Jan 31, 2012

The Ipar Duai

24th January 2012. The Gardens + Mid Valley Megamall


" There are those who give with joy, and that joy is their reward. "
Khalil Gibran






Kami memang rapat.Rasanya ada antara korang yang kenal blogger B2B Tqah Misdar ni ( http://tqahmisdar.blogspot.com ) Dia merupakan tunang adik bongsu saya, Akmal.Saya pulak tak de adik perempuan so bila ada bakal ipar baru ni boleh la menumpang kasih adik perempuan.Senang cerita bila ada apa-apa event seperti kenduri kat kampung, Tqah ni kena ada la.Kalau tak rasa macam tak de geng pulak


Last week lepas pergi makan-makan di rumah kawan, kitorang pergi berjimba-jimba di Mid Valley & The Gardens.Window shopping.Tak shopping apa pon.Cuma pergi makan kat Pizza Hut.Sementara tunggu pizza sampai...kami camwhoring dulu..hehe


Mr Kudud sudah ada Blackberry baru..huhu.Menjak-menjak ada girlfriend baru ni memang tak melayan saya sangat la.Nak borak pon pakai twitter je.Bayangkanlah..haih..Memanjang berkepit dengan BB buruk dia tuh :P



Pizza sudah sampai !! Mari makan!!


Hari tu mid valley penuh macam sardin.Kitorang jalan-jalan je..niat di hati macam nak shopping tapi tak jadi.Kena fikir dulu...hehe


The Ipar Duai...


Tqah yang comel macam kakak ipar dia jugak...ngeh ngeh ngeh


Yang ni tak comel


Nanti kita jalan-jalan dengan Akmal ngok ngek pulak yer :)



From Puchong With Love,
LIZA RAZAK


Jan 30, 2012

The Black Riding Hood + Hurul Ain

30th January 2012. Hurul Ain, House Of Abaya TTDI + F Block, Sunway Giza




"Your living is determined not so much by what life brings to you as by the attitude you bring to life; not so much by what happens to you as by the way your mind looks at what happens."
Khalil Gibran






Percaya tak saya baju saya dah tinggal sikit? Tolong lah percaya sebab saya dah jual baju-baju lama saya yang dah tak muat tu..haha.Daripada 2 almari baju saya dah tinggal setengah almari je.*banggatapisedih* Tak pe la daripada membazir kan?

Bulan depan ade 2 event saya kena attend.Satu wedding & satu lagi birthday party. Bila dah gemok ni, serious tak de mood sangat nak membeli baju.Lagi suka membeli makanan..hehe.Hangin je bile suka satu-satu baju tuh, sekali try tak muat pulak! Tapi kalau dah tak de baju, payah pulak kan.Baju untuk birthday party saya beli je kat F Block,Sunway Giza.Murah dan cantik.Lagi satu baju kat sana banyak yang sesuai untuk perempuan berhijab macam saya.Cuma kali ni saya pilih baju yang sangat pelik.Tapi saya suka sangat-sangat ! .First time Mr Kudud tengok, kening terangkat ke atas.Nak kata macam red riding hood le tu...huhu.Gambar penuh baju ni nanti saya update bila saya pakai nanti.


Saya dah lama suka abaya hitam kat Hurul Ain ni.Cuma semalam baru berkesempatan ke sana.Kat sana ada banyak design.Boleh pilih design dari Pakistan, Saudi Arabia dan Malaysia.Semuanya berbeza sulaman & material.Saya pilih design dari Saudi Arabia sebab sulamannya lebih simple dan materialnya sedap dipakai dan agak tebal.Lagi satu saya sangat suka jubah berpotongan A-Line.Nampak lebih kurus sikit..bila dipakai..hehe.Saya kurang minat jubah berpotongan lurus dan grip di tangan.Lebih tertarik macam jubah yang minah arab selalu pakai tu.Sangat style..Lagi satu...tak payah pening-pening nak cari shawl untuk matchingkan jubah ni sebab setiap jubah didatangkan sekali dengan Tarha ( Selendang ) sulaman yang sama dengan jubah.Mudah kan?



Paling best, saya dapat membership kat Hurul Ain.Any regular price, boleh dapat 20% discount.Next time boleh la shopping lagi kat sana :)

Kalau sesiapa peminat abaya hitam kat sini, mesti gila kalau tengok collection Hurul Ain ni.Kalau nak detail lebih lanjut..boleh klik link di bawah



Alamat:

HURUL AIN, HOUSE OF ABAYA
52-A, Jalan Datuk Sulaiman, 
Taman Tun Dr. Ismail, 
60000 Kuala Lumpur, 
Malaysia




From Puchong With Love,
LIZA RAZAK



Lights & Architecture

Putrajaya.20th January 2011

" Forget not that the earth delights to feel your bare feet and the winds long to play with your hair.  "
Khalil Gibran





Saya suka Putrajaya di waktu malam.Kenapa? Sebab saya suka tengok gabungan cahaya lampu dan bangunan yang klasik Tambah lagi kat jambatan Putrajaya tu...Selalu kalau boring tapi tak tau nak melepak mana, saya, Mr Kudud dan adik saya, Peloq akan grab camera, tapau burger tepi jalan dulu dan gerak terus ke Putrajaya.Spot favourite kami dah tentunya Jambatan Putrajaya.Senang je,park kereta tepi jalan dan makan burger sambil borak-borak.Jangan risau sebab ada ramai orang kat sana lepak-lepak.Happening jugak tau.


