORE
Wide Shawl, H&M
Imelda Cape Top, MELLY & NICKY (FASHION VALET)
Turtle Neck Top, BLOOK BANGSAR
Tiered Necklace, DIVA
Skinny Pants, MANGO
Studded Flats, ALDO
Speedy 35 Monogram, LOUIS VUITTON




Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Location:Jalan Indah 2,Seri Kembangan,Malaysia


Sep 22, 2014

Kuala Terengganu : San Ali Butik







Assalamualaikum & Hello.

Harini terlebih rajin sikit nak update blog. Nak sambung balik cerita Redang kitorang haritu. Tapi kali ni bukan cerita Redang tu lagi...ni cerita kami 2 hari 1 malam di Kuala Terengganu sebelum pulang ke KL.


Kami sampai di Kuala Terengganu dalam pukul 3 petang macam tu. Sampai je perut mula la berkeroncong tak ingat. Kami singgah makan nasi campur sebelum bertolak ke homestay. Pasal transport kami di Terengganu ni memang tak jadi masalah sebab kawan kami Alisan jadi tour guide kami di Redang dan Terengganu. Semuanya disediakan. Tak payah susah-susah. Memang terhutang budi betul. Bayangkan kami ni ramai..berbelas-belas orang. Kereta je Alisan kena sediakan 2-3 buah.


Inilah dia Alisan team yang jadi tour guide kami haritu. Alisan tu yang pakai baju warna hijau. Bukan Alisan sorang je yang jadi tour guide haritu. Siap bawak kawan-kawan lagi untuk tolong kami.
 

Sampai je di homestay, kami rehat-rehatkan badan dulu sebelum memulakan aktiviti malam. Malam tu kami pergi makan ramai-ramai dan singgah di San Ali Butik. Mesti korang dah boleh agak owner dia sapa kan? Mestilah Alisan ni. Kaya woo dia ni. Ada macam-macam bisnes. Butik, homestay dan macam-macam lagi. Memang orang business minded ni.


Ada antara korang yang pernah singgah di San Ali Butik ni? Butik ni terletak di Jalan Budiman, Kuala Terengganu. Kalau korang holiday ke KT, bolehlah singgah shopping di San Ali Butik ni. Ada macam-macam jenis pakaian dijual untuk lelaki dan perempuan daripada pelbagai jenama.


Silalah rambang mata yer kawan-kawan.


Jangan main-main..kat sini ada photo booth tau. Jangan lupa selfie kat sini dulu sebelum balik :)


Amboi 2 orang ni awal-awal lagi dah selfie! hehe. Bukan selalu dapat datang ke sini kan?


Last but not least haruslah kena ada group selfie kan? Thank you Alisan team sebab banyak tolong kitorang haritu. Actually masa trip ke Redang tu, ada antara kami yang baru first time jumpa Alisan ni. Tapi bila kat sana jadi ngam macam family. Agaknya memang orang Terengganu ni ramah-ramah ek? I love Terengganu!!

P/S : Btw, San Ali Butik ni ada FB tau. Bolehlah follow diorang manalah tau kot-kot nak shopping online ke...
 




Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

Philips Visapure Beauty Pampering Session




{ Villa Manja Spa, KL . 16th September 2014 }


Assalamualaikum & Hello.

Setelah sekian lama tak join mana-mana event..akhirnya saya kembali menyibuk! Thank you Philips Malaysia kerana menjemput saya menghadiri media launch & blogger gathering untuk produk mereka yang terbaru, Philips Visapure. Mula-mula tu jenuh juga google nak tahu apa bendalah Visapure ni. Nak tau apa ke bendanye..kenalah baca entry ni sampai habis yer.


Event ni diadakan pukul 6 petang di Villa Manja Spa, Jalan Damai KL, Rabu lepas. Sampai je saya di Villa Manja Spa,adoi terpukau terus tengok spa ni kemain cantiknya!! Rasa tak nak balik pun ada sebab rasa best sangat. Selepas register saya diajak untuk join massage session oleh staf Villa Manja Spa sebelum event bermula. Kalau dah offer takkan nak tolak pulak kan? Lepas tu ada makan-makan dan fresh juice. Order je berapa gelas jus nak minum sebab semua jus yang disediakan semuanya fresh dan diblend menggunakan juicer Philips. Kelasss ko!!


