Sep 30, 2013

Ilustrasi Liza Razak Dari Nurdani







Assalamualaikum & Hello.

Sapa tak kenal illustrator Nurdani ni kan? Semua illustrasi dari beliau cantik & comel belaka. Ini sebenarnya entry versi terharu. Nak tahu kenapa? Sebab bulan lepas, Nurdani tiba-tiba email saya...bila saya buka email, tengok ada illustrasi saya. Ya Allah...comel ya amat! Dia cakap dia saja lukis untuk saya. Hadoi...gila terharu! Dia lukis memang detail...muka saya pun dah sebijik sama....patut la awak famous Nurdani..sebab awak memang berbakat dan hasil kerja awak memang teliti dan cantik ! Nurdani ada update entry tentang illustrasi saya di dalam blog beliau. Kalau nak baca boleh klik link di bawah ini :


Beliau ada buka tempahan illustrasi...tapi kena check dalam blog dan instagram beliau bila tempahan dibuka ya. Kalau sapa pernah pergi butik Old Blossom Box Store di Seksyen 7 Shah Alam mesti nampak illustrasi comel di pintu masuk butik OBB. Semua illustrasi tu Nurdani yang lukis tau...Haa bukan calang-calang Nurdani ni tau ! Anyway thank you Nurdani susah payah lukis illustrasi yang comel ni...akak siap buat wallpaper kat ipad gitu :)

Follow Blog Nurdani :

Instagram Nurdani :
@dani8dania

Untuk Pertanyaan & Tempahan Illustrasi :
nurdaniub@yahoo.com




Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

Sep 27, 2013

A Famosa Resort : Cowboy Town




“We are travelers on a cosmic journey,stardust,swirling and dancing in the eddies and whirlpools of infinity. Life is eternal. We have stopped for a moment to encounter each other, to meet, to love, to share.This is a precious moment. It is a little parenthesis in eternity.”
  Paulo Coelho, The Alchemist



Entry Sambungan :




[ A Famosa Animal World Safari . 15 September 2013 ]


Assalamualaikum & Hello.

Nak bagitau siap-siap...entry ni lagi hazab korang nak scroll. Penuh dengan gambar dan video keek. Saya malas nak buat part 1 dan part 2...saya buat sekali harung je yer. Cowboy Town ni saya pergi hari yang sama dengan kami pergi Animal World Safari (Sabtu). Hanya ada pada waktu petang ( 6 petang ) sampai tengah malam. Antara attraction yang menarik kat Cowboy Town ni sudah tentunya Carnival yang bermula pukul 8.30 malam sampai pukul 10 malam. Ada juga restoran, shopping mall, theme park, 4D movie bowling dan macam-macam lagi. Tapi kami lebih tertarik nak tengok Carnival ni sebab adik ipar saya, Tqah pernah pergi ke Cowboy Town ni beberapa tahun lepas dan dia cakap Carnival ni best sangat.


Kami bertolak lepas Maghrib...terpaksa bertolak awal walaupun Carnival ni bermula pukul 8.30 malam. Nak cop tempat best siap-siap...hehe. Masa kami sampai kat entrance masuk Carnival ni...orang ramai dah mula beratur. Nasib baik kami sampai agak awal...dapatlah duduk tengah-tengah dan depan sekali. Tu yang dapat snap gambar tak hengat. Sebelum event ni bermula...nanti akan ada gerai bergerak kat tengah-tengah jalan parade tu...bolehlah beli air minum ke...buah-buahan, corn in cup dan keropok. Tapi harga mahal la...Carnival ni terbahagi kepada 4 bahagian, Red Indian Show, Feeding Program, Carnival/Animal Parade, dan Pertunjukan Bunga Api. Ok...enough membebel..jom layan gambar !


RED INDIAN SHOW


Ganas tak muka Red Indian ni?? Haha...ganas-ganas pun diorang ni kelakar ok...Saya ada banyak amik video masa di Cowboy Town ni. Sebab waktu malam snap gambar tak cantik sangat. Baik amik video...lagi best.





FEEDING PROGRAM


Aktiviti Feeding Program ni saya paling suka sebab boleh bagi gajah makan tebu. Feeding Program ni merupakan acara selingan sebelum Carnival bermula. Kalau nak bagi makan gajah-gajah ni boleh beli tebu dengan harga RM 5 satu pack. Seronok campur takut pun ada..tapi sebab saya suka gila gajah ni since saya tengok Elephant Show petang tu...terus excited jadinya...adorable gila bila tengok gajah ni amik tebu dari tangan saya gunakan belalai dia...


