Jun 15, 2011

Main Game Teka Nama Haiwan - I LOVE FOOD HOLIDAY (EP 3)


Sesiapa yang terlepas baca entry I LOVE FOOD HOLIDAY episod sebelum ini boleh klik kat link di bawah:


DAY 1 : WEDNESDAY 08/06/2011
LOCATION : KHALEEL NASI KANDAR,BATU FERRINGHI


 Habis je berjalan-jalan di night market....kitorang pon melepak kat mamak Khaleel untuk pekena teh tarik.Tiba-tiba Ehsan cadangkan kitorang main satu game.

 Game ni mudah saja.Cuma tulis nama satu haiwan di atas kertas kemudian tampalkan kat dahi kawan sebelah.Tapi yang penting nama haiwan tuh kitorang boleh reveal kat semua orang except kawan sebelah yang ditampalkan kertas kat dahi die tuh.Cara ni sama untuk setiap orang.

Macam mana nak main?Kitorang akan cuba teka nama haiwan tersebut.Setiap pusingan setiap orang hanya boleh bertanya satu soalan sahaja berkaitan dengan nama haiwan tersebut.Tapi hanya soalan yang boleh dijawab ya atau tidak oleh rakan-rakan yang lain.Contohnya " Haiwan ni boleh dimakan ke?"Dan rakan-rakan lain boleh jawab ya ataupon tidak sampai laa ada rakan yang boleh meneka nama haiwan di atas dahi diorang

Punya laa lama kitorang main.Saya dapat perkataan sotong.Lama jugak tanya soalan baru boleh jawab..Dah laa perkataan tuh Mr Kudud yang kasi pasal dia duduk sebelah saya..hehe.Rasa tension pon ada pasal diorang ni main-main bila saya tanya soalan..eee...geram...!!



Time ni masing-masing sibuk tulis nama haiwan kat atas kertas.Mr Kudud siap tutup kertas dengan tangan tuh pasal takut saya nampak...keji!!


Sambil main game tuh..perut kena isi jugak gak.Nanti balik hotel..memang confirm laa malas nak turun beli makanan..hehe

Dalam banyak-banyak orang,Mr Zalli dapat nama haiwan yang paling susah sekali nak teka.Kalau korang boleh nampak bagus laa.Saya malas nak cakap nama haiwan tersebut kat sini pasal *censored* sikit..hehe.Kesian gile Mr Zalli nak jawab pasal nama tuh Ehsan yang kasi kat dia.Paling tak tahan nama haiwan tu dia main belasah je.Kiranya tak de dalam kamus laa..hehe



Malam tuh Alex dapat hadiah Belated Birthday.Dapat Uno Card.Pandai Eza dan Mr Zalli kasi Uno Card pasal semua orang boleh main uno lepas tuh...



Inilah orang yang kasi nama haiwan paling susah di dunia ni kat Mr Zalli..hehe.Tapi memang kelakar laa nama tuh.Sampai jadi bahan lawak kitorang..hehe.Btw..hari ni merupakan birthday Mr Ehsan ni...

HAPPY BIRTHDAY MR EHSAN !!!


From Puchong With Love..



9 comments:

husnalalink said...

sempoi la game niee..hehehe..nie mest dah tatau nak wat ape dah sgt bile jmp member ek..hehehe

Bunga said...

best jer nampak korang..:0

Anonymous said...

best laa game ni...boleh past ni ajak my cun semua lepak sambil main game ni pulak

HaNa Hani said...

cam seronok je aiihh men2 gitu
^_^

Liza Razak said...

@lalink7 : tu laa..sampai dah main game bodo2 dah ni

Liza Razak said...

@bunga : mmg best kalau main game ramai2 cmni

♥MAMASYAZA♥ said...

kena cubalah permainan camni lepas ni, main kat umah ngan anak2

Liza Razak said...

@cutieintan : cuba lah..best gile!!

Liza Razak said...

@hana hani : cuba lah...kalau main ramai2 lagi besh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...