Apr 28, 2012

Sequin + Glitter Obsession.Inspired By Gossip Girl

“What you wear is how you present yourself to the world, especially today, when human contacts are so quick. Fashion is instant language.”
Miuccia Prada


{ Picture Taken From Instagr.am.Follow Me : pypylamb }


Ini semua gara-gara obses menonton siri Gossip Girl.Suka betul tengok Serena Van Der Woodsen dan Blair Waldorf menggayakan dress glitter dan top sequin.Paling cantik bila digayakan dengan blazer atau jaket.Jatuh cinta terus ! Tapi kalau tiru bulat-bulat macam diorang tu memang tak kena pulak kan.Malam tadi saya jalan-jalan di Sunway Pyramid.Pergi ke beberapa buah butik.Sudahnya terus buat muka puss in boots kat Mr Kudud.Forever 21 ni boleh buat saya bankrup !! Banyak betul benda yang cantik-cantik.Tapi disebabkan terlampau obses dengan Gossip Girl..terus ngada-ngada beli Glitter Knit Sweater.Pergi pulak ke Promod nak cari shawl untuk wedding weekend ni.Akhirnya jumpa shawl Glitter+Sequin idaman saya.Buat muka puss in boots lagi kat Mr Kudud ( dengan harapan boleh beli..hehe ) Happy betul sebab dapat beli !! Tapi shawl tuh kena bayar balik kat Mr Kudud...huhu.Sebelum bayar tu Mr Kudud pesan ," Duit ni loan je tau !! " ( dengan muka serius ) Tapi saya tak merajuk pun sebab saya tau Mr Kudud nak ajar saya jangan boros.Kalau semua pon nak beli memang makan pasir la bulan ni..hehe.Hadoii...terpaksa la cari duit lebih bulan ni ganti balik duit kat Mr Kudud..huwaaa.Ini semua salah Gossip Girl !!



From Puchong With Love,
LIZA RAZAK






Apr 26, 2012

Ipoh

{ Padang Ipoh + Dataran Greentown. 23th April 2012 }


"Whatever the thing observed, one could find a connection with his experience of the moment"
Paolo Coelho
{Pictures Taken From Instagr.am.Follow me: pypylamb}

Apa yang menarik tentang Ipoh ni pada saya?? Sudah tentulah bangunan-bangunan lama yang masih cantik dan berdiri teguh.Mujur saya tak bawak DSLR saya hari tu.Kalau tak, mesti best dapat snap gambar-gambar landscape dan bangunan-bangunan lama ni.Berbanding dengan zaman saya sekolah dulu, Ipoh ni dah banyak berubah dan semakin maju.Dulu kalau pergi Ipoh dengan family, mesti singgah Super Kinta.Masa tu Super Kinta ni memang top gila la.Sekarang Super Kinta pon dah tak ada diganti pulak dengan Mall yang lagi besar seperti Kinta City dan macam-macam lagi.Tak sabar nak pergi Ipoh lagi.Kali ni nak snap banyak-banyak gambar bangunan lama. Especially Stesen Keretapi Ipoh !!



From Puchong With Love,
LIZA RAZAK 






Apr 25, 2012

WW : Prawn Olio

Pizza Hut, Bandar Puteri Puchong. 25th April 2012

{Pictures Taken From Instagr.am.Follow Me - pypylamb }


From Puchong With Love,
LIZA RAZAK



Mia Shawls By Pypy Lamb Studio

“You can’t be melancholy in fashion because people don’t respond to it.” 
Isaac Mizrahi


Khas untuk peminat animal prints/leopard prints seperti saya...Saya bawakan Mia Shawls untuk korang yang meminati corak sebegini.Uniknya Mia Shawls ni, ia berbidang besar dan sudah pastinya korang tidak ada masalah menggayakannya sambil boleh menutup dada.Mia Shawls ni sangat limited.Tinggal beberapa helai sahaja lagi.Corak dan warna lain semuanya sold out masa saya jual di bazaar awal bulan ini.Saya akan cuba restock lagi dalam waktu terdekat jika sambutan menggalakkan.Saya ada jual shawl pre-loved juga.Jangan risau,harga yang ditawarkan sangat berpatutan.Untuk lihat lebih lanjut sila klik link di bawah ini :

Pypy Lamb Studio



From Puchong With Love,
LIZA RAZAK


Apr 24, 2012

My Weekend In Instagram #6

"When we are in love, we always strive to become better than we are" 
Paolo Coelho


#SATURDAY
{ Red Box Karaoke, Sunway Pyramid }



Pertama kali dalam sejarah kitorang karaoke awal pagi.Pukul 11 pagi dah terpacak depan Red Box, Sunway Pyramid.Ini semua idea bos Mr Kudud, Ms Rozaila.Thank you sebab ajak kitorang join karaoke sekaki.Best jugak karaoke awal pagi.Kenapa? Sebab rate dia murah gile !! Habis semua lagu kitorang belasah nyanyi.Lagu dangdut pun saya belasah je !!