Lepas Feeding Program..bermulalah acara Carnival...mula-mula memang surprise betul. Bayangkan burung boleh join Animal Parade ni! Diorang terbang sepanjang jalan parade tu...wahhh...kagum betul! Paling kelakar tengok ayam masuk perbarisan...kitorang gelak sampai sakit perut tengok !


Kalau korang rajin..korang tengok keek saya kat bawah ni...lawak wehh tengok animal parade ni...macam-macam gelagat binatang ada !





Kalau korang ada baca entry Elephant Show sebelum entry ni mesti tau cerita saya pasal gajah yang pandai melukis dan menari tu...Dalam keek bawah ni...saya dapat amik video diorang menari dekat-dekat...haih....cair tengok!
 



CARNIVAL


Yang ni pun best jugak sebab boleh tengok kereta berhias, maskot menari dan persembahan kebudayaan...happening !!





Dan acara terakhir dan paling ditunggu-tunggu sudah tentunya pertunjukkan bunga api!! Rasa macam malam merdeka pulak...hehe. Habis je Carnival ni..kami ramai-ramai pergi ke Umbai makan ikan bakar...jauh tu..adalah dalam 1 jam perjalanan dari A Famosa ni..Tapi gambar nan hado yer sebab masing-masing dah lapar dan penat...so semuanya malas nak snap gambar. So entry ni merupakan entry terakhir aktiviti kami di A Famosa Resort...Phewww ...lega ! Kalau saya rajin saya review short entry untuk penginapan kami di A Famosa Villa D'Savoy Condominium. Selamat berhujung minggu !




Entrance Fee Cowboy Town
Weekday/Weekend
Adult : RM 30
Child : RM 25



Love,
LIZA RAZAK



FOLLOW ME

Sep 26, 2013

A Famosa Resort : Elephant Show




“There is only one way to learn. It's through action. 
Everything you need to know you have learned through your journey.”
  Paulo Coelho, The Alchemist



Entry Sambungan :



[ A Famosa Animal World Safari . 15 September 2013 ]


Assalamualaikum & Hello.

Semalam saya cuti dari update cerita holiday kat A Famosa Resort ni. Nanti update hari-hari cerita A Famosa ni pun bosan jugak kan. Nak habiskan cepat-cepat sebab ada banyak cerita/entry yang tertangguh yang saya belum update lagi...hehe.

Antara aktiviti atau show yang saya paling suka adalah Elephant Show ni. Sebenarnya masa kami jalan-jalan di Animal World Safari haritu, saya tak tahu menahu pun pasal Elephant Show ni. Kebetulan masa nak balik ternampak orang ramai berkumpul...Standard laa kalau nampak orang ramai ni..mesti nak busybody kan..hehe. Owh rupa-rupanya ada Elephant Show. Mula tu macam malas nak tengok sebab saya ni spesis malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai. Tapi tu laa...dah alang-alang sampai rugi pulak tak tengok. 

Seronok jugak tengok Elephant Show ni. Al maklumlah dah tua ni tak pernah pegi zoo so bila dapat tengok tu...melebih-lebih pulak seronok dia...Gajah-gajah ni memang terlatih dan bijak pulak tu. Masa saya sampai tu...show dah nak habis...so sempat tengok diorang melukis dan menari je. Tu pun dah kagum tak hengat !! hehe...


Tak percaya gajah pandai melukis?? Ini bukti dia !!


Saya rasa lukisan gajah ni lagi lawa dari lukisan saya kot. Saya pandai lukis orang lidi je...Mula ingat gajah ni berlakon tipu-tipu je...hoi...memang betul-betul la diorang melukis!! Saya sempat amik video lagi...





