“The simple things are also the most extraordinary things,
and only the wise can see them.”
Paulo Coelho, The Alchemist
Paulo Coelho, The Alchemist
{ Citarasa Seafood Steamboat . 1 Ogos 2013 }
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Saya nak cuti kejap dari update cerita pasal raya. Malam ni saya nak cerita flashback pulak - cerita iftar pada bulan Ramadhan lepas. Terlupa pulak saya nak cerita saya berbuka di Citarasa Seafood Steamboat ni. Tahun ni memang sakan la saya berbuka kat luar. Senang cerita jarang jugak saya memasak di rumah. Kalau memasak pun, cuma untuk sahur je. Ada saja jemputan iftar di luar bersama kawan-kawan.
Citarasa Seafood Steamboat ni terletak di dalam bangunan NSK, Kuchai Lama. Actually first time saya dan Mr Kudud makan steamboat kat sini. Konsep Citarasa Seafood Steamboat ni memang unik. Ala-ala market style. Macam-macam jenis seafood ada kat sini. Yang rare pun ada jugak. Semuanya dipack ala-ala hypermarket style. Siap ada harga. Average harga seafood dan sayur-sayuran yang dipack sekitar RM 3 - RM 25. Kalau nak makan, amik seafood ataupun sayur-sayuran yang disukai, masukkan dalam bakul, lepas tag tu kat kaunter. Setiap meja ada nombor dan kertas bil. Apa yang kita ambil, akan dicaj di dalam bil. Boleh makan ikut bajet masing-masing.
Selain daripada steamboat...kita boleh jugak request ikan, udang, sotong untuk dimasak seperti masak stim, sweet sour dan pelbagai lagi. Harga akan dicaj mengikut harga seafood (setelah ditimbang) yang kita pesan. Haritu kami order ikan apa ntah (saya memang fail nama ikan ni..tau makan je..hehe) harga dalam RM 40 seekor untuk dimasak stim. Serius sedap! Itu pun jenuh jugak la nak habiskan ikan tu..
Iftar ni saya join dengan kawan-kawan sekolah Mr Kudud. Kenal diorang ni dari zaman baru couple dengan Mr Kudud 7 tahun sudah. Tak rasa janggal pun dengan diorang ni sebab semuanya sporting dan friendly. Rasa macam kawan sekolah sendiri pun ada..hehe. Diorang siap bawak anak-anak lagi...tu yang bertambah meriah iftar kitorang haritu.
Citarasa Seafood Steamboat ni ada jugak offer set yang murah. Tak pilih set tu pun tak apa...sebab bukan semua benda dalam set tu yang kita makan. Baik pilih sendiri..lagi best. Sup disediakan 2 jenis - tomyam dan sup ayam. Kami pilih sup ayam sebab kawan Mr Kudud ni memang regular makan kat situ..so dia suggest amik sup ayam sebab lagi sedap. Haritu kami amik banyak gila seafood...itu tak campur lagi dengan sayur dan ikan yang berharga RM 40 seekor. Bila time nak bayar...bila dah total dan dikira-kira balik dalam RM 30++ satu kepala. Affordable kan...Tak sabar nak repeat makan kat sini hujung bulan nanti!
Citarasa Seafood Steamboat
NSK Trade City,
2, Jalan 1/127, Kuchai Entrepreneurs
Park
58200 Kuala Lumpur.
Love,
LIZA RAZAK
FOLLOW ME :
- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
16 comments:
wahhh..jadi lapar tengok ni..hehee..
wahhhhhhhhhhh sedapnya
dah lama ena tak mkn steamboat nie
seronoknye makan steambot, fav tu. ^^
erkkkk.!
sedappp nyee.!
Penuh pinggan tuuu >,<
kalau i dh ambik ketam banyak banyak dah huhu. ish buat i rasa nak makan steamboat je ni huhu
lama tak lyn steamboat... seronok kalu kumpul ramai2 gitu kan... akak kire rekod lah thn ni tak berbuka kt luar walau sekali pun hehehhe
haaaaaaaaa murah dan berbaloi, makan ramai2 baru best dan layan gila kan!
kt blkg umh ada satu restoren stimbot, tp dh lama tk pegi....
@Syafiqah Hashim : samalah dengan kak liza ni...hehehe
@zarena heeney : samalah dengan saya...dah lama x mkn :)
@ammelia yusoff : sekali sekala mkn memang best :)
@Eiqa Almond : penuh pinggan tu wajib ! :)
@cha : cepat ajak kazaa pegi makan steamboat :)
@norhidana miswan : wahhh...bagusnya sis :)
@elly nadyra : betul tu !!
@Zura Lee : best tak sis ?
Post a Comment