#SUNDAY
{ Home, Puchong Intan }



Malas nak keluar mana-mana, kami stay je kat rumah.Boleh tidur puas-puas dan menonton DVD sama-sama sambil golek-golek depan tv dengan Cooter..Bila lapar makan...lepas kenyang tidur.Best kan sekali-sekala jadi pemalas?? hehe


From Puchong With Love,
LIZA RAZAK






Apr 23, 2012

Lookbook : Green Day

“I wear my sort of clothes to save me the trouble of deciding which clothes to wear”
Katherine Hepburn 





Mia Leopard Prints Shawl, Pypy Lamb Studio | Juliet Romper, The Poplook | Black Long Cardigan, Zero To Ten
Peek-a-Boo Bag, Furla | Chain Belt, This & That | Wedges, This & That



From Puchong With Love,
LIZA RAZAK



Apr 21, 2012

Bintang Sue + Burger Kukus

{ Damansara Uptown Hawkers Centre. 19th April 2012 }

 " But let there be spaces in your togetherness and let the winds of the heavens dance between you. Love one another but make not a bond of love: let it rather be a moving sea between the shores of your souls "
Khalil Gibran

{ Pictures Taken From pypylamb's Instagr.am. Follow me !! }

Seronok bila dapat melepak dengan kawan-kawan.Sebenarnya setiap minggu kami akan melepak bersama-sama.Cuma lokasi sahaja yang berbeza.Kebiasaannya kami akan dinner/supper bersama-sama, tak pon menonton wayang atau karaoke sampai lebam.Kalau melepak tuh tak sah kalau tak berborak berjam-jam padahal tiap-tiap minggu pon jumpa..hehe.Paling best setiap orang memang kaki lawak.Itu yang membuatkan friendship kami ni best !! hehe.Malam tu kami lepak kat Damansara Uptown Hawkers.Sempat jugak mencuba burger kukus kat situ.Sedap jugak rupanya ! Ingatkan burger bakar je yang famous.Rupa-rupanya burger kukus ni pon famous dan sedap jugak.Saya pulak order kuey teow kerang dan kerang rebus.Sambil makan...sambil borak.Memang best !!


From Puchong With Love,
LIZA RAZAK


Apr 20, 2012

Cupcakes Galore @ Wondermilk

{ Wondermilk Cafe, Damansara Uptown. 19th April 2012 }


" If you start by promising what you don't even have yet, you'll lose your desire to work towards getting it "
Paulo Coelho


{ Pictures Taken From pypylamb's Instagr.am }

Dah lama saya mengidam nak makan cupcakes.Saya memang gila cupcakes!! Thank you Mr Kudud sebab bawa saya ke Wondermilk Damansara Uptown.Boleh gila bila masuk Wondermilk ni.Rasa nak borong je semua cupcakes yang ada...hehe.Nasib baik semalam saya dah kenyang makan dinner kat rumah so saya tapau dua ketul cupcakes je.Lagi satu..suka betul tengok deco cafe ni.Unik !! Next time saya nak dating dengan Mr Kudud kat sini pulak :)


From Puchong With Love,
LIZA RAZAK


Apr 19, 2012

My Weekend In Instagram #5

" You can become blind by seeing each day as a similar one. Each day is a different one, each day brings a miracle of its own. It's just a matter of paying attention to this miracle "
Paulo Coelho


#Saturday  
{ Taman Seputeh, KL }


Hari Sabtu lepas, merupakan wedding reception Bos Mr Kudud di Taman Seputeh.Mula-mula kami sampai hujan agak lebat.Nasib baik hujan berhenti tak lama selepas itu.Excited sangat tengok candy bar dan wedding deco yang ala-ala English Style.Paling best boleh tengok pengantin perform live band..cool kan? Kami pulak menyibukkan diri karaoke beramai-ramai.Seronok betul aritu :)


# Sunday 
{Kepong}


Ahad pulak kami melepak di rumah kawan kat Kepong.Suka tengok deco rumah diorang.Semuanya warna orange.Dari langsir sampailah ke pinggan mangkuk warna orange.Kitorang masak nasi lemak beramai-ramai sambil borak-borak.Saya pulak berjaya menternak lemak dengan jayanya sebab saya tambah nasi lemak dua kali..hehe

{ Rathaa Curry House, Bandar Puteri }


Seminggu sekali mesti nak pekena banana leaf rice kat Rathaa Curry House ni.Paling best makan dengan ikan goreng panas-panas, rassam dan kari kambing.Serious sangat sedap.Sampai saya dah addicted makan kat sini..hehe

{ Puchong Intan }


Cooter tido pakai selimut..hehe.Tak sah kalau tak letak gambar budak gemok ni..hehe



From Puchong With Love,
LIZA RAZAK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...