Jun 28, 2013

Senarai Pemenang Cosmopolitan Hunks 2013 Tickets Giveaway


Berikut merupakan senarai pemenang Cosmopolitan Hunks 2013 Tickets Giveaway :

1.Anies

2. Henrietta Jose

3. Asyik Izas

4. Zarena Heeney

5. Zaza Abdul Latiff

6. Faridah Hanim

7. Rina Ellisa 

8. Nilam Syapina

9. Athirah Safarudin

10. Izzah Azizah
 Saya baru sahaja hantar email bagaimana nak collect tiket kepada semua pemenang. Kepada pemenang yang tak dapat lagi email saya...boleh email saya di pypylambstudio@yahoo.com @ Wechat/Line/KakaoTalk : liza_pypylamb @ BBM : 28243D5B
Nanti saya akan email kembali bagaimana nak redeem tiket ya.  Congratulations to all winners ! Jumpa di Stage Club, Avenue K minggu depan !


Love,
LIZA RAZAK



Jun 26, 2013

Singapore Trip : Gardens by The Bay

“It's the possibility of having a dream come true that makes life interesting.”
  Paulo Coelho, Alchemist


Entry sambungan :



{ Woodlands Ave 1 }


Sambung pulak kita di hari kedua saya di Singapore. Awas..entry ni sangat panjang tau ! Penuh dengan gambar-gambar. Saya akan pendekkan cerita...sehabis detail yang mungkin ya. Sebelum kita mulakan cerita..sebenarnya ada benda tak best terjadi kat sana. Tiba-tiba DSLR saya bateri drained. Kecewa betul saya masa tu. Sudahnya kami terpaksa guna apa yang ada untuk snap gambar, Ipad Mini, Samsung Galaxy S4 (Mr Kudud punya) dan Iphone 5 (Adik saya punya). So kebanyakkan gambar-gambar kami di Singapore semuanya snap dan edit pakai Ipad dan handphone. Nasib baik hasilnya tak mengecewakan..cantik jugak cuma tak sharp macam pakai DSLR. Baik ada daripada tak ada langsung kan..hehe

So pagi Khamis, kami ramai-ramai termasuk family Ayah Alang saya bertolak ke Gardens by The Bay, destinasi pertama kami. Kami bertolak dari Woodlands dengan menaiki van pukul 11 pagi. Jauh la jugak Gardens by The Bay ni dari Woodlands. Ikut highway ambil masa dalam 45 minit. Dalam perjalanan tu...cuci mata tengok permandangan Singapore dan camwhoring (macam biasalah kan..)

{ Gardens by The Bay }


Gardens by the Bay  is a park spanning 101 hectares (250 acres) of reclaimed land in central Singapore, adjacent to the Marina Reservoir. The park consists of three waterfront gardens: Bay South Garden, Bay East Garden and Bay Central Garden.Gardens by the Bay is an integral part of a strategy by the Singapore government to transform Singapore from a "Garden City" to a "City in a Garden". The stated aim is to raise the quality of life by enhancing greenery and flora in the city. First announced to the public by Prime Minister, Mr Lee Hsien Loong during the National Day Rally in August 2005, Gardens by the Bay is intended to become Singapore's premier urban outdoor recreation space, and a national icon. An international competition for the design of the master plan, held in January 2006, attracted more than 70 entries submitted by 170 firms from 24 countries. Two firms – Grant Associates and Gustafson Porter – were eventually awarded the master plan design for the Bay South and Bay East Gardens respectively. The park has proven extremely popular for event planners, with demand so high that the park has had to limit the number of events to three a week.

 Supertree Groove. Cantik gila kan?


Sampai je kami kat sana...terpinga-pinga nak tahu berapa harga tiket masuk dalam Gardens by The Bay ni  Rupa-rupanya cousin saya, Abang Sham dah siap-siap belikan tiket untuk kami..wahh terharu betul. Masuk je kat dalam Gardens by The Bay..terkagum sekejap. cantik betul! Saya ni bukanlah peminat bunga tegar tapi bila tengok bunga-bunga kat dalam ni terus bertukar jadi peminat bunga! Beberapa bulan sekali Gardens by The Bay ni akan tukar tema. Masa saya pergi tu temanya, Flight of Fancy.


Nampak tak muka kagum saya dan Mr Kudud tu? Salah..bukan muka kagum tu..muka gedik! 


Masuk dalam Gardens by The Bay ni tak payah risau panas ke apa. Fully air conditioned. Sejuk je jalan-jalan dalam ni.


Sculpture dan tumbuh-tumbuhan kat dalam semuanya datang dari serata dunia.Memang rugi kalau tak bawak camera masuk dalam ni.


Masa ni kami masuk dalam Cloud Forest..air terjun buatan tu awesome sangat.Belakang air terjun tu ada tangga dan pelantar bertingkat.. So boleh tengok air terjun dari pandangan dalam. Cool kan? Ok..cukuplah saya membebel...jom layan gambar-gambar kami di sana...