Haritu lama jugak kami kat sana,photoshoot kononnya sambil test flash Nissin Di622 Mark II baru.Sayangnya saya tak beli tripod lagi.Kalau tak, lagi banyak gambar boleh snap.Haritu saya cuma bawak lens 18-200mm je.Serious seronok experimen dengan DSLR ni.Sebab banyak sebenarnya kena belajar untuk asahkan skill.Melambak jugak gambar yang blur (Nampak sangat tak pandai lagi :( hehe  ) Tapi yang penting kami betul-betul had fun malam tu.Duit pon save sebab Putrajaya tu dekat je dengan rumah.Lepas ni kami nak buat aktiviti macam ni sebagai aktiviti mingguan.Ermm....lepas ni ke mana pulak ya?? Ada idea??









Photographed by Imran Izham
Edited by Liza Razak




From Puchong With Love,
LIZA RAZAK



Jan 27, 2012

Apabila Semua Orang Tidur


" If you cannot work with love but only with distaste, it is better that you should leave your work."
Khalil Gibran


Ni pon satu habit saya jugak.Curi-curi snap gambar orang tido. ( kucing pon termasuk sekali..hikhik )Saya sangat dengki bila saya tak boleh tido tapi orang lain senang - senang je tido.Tak fair hokeyy !! Sebenarnya saya sangat boring malam tu makanya jari jemari ini dengan pantas mencapai kamera di tepi katil.Lepas tu tunggu sampai diorang ni buat pose yang mengancam sikit....dan SNAP !! Padan muka...hehe!!

Sambil tunggu mata mengantuk, saya pon upload kat laptop then edit sikit gambar kasi cantik.Adeh....mata still tak mengantuk!! Apa nak buat lagi ni ek??


Ok..dah dapat idea.Yang ni confirm baca 2 page dah tertido....A ah..memang betul, lepas baca beberapa page saya tertido dengan buku dah terjatuh bawah katil.Sangat berkesan!!


Rasa-rasanya Mr Kudud mesti marah kot pasal saya upload gambar die tido...ermmm...tapi tak pe kot..hehe.Tapi Cooter mesti tak marah  pasal dia kan kucing...HEHE



From Puchong With Love,
LIZA RAZAK


Our Gila Reunion

Puchong Intan. 22nd January 2012. Chinese New Year Eve



"A friend who is far away is sometimes much nearer than one who is at hand. Is not the mountain far more awe-inspiring and more clearly visible to one passing through the valley than to those who inhabit the mountain? "
Khalil Gibran




Chinese New Year Eve kami berBBQ lagi sekali di dalam rumah.Kaum Cina makan besar,kami pon makan besar jugak beramai-ramai .Kebetulan abang dan kakak angkat kitorang dari Singapore datang ke rumah.So apa lagi,saya dan Mr Kudud panggil semua kawan-kawan datang makan kat rumah.Sepatutnya plan asal nak BBQ kat tepi sungai.Tapi apa nak buat,last minit cancel.



Walaupon tak meriah macam kat kampung (huk huk...sedih tak balik kampung kali ni) tapi dengan kawan-kawan kitorang yang gila macam ni, memang tak terasa sangat la kan.Tengok je la gambar-gambar ni semua.Semua cacat gila perangai.Rumah macam nak runtuh sebab bising dengan gelak ketawa.Yang melompat-lompat pon ada jugak...Memandangkan rumah saya ni apartment, tak dapek la nak ala-ala BBQ tepi sungai bagai.Grill kat balkoni je.Kitorang grill ikan siakap, lamb, ayam,udang dan sosej.Saya pulak masak nasi ayam..tu pon masak secara express..hehe


Mr Kudud & Kekasih gelap


Haa..part ni paling ditunggu-tunggu..hehe.


Ada macam-macam makanan malam tu.Kawan saya Eza dan Zalli datang ke rumah bawak makanan banyak gila.Habis makan, minum teh tarik pulak sambil borak-borak.Yang tua-tua lepak kat ruang tamu.Yang muda belia lepak kat meja makan sambil story-story cerita hantu.Sengal je..Saya pulak tak putus-putus gelak sebab diorang ni memang kepala cacat.Ada je idea nak melawak.



