Mar 31, 2012

Pinky Boots.Ossy.Yoshie

You can become blind by seeing each day as a similar one. Each day is a different one, each day brings a miracle of its own. It's just a matter of paying attention to this miracle.
Paulo Coelho





2 minggu lepas saya dan Mr Kudud melepak di rumah pengantin baru Yoshie dan Syazwan.Kebetulan diorang baru balik dari honeymoon di Gold Coast.Sampai je kat sana...Yoshie terus tunjuk pinky boots Dr Marten yang dia beli kat sana.Dengan selambanya saya cakap kat Yoshie yang saya jeles tengok kehenseman pinky boots dia tu.Adoi..kalau nak beli boots Dr Marten ni memang tak sanggup la nak bawak keluar duit RM 50 berkeping-keping dalam purse tuh.Mahal hokeyy !! Terus tangan saya snap gambar pinky boots dia dan upload kat Instagram.Feeling-feeling macam sendiri punya pulak...hehe


Selain dari pinky boots yang hensem tuh...diorang ada 2 ekor kucing yang comel...Yang kat gambar ni paling besar dan gemok.Cuba teka berapa berat dia? Haa....salah !! Berat dia dalam 8.5 kg..haa..tergezut kan?? Serious kalau nak timang si Ossy ni serupa macam angkat sekampit beras yang 10 kg tuh.Gila berat !! Tapi Ossy ni sangat manja.Suka main dengan kawan dia lagi seorang namanya Batman.Kalau bawak tidur ni mesti best sebab rasa macam peluk bantal peluk.Senang cerita tidur tak pakai bantal pun tak apa..hehe


Saya pon nak kucing saya jadi gemuk macam ni la...hehe




From Puchong With Love,
LIZA RAZAK








Mar 30, 2012

The Vintage Kellogg's

Poetry is a deal of joy and pain and wonder, with a dash of the dictionary.
Khalil Gibran




Saya tertarik dengan packaging Kellogg's ni.Nampak sangat vintage.Jarang boleh tengok packaging cereal yang vintage macam ni.Terus grab 2 kotak tanpa segan silu.Padahal saya tak makan sangat Corn flakes ni melainkan Biskut Corn Flakes..hehe.Tambahan lagi boleh dapat 4 free vintage fridge magnet.Rugi sangat kalau tak beli.Tak makan sangat pon tak per, janji boleh dapat fridge magnet.Unik kan fridge magnet ni? Nanti saya suruh Mr Kudud habiskan Kellogg's ni...hehe



From Puchong With Love,
LIZA RAZAK










Mar 29, 2012

Old School vs Modern by Pypy Lamb Studio

“Over the years I have learned that what is important in a dress is the woman who is wearing it.”
Yves Saint Laurent






Pre-Loved Collection baru dari Pypy Lamb Studio.Perasan tak logo Pypy Lamb Studio dah bertukar? Semalam, sehari suntuk saya berphotoshop dan memerah otak untuk siapkan logo dan poster baru ni...hehe.Harap korang semua suka.Lepas ni mungkin Pypy Lamb Studio akan banyak menjual stok baru.Maybe ambil masa dalam sebulan dua lagi yer.Saya akan cuba menjual stok yang vintage dan sesuai dengan golongan berhijab.Cuma sekarang ni agak terbatas lagi sebab stok tak banyak dan saya masih lagi mencari material yang sesuai..So...buat masa ni Pypy Lamb Studio akan menjual pre-loved clothing sahaja.Saya akan cuba maintain harga yang murah dan affordable bersesuaian dengan kualiti baju.Terima kasih kepada customer yang tak jemu membeli baju dari Pypy Lamb Studio.XOXO Pypy Lambers !!


Berminat?? Klik link di bawah :




From Puchong With Love,
LIZA RAZAK








Join Us O-Three + Pypy Lamb Studio @ Bazaar Oh Bazaar


Untuk kali kedua Pypy Lamb Studio dan O-Three akan bergabung tenaga untuk berniaga di Bazaar Oh Bazaar Chapter 6 Ahad ini.Kalau korang semua tak ada plan apa-apa weekend ni, singgah lah ke Rasta TTDI.Ada banyak vendor lain yang menjual pelbagai barangan menarik.Yang pastinya lebih murah dan rare :) Jumpa korang di sana !


