" The wise are wise only because they love. The fool are fools only because they think they can understand love. "
Paulo Coelho
Membawa Cooter berjalan-jalan merupakan salah satu aktiviti harian saya dan Mr Kudud sekarang.Kesian sebab asyik mengiau nak keluar rumah.Mula-mula takut jugak nak bawa keluar sebab Cooter ni penakut sikit dengan strangers.Sudahnya saya beli harness untuk kucing kat Pets More.Beli pon selepas baca kat forum Petfinder.My.Bila guna harness ni, senang nak jaga dia bila keluar dari rumah.Rumah saya ni apartment, so bila guna harness ni boleh elakkan die dari masuk rumah orang .
Selalunya Mr Kudud yang akan bawa Cooter jalan-jalan.Selalunya kat koridor depan rumah je.Cooter tak berani nak jalan jauh-jauh.Tengok strangers sikit nak lari...hehe
Mula-mula pakai harness ni, Cooter tak suka sebenarnya..alih-alih dia buat main je tali tuh.Tapi hari-hari saya train dia pakai harness.Lama-lama dia dah biasa dan selesa.Siap tiap-tiap hari ajak Mr Kudud keluar rumah.Saiko gila sampai tunggu depan pintu siap-siap..hehe
Harness yang saya beli ni safety sikit berbanding jenis leash yang sangkut kat collar kucing.Harness ni akan support abdomen atas kucing...dan mudah untuk kita control.
From Puchong With Love,
LIZA RAZAK