Habis je painting session, tiba-tiba ada bunyi muzik...terus gajah-gajah ni tergedik nak menari. Alahai comel gila la diorang ni menari! Rasa nak peluk je sambil kidnap bawak balik rumah. Nasib baik kamu ni besar gila gajah...kalau kecik dah lama saya curi kamu bawak masuk dalam handbag..hehe. Kadang-kadang saya terfikir macam mana orang train gajah ni boleh menari dan melukis...haih pandai betul :)


Bila Elephant Show ni tamat. pengunjung diberi peluang untuk beramah mesra dan bergambar dengan gajah-gajah comel ni. Dengan syarat kena beli lukisan yang gajah-gajah ni lukis sendiri dengan harga RM 10. Abah saya terus bawak keluar duit RM 10 untuk beli lukisan gajah ni. Cantik dan unik wei lukisan gajah ni. Boleh dibingkaikan letak kat rumah. Nyesal pulak saya tak beli haritu...Masa kami tunggu giliran nak bergambar...saya sempat la pegang gajah ni (walaupun takut-takut...hehe). Bila dah dapat pegang gajah ni rasa nak peluk pun ada (eh...dah macam feeling nak peluk husband pulak)


Kemain beria lagi abah pegang lukisan gajah tu haa...haih..sumpah nyesal gila tak beli lukisan ni !!


Serius kalau saya pergi lagi ke A Famosa Resort ni...saya nak tengok Elephant Show ni...lepas tu nak peluk gajah ni ketat-ketat tak mau kasi lepas...haa..boleh gitu?? hehe



Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME

Sep 25, 2013

WW : Thank You Jentayu Spa by Sheila Majid !



 [ Not-So-Wordless Wednesday }



A complimentary Signature Scrub & Aromatherapy Massage (90 Min) For 2 Pax Worth RM 536 X 2
30% Coupon Treatments X 2

Whoa....Thank You Jentayu Spa by Sheila Majid for these vouchers !! Tak sabar nak cuba bulan depan :) Btw, kepada followers yang berminat nak dapatkan kupon 30% untuk spa treatment (Ada 1000 keping kupon discount)..boleh book (first-come-first-serve) dengan menelefon Jentayu Spa di talian 03-62053402 ataupun 012-3402429. Nanti bila saya dah cuba sendiri..saya akan review dalam blog ok?




Love,
LIZA RAZAK



FOLLOW ME

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

Lookpost : All That Jazz




“Give a girl the right shoes and she can conquer the world.”
Marilyn Monroe





WHAT I WORE

Tribal Wide Knit Shawl, H&M
Fuchsia Oversized Shawl, Bershka
White T-Shirt, Mr Kudud's (Rembat Husband Punye...hehe)
Charm Necklace, Cats Whiskers
Skinny Pants, Mango
Hamilton Saffiano Satchel, Michael Kors
Mary Jane Platform, Forever 21


P/S : OOTD ni saya pakai masa menonton mini concert All That Jazz di Dewan Filharmonik Petronas Ahad lepas. Standard la kalau masuk DFP ni dress code very strict, kena pakai smart casual. No jeans, slippers, trainers dan yang sewaktu dengannya. Malas nak fikir susah-susah saya hentam je pakai white t-shirt, skinny pants dan blazer. White t-shirt ni selamba rembat Mr Kudud punya. Kebetulan saiz baju kami lebih kurang sama. Nak kasi nampak a bit formal dan smart, padankan dengan Mary Jane Platforms dan handbag yang sesuai. Senang kan? Baju dan seluar tak banyak pun tak apa..janji kena pandai mix and match (cakap berdasarkan pengalaman sendiri ni..hehe). Cerita tentang concert All That Jazz tu...saya cerita nanti ok ?

Btw, saya ada terima beberapa komen dari kawan-kawan blogger tentang tutorial wide shawl style yang saya selalu pakai ni, saya ada buat tutorial, tapi saya upload dalam keek dan saya buat part by part..korang boleh tengok di bahagian sidebar blog ni. Kalau ada apa-apa pertanyaan..tak kisahlah pasal apa..pasal shawl ke...kat mana saya beli baju dan sebagainya, kalau nak respond cepat sikit, boleh je email saya pypylambstudio@yahoo.com. Tu laa kadang-kadang kalau komen kat entry ni.saya lambat reply..so saya bagi solution yang mudah dan cepat. Jangan malu dan jangan segan...saya tak gigit orang..hehe :)




Love,
LIZA RAZAK






FOLLOW ME

Sep 24, 2013

A Famosa Resort : Animal World Safari




“This is what we call love. When you are loved, you can do anything in creation. When you are loved, there's no need at all to understand what's happening, because everything happens within you.”
  Paulo Coelho, The Alchemist


Entry Sambungan :
A Famosa Resort : Water World



[ A Famosa Animal World Safari . 15 September 2013 ]


Assalamualaikum & Hello.

