Aug 19, 2013

Raya Eve Through My Fish Eye Lens



" You can become blind by seeing each day as a similar one. Each day is a different one, each day brings a miracle of its own. It's just a matter of paying attention to this miracle. "
Paulo Coelho

{ Kangar . 7 Ogos 2013 }


Assalamulaikum & Salam Sejahtera

Seperti yang dijanjikan, harini saya update gambar-gambar raya eve saya di Kangar, Perlis. Belum raya lagi dah berpuluh gambar kami snap...hehe. Tahun ni saya tak banyak snap gambar guna DSLR. Lebih banyak snap guna Ipad mini dan fish eye lens. Sayang betul dengan fish eye lens ni...ke mana-mana pun saya akan bawak sebab saya ni spesis manusia suka snap gambar. Senang guna Ipad ni sebab boleh terus upload gambar ke Instagram dan Facebook. Paling best boleh upload video sekali. Memang DSLR tu bakal berhabuk la lepas ni...hehe.

Raya eve kami memang seronok. Sambil menunggu waktu berbuka puasa hari terakhir tu, kami ramai-ramai main belon buih kat depan rumah. Al kisahnya..anak-anak saudara saya ni, Iman & Insyirah mengepau Mamu Imran (Mr Kudud) diorang beli belon buih. Mamu diorang ni pulak memang sayang dan suka manjakan diorang. Memang mintak apa pun dapat...hehe.

Yang kelakarnya...bukan budak-budak ni sahaja yang seronok main belon buih, mak diorang pun sama jugak. Macam budak-budak! Happy betul saya sebab dapat snap moment menarik masa diorang main belon buih tu...bising gila kitorang bergelak ketawa kat luar rumah.


Habis je berbuka puasa, kami pakai henna ramai-ramai. Iman & Insyirah pun sakan nak pakai henna. Nasib baik saya bawak henna lebih masa balik raya haritu. Tak sangka pulak ramai yang nak pakai...hehe. Paling kelakar masa nak pakaikan henna kat jari budak-budak comel ni..ye la..terketar-ketar tangan saya masa nak pakaikan sebab jari diorang ni kecik sangat..hehe


Si Insyirah ni memang susah nak bergambar...sebab dia tak suka orang snap gambar dia. Nasib baik malam tu mood dia agak baik. Dapatlah snap gambar budak comel ni. Tu pun kadang-kadang kena curi-curi snap...hehe





Lepas pakai henna, Mr Kudud dan Iman main chess. Iman ni memang power main chess. Padahal umur baru je 9 tahun. Mr Kudud pun boleh kalah main chess dengan dia ni. Bukan Mr Kudud je dia pernah kalahkan, ramai lagi orang dewasa dia yang kalah dengan dia ni. Kitorang bukan main sorak lagi bila Mr Kudud kalah dengan Iman !

Si adik Insyirah pulak kaki mengacau..kami yang dewasa ni sibuk la last minute mengemas rumah sebab keesokkan harinya dah raya kan...Insyirah ni suka mengacau mamu dia...boleh dia dan Iman panggil Mr Kudud ni 'abang cleaner' sebab sebelum tu kitorang gelakkan Mr Kudud masa cuci sliding door. Memang betul sebijik macam abang cleaner....hehehe


Masa yang paling ditunggu-tunggu....main bunga api dan mercun! Walaupun bunga api dan mercun kami tak hebat macam rumah orang lain...tapi ok la daripada tak ada langsung kan...hehe. Macam biasalah...mestilah Mr Kudud yang melebih-lebih main mercun tu :P


Love,
LIZA RAZAK







FOLLOW ME :

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

20 comments:

Cik Nor said...

nice photoshoot..:)

Asyik Izas said...

cantik gmbr2 yg guna fish eye lens..:)

HeNRieTTa JoSe said...

Meriahnye.....chantek plak pkai fish eyes lens..pndai snap...kdg kdg rietta tgk gmbar fish eyes xmenarik...

زليخا said...

waaa...bestnye

Sha said...

cantik..

ee dah lama sha tak main bubbles...

:)

Isteri kepada Suami said...

Assalamualaikum wbt...

Betul tuh!! dslr besar..susah nak bw sana sni..hehe malas pun satu hal jg..ada ipad ke hp lg senang..snap terus upload..

wahhh lense fish eye..sofia minat tuh tp sofia guna samsung product..so tak jumpa lagi extra lense utk samsung :(

regards,
Unsmiley


ellynadyra said...

raya eve yang best, seronok kan ramai2 dan moment tu dpt di capture....dslr aku pun dah berabuk wkakakakakkakaka

Alin Marlini said...

kak alin pun suka guna ipad..kamera dok dlm beg jek..hehhe

dear anies said...

amboiii posing2 sakan ye

Zura said...

beraya kt kg mmg syiok..blh main bunga api sesuka ati jerk...

Liza Razak said...

@Normi Nieza : thank you sis :)

Liza Razak said...

@Asyik Izas : thank you sis :)

Liza Razak said...

@HeNRieTTa JoSe : nanti try la beli satu...mesti cantik gambar bila snap guna hp

Liza Razak said...

@mujahidah maisarah : kalau spend time dengan family memang best :)

Liza Razak said...

@Sha : samalah dengan saya..teringin pulak bila tgk diorang main :)

Liza Razak said...

@Isteri kepada Suami : fish eye lens saya guna ni semua hp boleh pakai...nanti cubalah sis :)

Liza Razak said...

@elly nadyra : tu laa...saya pun ikut mood je nak pakai dslr gedabak tu..hehe

Liza Razak said...

@Alin Marlini : tu laa...best kan guna ipad ni...lps snap boleh terus upload :)

Liza Razak said...

@Khai♥Rin : anies : hehe...itu harus !

Liza Razak said...

@Zura Lee : betul tu sis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...