Aug 19, 2013

Balik Kampung + Red Bull Pit Stop Separation Anxiety

 “No matter how you feel today, get up, dress up & show up”
Paulo Coelho



{ R&R Behrang . 5 Ogos 2013 }




Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Setelah hampir 2 minggu bercuti raya...harini saya akan mula aktif berblogging seperti biasa. Nama pun cuti raya selama 9 hari...banyak cerita raya saya nak update dalam blog ni. Sampai tak tahu nak mulakan yang mana dulu. Memandangkan kita semua masih dalam mood raya, apa kata saya mulakan entry dengan cerita saya balik raya dengan Mr Kudud.

Kitorang balik raya awal, hari Isnin tu lepas Mr Kudud balik dari kerja, terus gerak balik. Tahun ni kami beraya di Perlis dulu, lepas tu baru balik kampung saya di Perak. Punyalah banyak barang kami bawa, beg baju saja sampai 2 beg besar, 2 ekor kucing & sangkar burung. Itu tak campur lagi dengan souvenir raya hadiah untuk keluarga di kampung...hehehe. Memandangkan kami bawak kucing kami balik raya, terpaksalah transit Cooter & Cici ni kat Perak, rumah parents saya. Parents saya banyak bela kucing, kebetulan adik bongsu saya giliran raya di Perak dulu, so bolehlah tolong tengok-tengokkan kucing saya ni. Mulanya nak hantar diorang ni kat Pet Hotel, tapi kos macam mahal sangat pulak. Seekor kucing 1 malam dah RM 15. Kami pulak nak hantar 2 ekor kucing. Kalau cuti raya lama, memang tak mampu la nak hantar ke Pet Hotel ni. Berbalik kepada cerita balik raya ni, kami bertolak lebih kurang pukul 5 petang. Itupun lambat bertolak sebab nak selesaikan bayar bil, duit kereta dan apa yang patut sebelum balik raya. Nanti takut tak sempat pulak.

Nasib baik highway agak clear haritu. Cuma jam kat area Subang sampailah ke Rawang. Standard time orang balik kerja. Memang confirmlah jam. Kami berhenti di R&R Behrang untuk berbuka puasa. Buka puasa simple - roti dengan susu dutch lady je sebab kami nak singgah makan rumah parents saya dulu di Bota sebelum bertolak balik Perlis.

Masa kami baru sampai di R&R Behrang tu, ada banyak jugak kereta yang berhenti di situ. Kebanyakkannya orang yang nak balik raya di kampung. Semuanya berhenti untuk buka puasa. Tiba-tiba kami nampak ada booth Red Bull. Ramai jugak berkerumun kat situ. Rupa-rupanya Red Bull ada buat simple contest dan promo sempena musim balik raya. Contest tu - Red Bull Pit Stop Separation Anxiety. Saya suruh Mr Kudud masuk contest tu sebab hadiahnya menarik jugak. Boleh dapat percuma 1 tin minuman Red Bull dan kalau bernasib baik dapat botol air Red Bull ataupun sampul duit raya. Contest ni mudah je...kena asingkan bola-bola kecil mengikut warna ke dalam bekas yang disediakan. (boleh tengok keek saya di atas). Hadiah akan ditentukan mengikut waktu terpantas. Alhamdulillah, Mr Kudud berjaya dapat botol air Red Bull dan 1 tin minuman Red Bull. Ok la tu..sapa yang nak kasi free kan. 1 tin Red Bull pun mahal jugak...memang elok pun dapat free sebab Mr Kudud memang minum Red Bull kalau driving jauh. Kemain bangga lagi Mr Kudud, siap suruh saya snap gambar dia depan booth Red Bull :P


Habis je berbuka puasa, kami teruskan perjalanan ke Bota, Perak. Kami stay kat Perak kejap je. Makan, borak-borak dengan parents saya & selesaikan apa yang patut, terus bertolak balik ke Kangar, Perlis. Alhamdulillah nasib baik sempat sampai sebelum waktu sahur habis. Kiranya kami sempat sahur kat rumah mertua saya. Memang letih betul masa tu. Kami tidur sampai tengah hari sebab semalaman tak tidur.

{ Kangar . 6 Ogos 2013 }


Hari pertama kami di Perlis...kami banyak habiskan masa dengan berborak-borak (kebetulan family abang ipar saya pun sampai haritu). Petang pulak kami beramai-ramai pergi ke Bazaar Ramadhan di Stadium Kangar. Seronok gila masa ni sebab masing-masing bukan main kepoh lagi nak beli makanan favourite. Kalau saya, setiap kali ke Bazaar Ramadan di Stadium Kangar ni, saya akan cari gerai Nasi Ulam Perlis.. Ya Allah memang sedap betul !. Tak payah lauk-pauk pun dah sedap ! Mr Kudud pun dah terikut minat makan nasi ulam ni. Haritu saja kami order sampai 3 bungkus! hehe. Bila time buka puasa macam biasalah...meriah tak ingat!

Ini baru cerita balik raya...ada banyak lagi cerita raya saya dan Mr Kudud...Petang nanti saya cerita pasal raya eve pulak ok?




Love,
LIZA RAZAK






FOLLOW ME :

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad




6 comments:

mama3heroo said...

salam syawal # 12 liza
done follow sini

ellynadyra said...

rezeki balik kampung, menang lak tuh hahahahahahha

dear anies said...

murahnyerrr rm3 jerrr

Liza Razak said...

@mama3heroo : salam syawal sis :)

Liza Razak said...

@elly nadyra : Alhamdulillah..tu la..x pasal2 menang..hehe

Liza Razak said...

@Khai♥Rin : anies : tu laa..memang murah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...