Semenjak pindah ke rumah ni 2 tahun lepas, tak putus-putus orang singgah di rumah saya.Kadang-kadang tiap-tiap hari pon ada.Tak kira masa.Rasa syukur sangat.Walaupon rumah saya ni..sorry to say..agak buruk dan bersepah,tapi ada je orang datang.Seronok sebab rumah selalu meriah.Sampai kekadang tu Mr Kudud kata malu pon ada sebab rumah kami buruk dan tak berapa proper..hehe


Apa pon thank you abang Haris dan Kak Ida sebab sudi datang ke rumah saya yang buruk ni.Susah payah datang dari Singapore.Terharu sebenarnya :) Untuk kawan-kawan lain,next time kita buat lagi happening !!




From Puchong With Love,
LIZA RAZAK






Jan 26, 2012

Who's The Wildest ?


“Everything tells me that I am about to make a wrong decision, but making mistakes is just part of life. What does the world want of me? Does it want me to take no risks, to go back to where I came from because I didn't have the courage to say "yes" to life?” 
Paolo Coelho, Eleven Minutes




Photographed & Edited by Liza Razak


Saya sangat suka gambar black & white.Nampak sangat klasik.Kali ini saya eksperimen lagi dengan menggunakan prime lens 50mm f1.8 dan edit menggunakan Photoshop CS5.Modelnya dah tentulah budak-budak kecik dalam rumah tu...HEHE




From Puchong With Love,
LIZA RAZAK




Jan 20, 2012

Learn The Art Of Still Life

Puchong Intan. 19th January 2012


 " A mad, keen photographer needs to get out into the world and work and make mistakes. "
Sam Abell



Alhamdulillah...berjaya jugak menambah aksesori untuk kamera saya.Semalam saya berjaya membeli flash Nissin Di622 Mark II untuk Canon 60D saya.Speedlite brand Canon original tak mampu la, mahal sangat.Ini pon saya beli selepas kawan saya recommend cakap flash ni agak praktikal dan harga mampu milik.Selain tu saya beli lens hood untuk lens EF-S 18-200mm.Agak bagus untuk mengelakkan flare dalam gambar.Setakat amateur ni, beli je dulu yang biasa-biasa.Kasi pandai dulu...

Teringin nak belajar kat mana-mana kursus fotografi.Belajar sendiri pon boleh tapi lebih baik belajar asas dari yang pakar dulu kan? Ada sesiapa yang tau mana-mana kelas fotografi yang affordable are Klang Valley? Kalau tau, inform saya ya.Sampai sekarang saya tak pandai-pandai lagi biasakan dri dengan ISO, Aperture dan Shutter Speed. tapi tak pe la..saya tak kisah nak belajar.Sekarang ni belajar dengan blog photographer dan majalah fotografi je.Itu pon banyak jugak yang saya belajar..hehe


From Puchong With Love,
LIZA RAZAK




Jan 19, 2012

Silalah Ambil Saya Jadi Model


" The Smallest Feline is a masterpiece "
Leonardo Da Vinci


* Photographed & Edited by Liza Razak


Hai..nama saya Cooter.Saya adalah seekor kucing kampung.Dikutip oleh mummy saya 7 bulan lepas.Cita-cita saya ingin menjadi model setanding dengan kucing-kucing Persian yang selalu berlakon dalam iklan Whiskas dan Friskies.Memandangkan saya ni spesis kucing kampung so semua director iklan tak teringin pon mengambil saya berlakon mana-mana iklan. Kesiannyer saya...kenapa?? kucing kampung muka tak komersial ke?? Please tell me why...

Maka dengan sebab tersebut saya memujuk mummy saya untuk membuat portfolio untuk cat modeling.Mana la tau Whiskas nak ambil saya berlakon iklan.Mummy saya pon belasah je la since muka dia pon tak berapa nak komersial letak dalam blog dah.Saya pon cute ape...pandai jugak posing-posing sikit...

Ada sesiapa minat nak ambil saya jadi model biskut kucing?? Brand cap ayam pon ok.Saya terima je.Janji boleh masuk TV..hehe.Saya memang gila glamer..




From Puchong With Love,
LIZA RAZAK



Jan 18, 2012

WW : Thinking Of Future



From Puchong With Love,
LIZA RAZAK


Jan 17, 2012

The Natalia Collection 2012. The Accessories

That is the key of this collection, being yourself. Don't be into trends. Don't make fashion own you, but you decide what you are, what you want to express by the way you dress and the way to live.
Gianni Versace



Yeay !! Kali ni Pypy Lamb Studio kembali dengan stok baru.Dinamakan The Natalia Collection 2012.Collection ni berkonsepkan Vintage & Chic.Ada tops comel-comel, vintage slingbags and long necklaces.Semua collection ni saya pilih sendiri dan semua ni kesukaan saya.Kalau berminat boleh email saya pypylambstudio@yahoo.com.Untuk lihat full collection boleh klik link di bawah :

www.pypylambstudio.blogspot.com


















From Puchong With Love,
LIZA RAZAK




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...