30th January 2012. Hurul Ain, House Of Abaya TTDI + F Block, Sunway Giza
"Your living is determined not so much by what life brings to you as by the attitude you bring to life; not so much by what happens to you as by the way your mind looks at what happens."
Khalil Gibran
Percaya tak saya baju saya dah tinggal sikit? Tolong lah percaya sebab saya dah jual baju-baju lama saya yang dah tak muat tu..haha.Daripada 2 almari baju saya dah tinggal setengah almari je.*banggatapisedih* Tak pe la daripada membazir kan?
Bulan depan ade 2 event saya kena attend.Satu wedding & satu lagi birthday party. Bila dah gemok ni, serious tak de mood sangat nak membeli baju.Lagi suka membeli makanan..hehe.Hangin je bile suka satu-satu baju tuh, sekali try tak muat pulak! Tapi kalau dah tak de baju, payah pulak kan.Baju untuk birthday party saya beli je kat F Block,Sunway Giza.Murah dan cantik.Lagi satu baju kat sana banyak yang sesuai untuk perempuan berhijab macam saya.Cuma kali ni saya pilih baju yang sangat pelik.Tapi saya suka sangat-sangat ! .First time Mr Kudud tengok, kening terangkat ke atas.Nak kata macam red riding hood le tu...huhu.Gambar penuh baju ni nanti saya update bila saya pakai nanti.
Saya dah lama suka abaya hitam kat Hurul Ain ni.Cuma semalam baru berkesempatan ke sana.Kat sana ada banyak design.Boleh pilih design dari Pakistan, Saudi Arabia dan Malaysia.Semuanya berbeza sulaman & material.Saya pilih design dari Saudi Arabia sebab sulamannya lebih simple dan materialnya sedap dipakai dan agak tebal.Lagi satu saya sangat suka jubah berpotongan A-Line.Nampak lebih kurus sikit..bila dipakai..hehe.Saya kurang minat jubah berpotongan lurus dan grip di tangan.Lebih tertarik macam jubah yang minah arab selalu pakai tu.Sangat style..Lagi satu...tak payah pening-pening nak cari shawl untuk matchingkan jubah ni sebab setiap jubah didatangkan sekali dengan Tarha ( Selendang ) sulaman yang sama dengan jubah.Mudah kan?
Paling best, saya dapat membership kat Hurul Ain.Any regular price, boleh dapat 20% discount.Next time boleh la shopping lagi kat sana :)
Kalau sesiapa peminat abaya hitam kat sini, mesti gila kalau tengok collection Hurul Ain ni.Kalau nak detail lebih lanjut..boleh klik link di bawah
Alamat:
HURUL AIN, HOUSE OF ABAYA
52-A, Jalan Datuk Sulaiman,
Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Malaysia
From Puchong With Love,
LIZA RAZAK
12 comments:
tak sabar nak tengok bila liza pakai nanti, mesti cantik
waaahhh..siap ade member card..
pasni jd regular customer ni sis.. :)
cantek nyer.. =)
Pretty abaya:)
x sabar nak tgk awak pakai..mesti cantik..btw, gemuk ke..nampak kurus jek..
TQ for sharing.. eh your first picture tu cardigan ke? hope dapat tengak full..
@mamasyaza : bila saya dah pakai nnti, saya amik gambar upload kat blog ek:)
@ieyla : harus !! sbb jubah kat situ semuanya lawa2
@fara : thank you :)
@rerehalim : thank you :)
@O'gosh : gemok oo..psl tuh jarang letak gambar sendiri kat blog..muka bulat !!
@wawa tasliman : yang tu sebenarnya dress..nnt saya upload bila saya dah pakai nanti :)
Post a Comment