Aug 2, 2013

Makeup Review : Chanel Rouge Allure Velvet Lipstick


" Elevating matte to a new elegance, this next-generation, non-drying matte lipstick glides on lips with intensely rich colour and a sumptuously soft, velvet matte finish. "
Chanel


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Terus terang saya katakan saya memang peminat mekap dari Chanel. Bukan sekadar minat jenamanya nya sahaja, tapi selama hampir 4 tahun saya guna produk mekap ni...setakat ni semuanya saya berpuas hati dan repeat beli produk yang sama. Sebab tu saya masih bertahan menggunakan mekap Chanel. Yang penting tak ada side effect seperti jerawat, muka berminyak ataupun muka kering sepanjang saya menggunakan mekap dari Chanel ni.

Selasa lepas Mr Kudud ajak shopping raya. Dah habis shopping tu, tiba-tba Mr Kudud tanya, nak beli lipstick tak? Saya cakaplah nak (lipstick Chanel Rouge Coco Shine saya dah habis) tapi saya nak beli yang murah je. Sekali Mr Kudud cakap dia nak saya beli lipstick Chanel yang sama dengan yang dah habis tu. Sebab dia suka warna tu dan lisptick lain yang saya beli tak sama warna dengan Coco Shine tu. Saya pun iyakan je sebab selalunya kalau dia cakap macam tu, dia nak belanja. Rezeki jangan ditolakkan...hehe.


Nasib baik kat Parkson Sunway Pyramid ada kaunter Chanel. Tapi kalau ikutkan saya sanggup lagi pergi kat butik Chanel Cosmetic kat One Utama sebab saya biasa beli kat situ. Bukan apa..nanti saya segan nak cuba dan bertanya banyak. Mula-mula ingat nak repeat beli lipstick yang sama. Sekali terpandang warna-warna Rouge Allure Velvet ni...Cantik-cantik! Dan yang paling penting lipstick ni jenis matte. Lately saya memang suka jenis matte ni. Nampak natural sikit. Bagusnya service Chanel ni...kalau nak cuba lipstick,diorang akan cuci dulu bibir kita sampai betul-betul bersih. Barulah kita boleh dapatkan shade yang tepat sesuai untuk kulit kita. Selalunya diorang akan tanya tone warna apa yang kita suka...pink ke...merah ke..orange ke..lepas tu baru diorang akan sarankan 2-3 jenis warna untuk kita cuba. Setelah cuba 2-3 warna, akhirnya saya decide untuk beli kod 36 La Caline. Itupun kena dapatkan approval daripada Mr Kudud dulu..hehe. Kelakar betul masa cuba tu...promoter tu kena tunjuk satu-persatu warna kat Mr Kudud dan Mr Kudud asyik gelengkan kepala sebab dia tak berkenan. Dia nak juga warna sama dengan Rouge Coco Shine saya dulu. Mesti promoter tu bengang melayan Mr Kudud...hehe


Kebiasannya bila sebut je lipstick matte..selalunya dikaitkan dengan bibir kering. Tekstur lipstick matte biasanya memang macam itu. Kena pakai lip balm ataupun lip concealer sebelum apply lipstick. Barulah bibir tak pecah ataupun nampak terlampau kering. Keistimewaan Lipstick Rouge Allure Velvet ni...walaupun tekstur matte tapi bila dipakai bibir terasa lembap sebab lipstick ini ada bahan untuk melembapkan bibir. Jadi tak perlu risau bibir kering ataupun pecah. Saya paling suka warna lipstick ni -mid rose tone..ia membuatkan kulit saya nampak lebih cerah dan 'rosy' bila dipakai bersama blusher.Benefit saya. Bila saya pertama kali cuba semalam masa attend iftar..dalam 2 jam pertama pakai  warna still maintain dan tekstur bibir masih nampak lembap dan sekata. Selepas iftar (of course la dah belasah makan dan minum tak ingat dunia..hehe), warna lipstick ni masih bertahan walaupun tekstur creamy lipstick dah mula pudar sikit. Tapi warna tu masih maintain pada bibir. Saya tak re-apply pun lepas makan sebab tengok nampak cantik pula sebab bibir nampak macam natural pink. Lagi satu...bila nak memakai lipstick matte..jangan lupa sapu lip concealer dan gariskan bentuk bibir dengan menggunakan lip liner sebelum memakai lipstick ya. Warna #36 La Caline ni sesuai kalau dipadankan dengan baju dan shawl warna pastel. Nampak decent dan comel gitu...Kebetulan baju raya saya warna purple lavender..memang matching dengan lipstick baru ni :)

Gambar ni saya dah upload kat Instagram saya semalam. Tak sangka ramai yang suka dan beri respon positif. Sorry la kualiti gambar agak teruk sikit sebab saya snap guna ipad. Masa tu pulak lighting dalam rumah agak gelap sikit.


Chanel Rouge Allure Velvet in #36 La Caline
RM 95.00/3.5g


Rating : 4.8/5.0
Repurchase? YES 



Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME :
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK


- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad



16 comments:

✿INA AINAA✿ said...

hahah candic untuk suami akk.. XD

cantiklah kak.. suka tengok warna bibir akk tu.. merah dia plain je.. :3

cha said...

cantik. nasib baik husband u yang offer haha. kalau i org dh offer i ambik je :p

Syafiqah Hashim said...

bestnya akak kekal guna brand chanel ni..pika nak bodek ayah nnti ayah cakap kamu tu budak2 lagi..arghh..sadis...hihiii..

Alin Marlini said...

cantik kaler tu..kak Alin rasa nak beli lipstik kaler merah...heheheh

Anonymous said...

akak cntik pkai pe pun cantik hihi.. nanti nk try la hihi

LaLa mhdnor said...

a little bit pricey for me, haha.

but i love ur lip colour =D

CD said...

zizie bukan seorang yang pandai bermekap, sebab rasa diri ni tak sesuai je.. tapi kan, nak juga dapat kaler bibir cenggitu.. huhu..

daela said...

tak pasal pasal dila pon terjebak lepas terbaca entry liza ni.. xoxo..:)

Liza Razak said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿ : hehe...photobomb kan..

Liza Razak said...

@cha : tu laa...kalau x amik rugi la pulak..hehe

Liza Razak said...

@Syafiqah Hashim : nanti pika dah keje bolehlah beli :)

Liza Razak said...

@Alin Marlini : nanti belilah sis..mesti cantik kalau pakai :)

Liza Razak said...

@Sheda ucu : nanti cubalah sis :)

Liza Razak said...

@LaLa mhdnor : thank you sis :)

Liza Razak said...

@Nurul Farahizzati : brand lain pun ada jugak warna mcm ni..nnt try la cari :)

Liza Razak said...

@daela : beli jangan tak beli sis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...