Apa khabar korang harini? Sihat? Boring? Busy? Ok...harini saya sambung balik entry semalam. Awas...entry ni banyak gile gambar so saya kena separate kepada 2 entry. Kat Animal World Safari ni kami banyak snap gambar sebab seronok amik gambar-gambar haiwan kat sana. Tarik nafas ok? Sebab jenuh nak scroll mouse tu...hehe 


Kami ke Animal World Safari ni keesokkan harinya (Ahad) sebab sepatutnya kami nak pergi betul-betul selepas kami mandi manda kat Water World hari sebelumnya (Sabtu). Habis dah masing-masing letih...kami pergi keesokkan harinya selepas check out condo (kami stay 1 malam je). Plan asal kami nak stay kat A Famosa Resort ni 2 hari 1 malam je. Tapi disebabkan banyak tempat tak habis explore lagi...kami extend satu hari lagi. Kami tak stay di A Famosa Resort Condo tu..kami sewa homestay (last minute cari tu!). Lepas check out lebih kurang pukul 12 tengah hari, kami terus ke home stay. Sebelum check out, kelam kabut call mana-mana homestay yang available pagi tu sebab kebanyakkannya dah fully booked, al maklumlah cuti kan..Nasib baik dapat call 1 homestay ni..tapi home stay ceruk sikit lah. Dalam kampung...tapi tak jauh dari A Famosa Resort (kat area Simpang Empat). Sewa RM 200 je 1 malam. Murah lagi dari condo kat A Famosa Resort tu...siap boleh masak lagi..Sampai je home stay...terus masak untuk lunch. Habis je lunch dan rehat sekejap..kami terus gerak balik ke A Famosa Resort.


Selepas dah redeem tag..kami terus masuk ke Animal World Safari.Saya ingatkan ala-ala zoo..dalam hati terfikir..confirm boring sebab saya tak suka masuk zoo. Tapi telahan saya tu meleset sebab sebenarnya Animal World Safari ni sangat best dan adventure. Kami kena beratur untuk naik lori yang dipasang jaring dikelilingnya (Safari Ride). Wahh macam nak pegi Safari Afrika je..Bila kami naik je lori tu..kami dibawa pusing kawasan Safari A Famosa tu. Luas gile tau. Trail yang kami kena lalu bukannya jalan lurus dan rata, tapi bengkak bengkok dan berbukit. Nasib baik saya cover mulut nak jerit....rasa macam naik roller coaster pulak. Lori ni akan berhenti di setiap stesen di mana ada haiwan seperti harimau, zirafah, beruang dan macam-macam lagi. Boleh tengok dekat-dekat dan snap gambar. Suka betul saya masa tengok beruang sebab comel sangat (gambar beruang ni ada kat bawah). Rasa nak bawak balik rumah je...


 Habis je aktiviti Safari Ride...kami jalan-jalan di sekitar Animal World Safari ni. Ala-ala zoo tapi ada antara haiwan yang dibiarkan bebas jalan-jalan dalam tu..seperti ayam, itik dan burung. Sebenarnya ada benda kelakar terjadi masa kami jalan-jalan kat situ. Ada unta nak mengorat Mr Kudud. Mula-mula kemain manja lagi ngan Mr Kudud...lepas tu tiba-tiba jadi agresif nak cium dan gigit Mr Kudud. Kitorang gelak bila tengok t-shirt Mr Kudud kena air liur dan sisa-sisa makanan unta tu. Euwwww....Saya terus tak mau jalan dekat-dekat dengan Mr  Kudud...sah-sah bau unta...hehe


Gambar-gambar di bawah ni saya snap guna DSLR. Gambar-gambar di atas pulak gambar dari ipad mini saya. Sebab tu lah gambar banyak gila. Sampai pening nak pilih yang mana satu nak update kat dalam blog. Saya rasa cukup kot saya membebel kat entry ini. So layan gambar je la ek..


Saya sempat jugak amik video masa kami naik Safari Ride tu...saya upload dalam keek.






Harga tiket masuk saya tak berapa sure sebab kami bayar ikut pakej lump sum. Tapi saya rajin pulak pegi website A Famosa Resort ni untuk check harga.

Hari Bekerja
Dewasa : RM 46
Kanak-Kanak : RM 36

Hari Cuti
Dewasa : RM 49
Kanak-Kanak : RM 39

Kalau nak tahu lebih lanjut..boleh layari website A Famosa Resort ok?
http://afamosa.com



Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...