Mar 20, 2012

Cooter Second Vaccination

St  Angel Animal Medical Centre, Puchong. 19th March 2012



Semalam hantar Cooter pegi vet untuk 2nd vaccine booster injection.Lepas ni lega dah...inject vaksin setahun sekali je.At least boleh mengelakkan Cooter ni dapat penyakit berjangkit yang serius dan boleh menjimatkan kos perubatan.Saya dah terkena bulan 12 tahun sudah bila Cooter ni kena flu yang teruk sebab terjangkit dengan kucing lain masa hantar die boarding kat vet.Habis duit agak banyak juga untuk pulihkan Cooter.Siap warded lagi selama 5 hari.Sejak tu..saya sangat ambil kisah pasal vaksin ni.Sekali vaksin tak mahal mana pon, dalam RM 35.Kalau pergi klinik kerajaan lagi murah.


Mujur lah Cooter ni dah biasa pergi vet, so perangai dia ni agak behave.Bila doc timbang berat Cooter ni...adeh..dah naik jadi 4.7 kg.3 bulan sudah masa timbang, baru 3 kg.No wonder la berat..rupanya berat dah hampir sama dengan sekampit beras 5kg.Sejak saya tukarkan diet Cooter ni, dia dah makin gemuk dan kuat makan.Semalam Cooter dapat satu injection vaksin dan ubat deworm sekali.Doc siap pesan supaya jangan mandikan selama seminggu, takut Cooter boleh demam selepas kena inject vaksin ni


Salah satu sebab saya cepatkan vaksin Cooter ni sebab saya dan Mr Kudud decide nak kasikan Cooter ni.Sejak akhir-akhir dia asyik mengiau-ngiau nak panggil kucing betina.Dah gatal rupanya.Masa saya balik kampung last weekend, kitorg memang bawak Cooter ni.Rumah parents saya ni memang banyak kucing.Lagi la teruk perangai..siap kencing merata lagi.Risau takut perangai ni membawak sampai ke rumah kitorng..terus decide nak kasikan Cooter.Tapi doc cakap tak boleh kasi Cooter lagi.Tunggu sampai 10 hari selepas inject vaksin, baru boleh proceed.


Yeay..Cooter dah bebas dari jangkitan penyakit merbahaya.Lepas ni saya hanya maintain ubat cacing sahaja at least 3 bulan sekali.Kalau pergi St Angel vet ni..kena bawak Pet Passport sebab rekod medical Cooter semua ada dalam tu.Senang doc nak buat reference


Balik dari vet, moody je Cooter ni..terpaksa la pamper dia habis-habisan.Siap upah makan ayam rebus lagi.Selalunya lepas kena injection, Cooter akan tido sepanjang hari di atas katil saya.Ngade kan?




From Puchong With Love,
LIZA RAZAK






20 comments:

Lia said...

cooter dah sihat ye.. yiipiee.. :)

ummiross said...

Cicie pun dah 2x vaksin,bagus jugak baca n3 Liza, dapat kongsi pengalaman.

Alin Marlini said...

pandai cooter timbang berat :)

JungRara said...

comelllllll!!!

Cik Saila said...

manja nya dia..hehe

Tiramisu Fatiema said...

hope si comel tuh baik2 aje pasnie..

Ckin Kembaq said...

waa....sangat gebu..hoho

ieja amieja said...

baca n3 ni teringat jiran sebelah yg bela kucing yg dipanggil APOK..setelah 7 thn apok pun mati..klu g umah akk ni byk beno gambo apok yg diframekan..dr kecik sampai la frame besar..kubur apok pun dihias cantik je mcm taman kat depan umah..syg sungguh akk ni ngan apok..

Liza Razak said...

@lia : tu la...hopefully sihat selalu

Liza Razak said...

@ummiross : tu laa..bila dah vaksin ni x risau sgt

Mia Adriana said...

suka kucing tp alah dgn bulu dy.

Liza Razak said...

@alin marlini : cooter dah biasa pegi vet tuh..senang skit nak jaga

Liza Razak said...

@jungrara : comel tapi nakal

Liza Razak said...

@ck saila : manja sgt2 sampai rimas pon ada jugak

Liza Razak said...

@tiramisu fatiema : Insya Allah

Liza Razak said...

@ckin kembaq : harap2..hehe

Liza Razak said...

@ieja amieja : betul tuh..kalau sayang sgt..mmg akan jadi macam tuh..

Liza Razak said...

@mia adriana : alahai..kesiannya

|| NaFiRaa || said...

amboiii.. sangat manja yer kamu cooter.. :)

Liza Razak said...

@nafiraa : manja & mengade2..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...