Jan 3, 2012

R.I.P Chicken

Puchong Intan.22nd December 2011

While I thought that I was learning how to live, I have been learning how to die.
Leonardo da Vinci





Akhirnya Chicken telah mati pada hari Khamis 22 Desember lepas setelah menderita patah tulang belakang sejak Raya Puasa lepas.Yang paling terasa dah tentulah saya dan Mr Kudud.Chicken ni merupakan kesayangan kitorang sejak 4 tahun lepas sebelum adanya Chombee dan Cooter.Punya la sayang sampai pergi kerja pon saya bawak Chicken.Siap letak dalam handbag...hehe



Malam sebelum Chicken mati, dia dah tak mau makan dan hanya baring je.Mase tu saya dah tau yang Chicken akan mati dalam masa beberapa hari.Tapi saya dan Mr Kudud dah redha sebab kesian tengok die bergerak dengan hanya menggunakan 2 kaki depan je.Kaki belakang dan ekor dah lumpuh. Semua berpunca sejak Chicken terjatuh dari almari sehari sebelum Raya Puasa.Sedih betul masa tuh.Kelam kabut cari Vet sampai terlupa nak berbuka puasa


Buat masa ni..cage Chicken saya biarkan macam biasa.Konon-konon dia masih ada lagi.Tak sampai hati nak simpan cage Chicken dalam stor.Mula-mula nak bagi je barang-barang Chicken seperti lampu UV dan Vitamin pada sesiapa yang ada membela iguana tapi alih2 cancel.Mr Kudud cakap simpan je..jangan bagi orang.Itu je kenangan yang kami ada..

Nasib baik kami masih ada Chombee dan Cooter.Kalau tak mesti sunyi :(



From Puchong With Love,
LIZA RAZAK


24 comments:

oshinz said...

alahai kesiannya.. beli baru sis.

ryhan ann said...

sedihnya...mmg kalo kita dh terlalu sygkan sesuatu tak kira la wipn binang peliharaan tapi mmg sedih giler bila ianya dh tak ada kan..jgn sedih2 ya..

cik chinta said...

sedih. mst chombee rindu nk gurau dgn ciken T_T

Mek Onie said...

chickennnnnnnnnnn :'(

Unknown said...

chicken:'(

Unknown said...

salam,

rest in peace Chicken. he's gone to much better place. a place with no pain and he can do anything...

bertabah la...

♥MAMASYAZA♥ said...

anak2 akak pun plan nak bela iguana camtu, tapi akak mmg berkeras tak bagi, pasal akak geli...hehehehehe

Cik Kiah said...

em.. cedeynyer baca... mesti chombee ngan cooter kesepian...

syirah rasid said...

alahai kesiannya. chicken cantik lhhh :D

Mak Izz said...

takziah liza & mr.kudud. kenangan bersama chicken tetap dlm ingatan sampai bila2. chombee dgn cooter jgn nakal2 tau, mama papa tgh sedih... mungkin chombee dan cooter pun merasa kehilangan juga.

Liza Razak said...

@oshinz : buat masa tak beli baru kot.Maintain je dengan kucing dan burung yg ade ni :)

Liza Razak said...

@ryhan ann : tu laa...yg hidup tetap kena pergi kan..ape2 pon redha je la

Liza Razak said...

@cik chinta : nasib baik ade cooter & chombee..kalau tak mummy die yg sunyi

Liza Razak said...

@onie : huhu...sedihnye

Liza Razak said...

@puteri nur aqiliah : hadoii...sedihnyerr

Liza Razak said...

@nurul aznil : thank you so much :)

Liza Razak said...

@mamasyaza : baik bela kucing.iguana ni cerewet nak menjaganya

Liza Razak said...

@cik kiah : nasib baik diorang ok je.Tak perasan kot.Mummy diorang pulak yang terasa

Akak Kembang said...

beli lagi satulah liza..buat penawar hati

Liza Razak said...

@syirah rasid : thank you..dah ajal dia,nak buat mcm mne kan :)

Liza Razak said...

@mak izz : tengkiuu sis..skrg menumpang kasih dekat cooter & chombee je ni :)

Liza Razak said...

@alin marlini : rasenye tak ganti baru kot..biar je maintain dgn cooter & chombee buat mase ni..hehe

intanfirdaus247 said...

sedihnya..chicken da x ada...

Anonymous said...

chicken....chickennnnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...