From Puchong With Love,
LIZA RAZAK







Mar 28, 2012

Featured in Love Is Cinta






Terharu bila baca entry dari Hazanis ni...Terima kasih banyak-banyak adik comel saya Hazanis ni.Tak sangka pulak awak suka baca blog saya yang syok sendiri ni..hehe.Saya pon silent reader blog awak jugak tau.Suka tengok muka awak yang ala-ala Korean Girl tu..Hazanis ni selalu update gambar-gambar photography beliau.Nanti boleh la offer awak jadi model Pypy Lamb Studio in future.
Ini dia blog Hazanis - Love is Cinta : (p/s : Sorry saya print screen blog awak )





From Puchong With Love,
LIZA RAZAK

WW : Working in Our Small Office


big dream starts from small place...




From Puchong With Love,
LIZA RAZAK





Mar 27, 2012

Malaysian 2012 F1 Grand Prix.Race Day

Sepang F1 Circuit. 25th March 2012

“If you imagine how many years the other guys have been in my position I'm in now, they have been motivated to get back and challenge the leaders, ... There's no reason not to be motivated and I look forward very much to challenging again.”
Michael Schumacher



Yeay...finally race day !! Kami gerak awal kali ni sebab takut jam teruk kat Sepang.Gerak dari Puchong lebih kurang pukul 12.30 tengah hari.Memang jam pun, tapi nasib baik tak teruk sangat.Kami parking kereta punya la jauh.Tak kisah sangat lah kan sebab ada kemudahan shuttle bus.Turun je dari kereta dah dengar bunyi kereta F1 praktis sebelum race pada pukul 4 petang.Excited sangat time tuh sampai dah tarik tangan Mr Kudud supaya jalan cepat sikit...nanti miss tengok diorang praktis...hehe.Dengan muka malas layan, makanya Mr Kudud pun ikut saya sambil jalan laju-laju.


Tempat duduk kami kat Hillstand K2.Tak de bumbung dan tempat duduk yer.So boleh berpiknik sesuka hati di atas rumput.Nasib baik saya bawak tikar dan payung besar.Boleh la feeling ala-ala piknik kat situ.Masa kami sampai tuh cuaca sangat panas.Peluh keluar macam air hujan.Panas sangat.Tapi tak kan patahkan semangat saya untuk menonton F1..hehe


Sambil-sambil menunggu...sambil tuh saya update twitter & instagram..Bajet pengulas sukan pulak kan..hehe.Sampai habis bateri iphone saya kerjakan.Lepas tuh saya online pulak guna Blackberry Mr Kudud...hehe.Hari tu penuh timeline saya dengan tweet pasal F1..hehe


Jangan tiru aksi ini di mana mana yer..hehe

 
Practice session...


Geng fanatik Ferrari...semua pakai baju dan topi warna merah


Kat Hillstand K2 tu ramai sangat foreigner..semua lepak ala-ala piknik kat situ.Ada yang main kad, borak-borak dan sunbathing pon ada.Bajet tepi pantai pulak diorang ni..hehe.Tapi best sebab diorang ni sangat happening dan sporting.Nak harapkan orang kita jangan harap..contoh bila lagu Negaraku dimainkan, ada yang tak berdiri tau.Tak patriotik langsung.Foreigner pun pandai hormat tau.Siap berdiri lagi





Race day ni betul-betul menguji ketahanan fizikal.Mula-mula sampai cuaca panas sangat.Lepas tuh hujan lebat betul-betul masa race bermula.Bayangkan kitorang ni mengharapkan payung je untuk berteduh dari hujan.Race terpaksa dihentikan pada lap ke 9 sebab keselamatan akibat hujan lebat yang teruk



