Apr 9, 2012

Recipe.Moist Chocolate Cake With Chocolate Ganache

Good painting is like good cooking; it can be tasted, but not explained.
Maurice de Vlaminck





Inilah dia Moist Chocolate Cake With Chocolate Ganache yang saya update dalam entry sebelum ni.Serious sangat sedap..Resepi ni saya ambil dari www.myresipi.com .Penyediannya sangat mudah.Yang penting kek ni sangat moist sebab kek ni dikukus, bukan dibakar seperti kebiasannya.Hari ni saya buat sebiji kek lagi untuk bagi pada kawan-kawan..Kalau korang minat dengan moist chocolate cake, marilah mencuba !

Bahan-bahan ( loyang 9 in (tinggi 3in) )

250gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
4 biji telur (A)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko
Utk choc ganache:
150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sudu besar butter

Cara-cara

  1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
  5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
  6. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
  7. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
  8. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas. 

(source : www.myresipi.com )



From Puchong With Love,
LIZA RAZAK






34 comments:

onie said...

slrppppppppppppp la kak liza,hehe

inazamri said...

zam zam ala kazam..hrp sepotong dua leh terbang ke Perak mlm sejuk2 ni.

teratai said...

angah pasti menyukai kek ini!

Miss Amateur Cook said...

sedapnya tgk! nk cuba la nnt. :)

jemarisuri said...

sy pun pernah sekali buat mmg sedap kek ni...hehe..

terliur plak tengok kek liza...hihi

Norzie hany said...

Sedapnya...nanti bolehlah saya cuba resepi ni.

Kamsiah said...

salam
tu dia....masuk2 sini ja...dah terseksa tekak ni...

rerehalim said...

Nyummmmms! Nanti nak try! Hihi

.: iEyLa :. said...

cake wajib ade time raye..
saye la chef nye..weee..dap kan kak.. :)

O'gosh said...

dahla ngah lapa..datang sini je terus tambah lapar saya ni..haha

ana liyana said...

akak.. nak advice sket..

1. butter tu akak guna butter cup ye?
2. gula perang tu akak kisar tak kasi halus?
3. telur akak guna gred ape?
4. susu segar tu akak guna susu kotak ke susu tepung?

ana pernah buat tapi mesti FAIL!! sakit hati...
tangan ana tak bedung kot!! hahaha..

Noraim said...

sedapppppppppnyaaaa.

blh cuba resepi ni. hihi.

Sue said...

hui sedap kot kek ni.trliur je tgk.nanti sy nk try la..:)

Alin Marlini said...

hehehe...Kak Alin buat selalu tak guna butter..resepi ni ada butter nak try jugaklah..

Eein Azryn said...

sedapnya. tetiba perut rasa lapar. hehehe.

ieja amieja said...

nak cuba jgk la resipi ni..ank2 mmg suka ni..amik resipi ye..tq

Liza Razak said...

@onie : sedap hingga menjilat siku..hikhikhik

Liza Razak said...

@inazamri : meh saya poskan ke Perak

Liza Razak said...

@teratai : yeay !!

Liza Razak said...

@miss amateur cook : wajib cuba ni..sbb sangat sedap !!

Liza Razak said...

@jemarisuri : nanti sis buat la lagi :)

Liza Razak said...

@norzie hany : cubalah...x rugi mencuba sbb sgt sedap :)

Liza Razak said...

@kamsiah : eh ye ke?? apa kate cuba buat..mesti seronok anak tekak tu :)

Liza Razak said...

@rerehalim : cubalah !!:)

Liza Razak said...

@ieyla : awak mesti pandai buat kek kan?? :)

Liza Razak said...

@o'gosh : pegi la makan dulu :)

Liza Razak said...

@ana liyana : saya nk reply kt blog awak tau

Liza Razak said...

@noraim : nnt awak cubalah ek

Liza Razak said...

@sue : sile2..hehe

Liza Razak said...

@alin marlini : nnt kak alin try buat guna butter pulak..mesti berbeza rasanya

Liza Razak said...

@eein azryn : hehe..kalau lapar,cepat2 makan.nanti perut masuk angin :)

Liza Razak said...

@ieja amieja : amik je...bukan resepi saya pun..saya sharekan je

Leeya Hezlin said...

sedapnya nampak kek tu..
pos la ke sini sepotong dua..hehe..
balik nanti kena try ni.. :)

Liza Razak said...

@leeya hezlin : nnt cuba la resepi kek ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...