Mar 13, 2012

Réunion De Famille.Part 1

Jerantut. 11 March 2012

When you are joyous, look deep into your heart and you shall find it is only that which has given you sorrow that is giving you joy. When you are sorrowful look again in your heart, and you shall see that in truth you are weeping for that which has been your delight.
Khalil Gibran






Weekend lepas saya, Mr Kudud dan kedua ibu bapa saya berkunjung ke Jerantut,Pahang rumah Pak Long saya.Ada kenduri merangkap family gathering.Kami sampai agak lewat hari Sabtu lepas sebab kami menziarah saudara-mara kat Kuantan dulu.Kenduri sebenarnya hari Ahad, tapi kami datang sehari awal.Sampai je petang tu semua sanak saudara dah sampai...Rumah Pak Long saya jadi kecoh dan meriah sebab penuh dengan kanak-kanak.

Malam tu semua pakat tak sabar nak makan sup tulang sebab kenduri ni ada orang sponsor lembu seekor.Rasa macam Raya Haji pulak kan.Selain sup tulang ada sambal ikan masin..perghh..maunye tak menambah nasi dua kali !!



Kenduri bermula pukul 11 pagi, hari Ahad..Menu kenduri hari tu simple je - ayam goreng, sup tulang , gulai kawah daging, acar rampai dan sayur kobis.Kami semua belasah makan tak hingat..Senang cerita masa kami kat Jerantut tu..kerja makan je.Lepas makan,tido !

Mari layan gambar ahli-ahli keluarga Hj Hussin yang happening !


Pak Long aka Tuan Rumah & Pak Lawak.Pak Long saya ni sangat peramah & kelakar orangnya.Selalu anjurkan lucky draw bila ada family gathering.



Anak-anak Pak Su saya - diorang ni kaki bergambar



Mr Kudud & Pak Su




 Mak Ngah


Mak Su & New Baby, Syafina




Anak Pak Su - Along



Anak Pak Su saya lagi.Kan dah cakap..diorang ni kaki bergambar !





Alif - Anak sepupu saya, Kak Atie





Abah & Mak saya


Sesi membungkus buah ciku. Bungkus ciku pon ramai yang menghurung..hehe







Saya suka suasana kenduri ala-ala kampung macam ni.Sekarang ni dah jarang jumpa especially kat KL.Selalu orang buat kat dewan je.Sebab senang kan..


Habis je kenduri,ramai yang terlentuk dan pengsan atas sofa macam ni.Bunyi bom pon belum tentu sedar. Tapi apa pon..kudos pada diorang ni !! Rajin betul tolong-menolong masa kenduri



Malam tu kami menginap kat rumah ni.Cantik dan selesa betul banglo setingkat ni.Kami duduk beramai-ramai dalam rumah ni.Rasanya dalam 6 - 7 family kot.Semua tido atas tilam toto beramai-ramai.Best woo..Sebelum tido, borak-borak dulu.


Habis je kenduri semua kanak-kanak kalut nak balik homestay.Nak tau kenapa? Sebab tak sabar nak mandi pakai paip bomba kat luar rumah.Sakan betul !! Habis basah porch homestay tu..yang bukan budak-budak pon ada yang join jugak.Nasib baik saya pon tak join sekali..hehe

Nanti saya upload lagi gambar malam cabutan bertuah pulak..hehe


From Puchong With Love,
LIZA RAZAK








22 comments:

Sue-Rya AQ said...

meriahnye! skali skala dpt berkumpul ramai2 mcm ni seronok kan..nice pics sis! :)

~SaL IjOu~ said...

jelez dgn kwn2 yg ada buat family gathering.kami kalo nak mengharapkan gathering,tunggu hari raya la jwbnya..~ huu

[sutera kasih] said...

cantik2nya hasil gambar akak..suka sgt :)

Alin Marlini said...

mana gambar si tukang ketip gambar?hehehe

.: iEyLa :. said...

comeynye baby...geram...hihi
si gorgeous nye pix xde pon..hikhik

♥MAMASYAZA♥ said...

wow memang meriah suasana

Rtp Farra Arisha said...

wah, friendly sungguh you all...hiks skali skala enak juga adakan big family gathering aite. :) hihi

P/S: sis liza, let's grab rainbow al-quran for you yourself before kehabisan stock...

amir aizat said...

seronoknyer ! hehe

~Fara~ said...

huhu.. seronoknya kumpul ramai2 camtu.. =)

..::SangRatoo::.. said...

heheeh ramainyee..meriah kan..mana gambar tuan punya blog?nyuruk eh..hehehe :)

.........cP~ said...

Salam.

Family gathering memang seronok. Keluarga saya pun tiap tahun buat Family Day.

Liza Razak said...

@sue-rya aq : mmg seronok sekali sekala berjumpa mcm ni :)

Liza Razak said...

@sal ijou : raya pon best jugak..janji dapat berkumpul :)

Liza Razak said...

@sutera kasih : thank you :)

Liza Razak said...

@alin marlini : saya jadi tukang ketip gambar...x de la gambo saya..hehe

Liza Razak said...

@ieyla : hehehe..menyorok!!

Liza Razak said...

@mamasyaza : sekali sekala berjumpa mmg mcm ni...best

Liza Razak said...

@rtp farra arisha : betul tuh..gathering mcm ni boleh mengeratkan silaturrahim

Liza Razak said...

@amir aizat : betul tuh..sangat seronok !!

Liza Razak said...

@fara : betul tuh :)

Liza Razak said...

@sangratoo : tuan blog jadi tukang ketip gambar..hehe

Liza Razak said...

@cp : ye ke? mesti best kan??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...