Saya beruntung kerana dapat jumpa dengan blogger-blogger yang otai seperti Yana Yassin dan Cik Lily Putih. Sempat berbual-bual dan saling follow instagram masing-masing. Lepas ni kalau ada rezeki bolehlah jumpa lagi :)


Lebih kurang pukul 6.30 petang, kami dipanggil untuk sesi briefing mengenai Visapure daripada spokeperson Philips. Masa ni baru saya paham tentang kepentingan mencuci muka dengan betul. Visapure ni dicipta untuk membantu kita mencuci muka dengan lebih bersih daripada sebarang kekotoran. Entry akan datang saya akan ceritakan lebih lanjut mengenai Philips Visapure dan cara menggunakannya.


Antara beauty blogger yang hadir. Semuanya friendly belaka!


Selepas briefing, kami dipanggil untuk mencuba sendiri Philips Visapure ni. Yeay!! Sebelum cuba, kami diajar bagaimana untuk menggunakan Visapure dengan betul. Selepas mencuba sendiri, memang betul ada perbezaan! Kulit rasa lebih bersih dan lembut. Terkagum sekejap 10 minit!! haha


Tak sabar nak ceritakan kat korang tentang kebaikan Visapure ni. Tunggu video tutorial saya siap..nanti saya cepat-cepat update!


Meja mekap kemain lagi sorang satu siap ada Philips Consultant tolong ajar tutorial. Setiap satu meja disediakan satu doorgift untuk dibawa pulang. Haruslah ada Visapure kan...


Inilah awek Philips yang susah payah ajar saya bagaimana nak guna Visapure ni. Nama dia Sheera. Sorry saya banyak tanya. Dah tua ni..otak slow sikit...haha. Nasib baik Mr Kudud tak ikut, kalau tak habis kena ngorat. Dia tu bukan boleh tengok awek comel-comel ni..waaaa waaa waaa!!


Kami dapat offer untuk dimekapkan sebelum balik. Tapi saya tak mekap pun sebab saya terus balik rumah. Kang kalau mekap cantik-cantik, ada yang terlajak lepak KLCC pulak kang...haha. Sempat bergambar dengan Yana Yassin sebelum balik. Seronok dapat kenal-kenal dengan blogger baru. Ni yang makin semangat nak blogging balik ni!


Ini video yang sempat saya rakam masa event berlangsung.


Thank you Philips Malaysia for a wonderful event!!





Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

Sep 19, 2014

[BEAUTY REVIEW] 24K Golden Pulse Beauty Bar




 [sponsored post]


" BEAUTY BAR is a vibration machine of the gold plate that gives enriching assumed to be living alive to the skin"

Assalamualaikum & Hello.

Siapa nak muka V-shape ala-ala pelakon Korea boleh baca entry ni!!!

Dah lama tak main review-review kan? Mesti korang dah ada idea apa benda saya nak review harini. Kali ni bukan skincare ataupun make up, harini saya nak cerita pasal beauty bar yang saya tengah addicted pakai. Beauty Bar ni bukan sabun tau...sebenarnya sejenis vibration machine untuk membantu kulit muka kita supaya lebih cantik dan firm. Dah masuk 30 series ni harusler kena lebih titik beratkan soal kecantikan kulit muka kan?

Thank you Love.Belle kerana memperkenalkan saya dengan machine yang awesome ni. Saya dapat produk ni sebelum raya lepas. Memang lama baru saya buat review sebab saya nak cuba dulu betul-betul sampai nampak hasil. Baru best nak review kat korang. So far saya pakai memang terbukti hasilnya sangat KEBABOOOM!! Senang cerita suami saya yang tak pernah-pernah sibuk pasal kulit muka pun sibuk berebut nak pakai tiap-tiap malam. Dia kata best urut muka sambil tengok tv. Sambil tengok TV? Amboi senang betul nak pakai! Sapa kata susah, sambil tengok drama pun boleh pakai!


Sebelum saya ceritakan macam mana penggunaan dan kebaikan lain. Mari cerita dulu pasal Beauty Bar ni dulu. Beauty Bar ni disadur dengan 24K emas dan 100% diimport dari Jepun. Mesti korang dah tau kebaikan emas pada kulit muka kan? Setiap satu kotak ni terdiri daripada Beauty Bar machine, manual instruction dan sarung velvet berwarna hitam. Beauty Bar ni battery operated. Guna battery AA je. Tapi tahan pakai berbulan-bulan. Jimat sangat!