 Nasib baik ada Keek ni kan...so boleh lah saya snap video pendek untuk kenang-kenangan. Kadang-kadang lagi best tengok video dari tengok gambar kan. Esok kalau sempat saya upload gambar kami ke destinasi seterusnya...Resorts World Sentosa


p/s : Pictures Taken With Ipad Mini, Samsung Galaxy S4 & Iphone 5





Love,
LIZA RAZAK







- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

Jun 25, 2013

Singapore Trip : Woodlands Ave 1 + Causeway Point



" You can become blind by seeing each day as a similar one. Each day is a different one, each day brings a miracle of its own. It's just a matter of paying attention to this miracle. "
Paulo Coelho

{ KL Sentral - Woodlands }


 Seperti yang dijanjikan, harini saya nak cerita kat mana saya bercuti dengan family. Actually saya bercuti di Singapore. Kami bertolak malam Rabu (12/6) dan stay di Singapore sampai hari Sabtu (15/6). Sepatutnya kami pergi berenam, saya, Mr Kudud, adik saya Peloq, sepupu saya dan parents saya. Tapi disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan, parents saya cancel last minute. So tinggallah kami berempat. Sebenarnya..selain daripada berjalan-jalan di sana, kami melawat sekali famili bapa saudara sebelah mak saya ( Ayah Alang ) yang tinggal di Singapore. Bapa saudara saya tu dah tinggal Singapore dari zaman 60an lagi. Sekarang dah jadi warganegara Singapore pun. Sambil menyelam, minum air kan. Lagipun boleh berkenalan dengan ahli keluarga Singapore yang kami belum jumpa lagi


 Kami pergi ke Singapore naik KTM. Kos naik train ke Woodlands, Singapore sangat murah yer..kalau naik coach ( Senandung Sutera ) macam kami naik ni dalam RM 34 je satu kepala. Haa...tak ke murah tu? Kami bertolak dari Puchong naik teksi ke LRT Kelana Jaya pukul 8. Sampai di KL Sentral dalam pukul 9 malam. Sementara menunggu train sampai, kami isi perut siap-siap kat kopitiam Meal Station. Haritu..train ke Woodlands delay setengah jam. Sepatutnya naik pukul 11 malam, terus jadi 11.30 malam. Kalau naik coach kelas murahan macam kitorang naik ni..tak adalah selesa sangat tapi oklah untuk orang yang dalam budget travel macam kami ni. Duit transport boleh save untuk shopping dan makan di Singapore nanti. Sebenarnya lagi senang daripada driving ke sana..lagi banyak kos. Public transport kat Singapore pun sangat reliable dan murah.

{ Woodlands Town }


 Kami sampai di Woodlands, Singapore dalam pukul 7 pagi. Tapi nak tunggu turn check passport kat Imigresen Singapore punyalah lama sebab kena isi borang bagai. Tak kira lagi dengan orang yang macam sardin nak masuk ke Singapore. Sudahnya pukul 8 baru selesai. Kesian Ayah Alang tunggu kami lama kat Woodlands Centre Road.

{ Woodlands Ave 1 }


Sampai je..kami naik bas ke rumah Ayah Alang saya di Woodlands Ave 1. Seronok betul saya naik bas pusing-pusing Woodlands. Al-maklumlah first timer. Bila kami sampai..bukan main seronok lagi famili Ayah Alang menyambut kami.


 Hari pertama kami banyak habiskan masa di rumah Ayah Alang. Letih badan naik train pun belum habis lagi. Seronok betul melayan anak-anak sepupu saya, Farihin dan Farisya. Baru first time jumpa bukan main pot-pet lagi berborak. Sebenarnya kami semua jarang berjumpa dan tak berapa rapat dengan family Ayah Alang ni. Kalau jumpa pun sekejap..itupun kalau dia satu famili balik ke Malaysia. Ada hikmah jugak kami datang ke sana. Hubungan dua hala famili Malaysia-Singapore jadi makin rapat


 Suasana kat Woodlands Ave 1 ni berbeza sangat dengan kawasan rumah saya di Puchong. Kalau di Puchong tu...kemain bising lagi bunyi motor merempit tak kira siang malam, di sana...aman je. Tapi jangan haraplah nak jumpa warung-warung tepi jalan ataupun gerai goreng pisang macam kita di sini. Kalau nak makan luar kena pergi Woodlands Causeway Point (Itu paling dekat). Tapi public transport Singapore saya akui memang sangat best. Praktikal dan murah..kalau saya stay sana, tak payah beli kereta pun tak apa. Naik public transport lagi senang.


Petang tu, cousin saya Abang Sham dan Kak Vitri bawak kami jalan-jalan dan makan di Woodlands Causeway Point. Punyalah dekat dengan rumah...jalan kaki je. Kat situ semua ada, public library, panggung wayang, shopping mall, food court dan MRT station. Sementara tunggu time makan, kami main game arcade dengan Farihin dan Farisya. Kemain seronok lagi Mr Kudud main dengan budak-budak ni. Agaknya dia lupa kot umur die tu dah 32 tahun...hehe. Lepas tu...kami makan ramai-ramai dengan Abang Sham satu famili. Haa...itu baru cerita first day...kemain panjang lagi entry kan? hehehe...esok saya update pulak cerita dan gambar-gambar kami di Gardens by The Bay.

{ Causeway Point, Woodlands }








Love,
LIZA RAZAK







- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...