Aug 30, 2012

Sunsilk Lively Clean & Fresh : Hijabku, Gayaku

Saya rasa ada antara korang yang masih tak tahu tentang peraduan yang menarik ni. Sunsilk Malaysia telah menganjurkan peraduan Sunsilk Lively Clean & Fresh : Hijabku, Gayaku. Peraduan ini amat mudah, hanya undi dan upload gambar anda mengikut 4 gaya hijab melalui video yang dikeluarkan setiap minggu selama 4 minggu berturut-turut. Mana tau korang pun boleh menang jemputan eksklusif ke Bengkel Hijab Bersama Scarflets. Mesti best !

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh like dan layari Facebook Sunsilk Malaysia :



      Fasa 1: Undi Gaya Hijab Kegemaran Anda
o   Tempoh: 12 Julai - 26 Julai, 2012
o   Hadiah: 10 x Jemputan eksklusif ke Bengkel Hijab bersama Scarflets

 
 
        Fasa 2: Cubalah Sendiri
o   Tempoh: 6 Ogos - 31 Ogos, 2012
o   Hadiah: 4 x Wang tunai RM1500 & 5 jemputan eksklusif ke Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets

 
 

Mengenai Sunsilk Lively Clean & Fresh
·         Sunsilk telah bekerjasama dengan pakar rambut terbaik dunia untuk mencipta formula bertaraf dunia supaya setiap wanita yang menginginkan rambut cantik berkekalan dapat menjadikan harapan ini suatu realiti.

·         Sunsilk telah bekerjasama dengan Dr. Francesca Fusco dari New York, ahli dermatologi bertaraf dunia dan pakar penjagaan kulit and kulit kepala. Melalui penyelidikan yang dijalankan, Sunsilk mendapati bahawa mendapan sebum pada kulit kepala apabila memakai tudung akan menyebabkan kegatalan.
·         Dr. Francesca Fusco dan Sunsilk percaya rahsia untuk kesegaran berpanjangan adalah dengan mengawal jumlah minyak di kulit kepala. Hasilnya, rumusan Sunsilk Lively Clean & Fresh telah dicipta untuk menjadikan kulit kepala lebih bersih dan segar berpanjangan, dan seterusnya membolehkan keyakinan diri anda terserlah.

·         Diperkaya dengan Vitamin Citrus Complex, varian ini telah dicipta untuk menangani pengumpulan berlebihan sebum kulit kepala agar kulit kepala sentiasa bersih dan sihat. Tambahan itu, ia telah dicipta untuk memberikan anda kesegaran dan keyakinan sepanjang hari.


Mengenai Kerjasama di antara Sunsilk dengan Scarflets
·         Sunsilk percaya memakai tudung tidak bererti ia perlu membataskan keinginan untuk kekal bergaya. Sunsilk merasakan Scarflets mewakili hijabistas di Malaysia yang cukup arif mengenai pemakaian tudung dan fesyen, dan dapat mengimbangi kedua-duanya dengan baik.

·         Melalui Kempen ‘Hijabku, Gayaku’ yang dilancarkan di laman Facebook Sunsilk Malaysia, Sunsilk telah membentuk kerjasama bersama Scarflets untuk mengalakkan kaum wanita mengorak langkah terhadap penyerlahan gaya individu. Melalui cara ini, Sunsilk ingin memberi inspirasi kepada para hijabistas untuk terus kekal bergaya, dengan keyakinan daripada rambut yang segar sepanjang hari.



 Sorry sangat saya lambat update mengenai peraduan yang menarik ni. Tarikh tutup adalah pada esok malam...so korang masih sempat lagi untuk join !



Love,
LIZA RAZAK








Look Of The Day : Chocolate Tribal

" The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries, or the way she combs her hair. The beauty of a woman is seen in her eyes, because that is the doorway to her heart, the place where love resides. True beauty in a woman is reflected in her soul. It’s the caring that she lovingly gives, the passion that she shows & the beauty of a woman only grows with passing years."
Audrey Hepburn






Pashmina Shawl, Flea Market | Tribal Top, Forever 21 | Jumpsuit, The Poplook
Oversized Faux-Snake Skin Clutch, MNG | Gladiator Flats, Cotton On | Bangles, Diva




Love,
LIZA RAZAK







Aug 29, 2012

Angklung . Suria Qistina

 { One Utama . 12th August 2012 }



" One good thing about music, when it hits you, you feel no pain.  "
Bob Marley




 