Macam mana nak guna? Senang sangat. Korang mesti ada skincare ataupun mosturizer yang korang selalu pakai kan? Pakai je seperti biasa pagi dan malam. Aipp...jangan lupa cuci muka dulu sebelum pakai krim muka tau! Lepas tu urutkan ke muka secara 45 darjah ke atas untuk pipi (nanti boleh tengok video tutorial saya kat bawah) kemudian di dahi (urut ke atas). Urut selama 5-15 minit satu sesi. Pagi sekali dan malam sebelum tidur. Kenapa kena urut ke atas? Urutan secara berterusan membantu menegangkan kulit muka. Secara tak langsung boleh menguruskan muka. Beauty Bar ni ada vibrator. (6000 times ion micro-vibrations per minute). Secara saintifiknya boleh memperbaiki perjalanan darah pada muka. Jangan lupa cuci setiap kali pakai ok? Beauty Bar ni waterproof so tak perlu risau bila cuci dengan air. Testimonial paling boleh dipercayai adalah saya sendiri pasal muka saya bulat. Sekarang muka tu dah kecik sikit. Dagu lapis pun dah semakin kurang (penggunaan selama 1 setengah bulan) Mr Kudud pun saiko nak pakai pasal nampak hasil yang baik kat muka saya. 

Apa pun skincare yang kita beli baik mahal ataupun murah, mesti kita nak tengok hasilnya pada kulit muka kita kan? Tapi korang yakin tak semua kebaikan pada skincare yang korang beli tu betul-betul sampai pada kulit kita? Pasal tu ada yang komplen kata skincare menipu laa...tak berkesan laa dan macam-macam lagi. Sebab tu Beauty Bar ni dicipta untuk membantu krim muka yang kita pakai tu betul-betul penetrate cepat masuk dalam kulit kita supaya kulit lebih nampak muda dan glowing. Bonus siap muka V-Shape lagi ala-ala pelakon Korea. Rugi beli krim muka mahal-mahal tapi hasilnya tak seberapa.


Nampak tak bentuk 'T' shape pada bahagian atas machine ni? Design berbentuk 'T' ini memudahkan proses urutan secara penolakan ke tempat-tempat yang selalu bermasalah seperti kedutan pada muka, 'puffy eyes' dan dagu lapis.

Selain daripada kebaikan Beauty Bar yang saya sebutkan di atas, sebenarnya ada banyak lagi kebaikan. Ini saya copy paste dari website Love.Belle.

Slimmer Face
Smoothen your skin
Reduce dark circles
Reduce eye bags
 Reduce water retention
Firming
Promotes blood circulation
Anti-wrinkles
Even skin tone
Pore minimization
Moisturize skin
Waterproofs
Warranty Provided 
100% result assured & quality guaranteed


Hasilnya pada kulit muka saya?
Haa ini dia !!


Masa snap gambar ni..saya tak pakai apa-apa makeup pon. Cuma pakai krim muka sahaja! Yang penting gambar ni tak pakai apa-apa filter pun. Sekarang saya dah yakin nak keluar tanpa sebarang makeup. Dagu lapis pun semakin kurang dan kulit muka semakin anjal dan glowing. Jangan guna seminggu, terus nak hasil macam Song Ji Hyo pulak! Setiap orang hasilnya berbeza-beza. Janji kena sabar dan rajin ok?

Ini saya tunjukkan tutorial macam mana nak guna 24K Golden Pulse Beauty Bar ni. Gigih semalam saya buat video special untuk korang. Saya buat ni cepat-cepat sebab nak tunjuk cara urutan tu je. Korang janganlah urut laju-laju macam tu pulak ek. Buat selama 5-15 minit satu sesi ok?


Kat mana nak dapatkan Beauty Bar ni. Semestinya di LOVE.BELLE!! Beauty Bar ni selalu ada promotion di FB Love.Belle. Korang boleh check update selalu di FB dan IG mereka. Untung-untung boleh beli satu set dengan skincare atau barangan kecantikan lain dengan harga yang menarik!

Contact Number : +6016-7225654
Instagram : lovebelleofficial
Wechat ID : lovebelleofficial


THANK YOU LOVE.BELLE !! XOXO




Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...