 
Masa hujan ni memang susah la nak shoot guna DSLR.Terpaksa tunggu hujan teduh sikit baru boleh shoot kat tepi pagar.Kebanyakkan penonton kat tempat kami tuh semuanya ada DSLR dan lens yang power.Maybe kebanyakkan diorang ni photographer kot.Semuanya tertumpu kat tepi pagar untuk dapatkan best shot


Sebenarnya paling thrill menonton F1 ni bila hujan lebat.Masa ni baru boleh tengok skill para pelumba dan team mengatur strategi race dan penggunaan tayar yang betul.Suspens je tengok diorang race dalam hujan.Walaupon team Mercedes-Petronas tak menang...tapi saya tetap happy sebab dapat tengok Michael Schumacher race secara live...hehe.10 tahun baru dapat peluang tau..hehe









Thank you Mr Kudud for this opportunity.Hopefully kita boleh tengok Japan GT dan Moto GP pulak lepas ni :)



From Puchong With Love,
LIZA RAZAK







Mar 26, 2012

Malaysian 2012 F1 Grand Prix.Qualifying Session

Sepang F1 Circuit. 24th March 2012

A warrior accepts defeat.He does not treat it as a matter of indifference, nor does he attempt to trasnform it into a victory. The pain of defeat is bitter to him ; he suffers at indifference and becomes desperate with loneliness. After all this has passed , he licks his wounds and begins everything anew. A warrior knows that war is made of many battles : he goes on.
Paolo Coelho


Aduhh..kecewa kami tak sempat tengok qualifying session sabtu lepas.Mana taknya..dah la lambat..tak tau pulak parking jauh dan kena naik shuttle bus.Sampai je...qualifying baru je habis...aduh..kecewanya.


Nasib baik kami boleh meronda-ronda dalam Welcome Centre.Ada macam aktiviti menarik kat situ.Ada booth boleh dikunjungi seperti booth official merchandise untuk Ferrari, Michael Schumacher dan booth Mercedes Petronas.Sedikit sebanyak terubat jugak sedih saya ni..huhu.Selain tu kami camwhoring je memanjang..hehe.


Cuaca masa tu sangat panas yer..Berpeluh-peluh juga saya masa tuh.Nak bergambar pon tak de mood.Sudahnya Mr Kudud jadi mangsa...You jadi model yer!!


Go Team Mercedes Petronas !!! Go Michael Schumacher !!



Kenapalah Michael Schumacher tak de aritu? Kalau tak laju je mulut saya akan cakap depan dia, " Nak sign..boleh?" Lepas tu bergambar dengan mulut tersengih-sengih.Saya minat Michael Schumacher dari saya form 4 lagi.Masa tuh die masih struggle nak dapatkan Driver's Championship untuk team Ferrari.Tiap-tiap minggu saya akan kumpul article pasal Schumacher dari newspaper dan lekatkan dalam scrap book.Bila ada live F1 racing kat tv...saya akan tengok bersungguh-sungguh lepas tuh akan jerit nama Schumacher walaupun secara logiknya beliau tak akan dengar...hehe








Sampai je booth Michael Schumacher ni terus excited terlebih...konon-konon nak beli apa-apa merchandise.Tapi bila tengok harganya terus cancel nak beli.Mahal sangat ! Baru je berangan nak pakai t-shirt Michael Schumacher masa race day.





Since SIC dah berpengalaman lebih10 tahun menganjurkan F1 ni..memang mudah la nak datang ke Sepang Circuit.Walaupun jam, tapi dengan bantuan polis trafik dan sistem parking yang teratur memudahkan pengunjung macam saya ni datang.Ditambah pulak dengan sistem free shuttle bus tu...lagi selamat dari kena berjalan kaki dari parking bay yang sangat jauh tu

Habis sahaja kami meronda-ronda kat Welcome Centre..kami pon pulang naik shuttle bas lagi.Mr Kudud cakap dia suka gila naik shuttle bas petang tuh...sebab naik Rapid KL..hehe.Nak bajet-bajet romantika de amour la tuh :P

Nanti saya upload gambar race day pulak...take care !



From Puchong With Love,
LIZA RAZAK








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...