Selepas balik dari #LFLW Raya Fashion Show, saya dan Mr Kudud bergegas pulak ke One Utama. Excited nak berjumpa dengan sis Suria Qistina. Mesti ramai follower yang dah kenal dengan sis Suria Qistina ni kan? Sebelum ni sis Suria Qistina ni selalu komen kat blog saya. Saya pun selalu berkunjung ke blog sis ni. Lama-lama bertegur sapa dan berborak pulak di twitter dan instagram. Tapi tak pernah berjumpa. Husband sis ni pemain angklung professional. Haritu kebetulan husband sis ada buat persembahan angklung kat One Utama. Kami memang dah plan sebelum tu nak berjumpa sebelum raya. Alhamdulillah...berjaya jugak kami berjumpa walaupun kejap. Nasib baik sampai memang on time. Show team angklung bro Zack ni baru je bermula.

Sis Suria Qistina ni memang peramah gila. Rupanya kami ni memang sekepala. Pot pet berborak sampai tak ingat dunia. Anak-anak sis ni pulak comel-comel belaka. Ngam pulak tu dengan saya. Especially Athirah tu..Kalau ada show angklung lagi memang saya akan tengok lagi. Best ! Insya Allah...raya ni saya dan Mr Kudud akan ambush rumah sis Suria Qistina untuk beraya !! Jaga-jaga...hehe



Jangan lupa singgah di blog sis Suria Qistina ni !
http://suriaqistina.blogspot.com




Love,
LIZA RAZAK







Aug 28, 2012

#LFLW Raya Charity Fashion Show & Bazaar

{ Ecoba Restaurant & Bar . 12th August 2012 }


“ Over the years I have learned that what is important in a dress is the woman who is wearing it.”
Yves Saint Laurent



Sepatutnya entry ini saya update sebelum cuti raya haritu, tapi tak sempat..hehe. Anyway berbalik kepada cerita asal, sebelum saya balik raya 2 minggu lepas, saya dan team Instajaya dijemput oleh The Labels.Net untuk membuat liputan untuk #LFLW Raya Fashion Show & Bazaar. TheLabels.Net ini merupakan fashion/shopping website yang menyokong dan membawa masuk pelbagai label dan jenama pakaian dari designer dan blogshop yang terpilih. Mereka juga merupakan penganjur tetap untuk The Labels Fashion & Lifestyle Weekend Bazaar. Apa yang menarik tentang #LFLW Bazaar ini ? Confirm korang semua akan rambang mata melihat range pakaian yang dijual. Pilihan pakaian bukan terhad untuk yang perempuan yang kurus-kurus sahaja. Ada range untuk plus size dan lelaki jugak. Tak percaya boleh tengok sekali lagi gambar-gambar di atas.. cantik-cantik kan? Boleh dijadikan inspirasi fashion untuk korang beraya di open house nanti. Harga jangan risau..semuanya affordable mengikut kualiti. Design yang ada kebanyakkannya rare dan limited. So tak payah risau kalau terjumpa kawan-kawan pakai baju yang sama..hehe. Sekarang ni #LFLW Bazaar memang terus menjadi bazaar pilihan saya untuk shopping. Tak sabar nak tunggu bazaar seterusnya ! Sesiapa yang kaki shopping macam saya mesti suka dengan #LFLW Bazaar ni :)

Selain dari bazaar ada juga charity fashion show dan persembahan dari band-band indie seperti Abstrak Hingga Ke Bulan (Dalam Gambar), Xema Suhaimi, Bosa Nostra, dan Ain Zulkifly. Kami sempat berkenalan dengan band Abstrak Hingga Ke Bulan. Diorang sangat friendly tau. Nanti cubalah dengar lagu-lagu mereka seperti Cinta Ini Milik Kita di Youtube. Serious layan ! Nanti saya update cerita Abstrak Hingga Ke Bulan dalam entry seterusnya :)


Nak tahu event seterusnya dari TheLabel.Net ? Jom like Facebook mereka!
http://www.facebook.com/thelabels.net

Atau boleh follow mereka di Twitter !
http://twitter.com/thelabels_net




P/S : Ada banyak cerita raya yang menarik saya nak update kat blog nanti. So stay tuned !!



Love,
LIZA RAZAK





Aug 16, 2012

Random Photos - Raya Shopping

AUTO-PUBLISH ENTRY


“ If you can't fly then run, if you can't run then walk, if you can't walk then crawl, but whatever you do you have to keep moving forward.”
  Martin Luther King Jr.

{Pictures Taken From Instagram . Follow Me : pypylamb }




Love,
LIZA RAZAK





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...