Raya Eve.Desa Sri Bayu, Perak
Cerita ni saya simpan lama jugak.Sebab rasa sedih je bila mengingatkannya.Sekarang bila dah ok sikit baru saya nak cerita.Cuti raya lepas kitorang Road Trip dengan semua hawan peliharaan kami, Chombee, Chicken & Cooter.Memang best time tuh sebab tak pernah lagi road trip dengan diorang ni..hehe.Kitorang gerak dulu ke Perak sebab tahun ni giliran beraya di rumah parents saya
Berbalik kepada cerita asal, malam Isnin tuh saya memang lepaskan Chicken dalam bilik time saya tido.Kesian asyik terkurung je.Chicken ni kalau dilepaskan memang suka memanjat atas almari.Selama ni kalau saya bawak Chicken balik Perak,memang lepaskan je dalam bilik.Selalunya ok
Bila bangun keesokkan harinya( Raya Eve ), saya dan Mr Kudud kalut pulak nak balik kampung mak saya di Gopeng.Sebelum balik kampung,saya bagi diorang makan dulu..Sekali saya tak jumpa pon Chicken.Ingatkan terlepas keluar tapi saya tak jumpa jugak.Akhirnya saya jumpa belakang almari.Dah nyawa-nyawa ikan.Kulit Chicken yang hijau tuh dah bertukar jadi kuning kehitaman
Masa tuh memang tak dapat dibayangkan perasaan saya macam mana.Chicken dah nak mati.Esok pulak nk raya.Rasanya dia terjatuh dari almari.Badan dah lembik,nafas pon perlahan je.Nak dijadikan cerita, Mr Kudud time tuh keluar basuh kereta kat luar.Handphone pulak tak bawak.Hadoii...seksa betul time tuh
Saya biarkan die dalam bilik.Tak tergamak pulak nak tengok dia mati.Selepas sejam, saya masuk bilik balik.Terkejut saya tengok Chicken jalan-jalan.Kulit die dah bertukar jadi hijau.Ishh..pelik betul time tuh,sebelum tuh mati-mati saya ingat dia dah nazak.Tapi saya perasan kaki belakang dan ekor dia dah bertukar jadi hitam.Saya angkat...adeh..kaki belakang dan ekor dia dah longlai.Chicken lumpuh rupanya
Tak lama lepas tuh Mr Kudud balik rumah.Saya ngangis-ngangis bagitau kat Mr Kudud.Sudahnya kitorang call Dr Sivan, Doktor Chicken biasa kat KL.Tanya macam mana.Tapi doktor tuh tak de la pulak.Last sekali google kat internet cari Vet kat Ipoh.Nasib baik ada tapi bukan specialist untuk reptile...
Dah terdesak..kitorang pon gerak ke Ipoh Garden.Sampai je sana,doktor call Zoo Taiping tanya pasal ubat dan treatment.Akhirnya doktor kat sana inject ubat kat kaki dan cakap ubat tuh untuk saraf tapi hanya bertahan sampai hari Ahad.Selepas tuh kitorang kena refer ke KL balik.
Inilah rupa Chicken masa kat Vet Ipoh Garden..
Bila Raya...Chicken tak mau makan sangat.Memang kena sumbat makanan dalam mulut dia.Buang air besar pon tak boleh.Kitorang kena urut perut dia sampai air kencing dan sisa buangan dia keluar.Kesian gila...
Beberapa hari raya selepas tuh...Chicken dah start ada selera makan.Dah start buas.Tapi nak buang air besar still kena bantuan kami.Kami syak dia dah lumpuh.Tapi lumpuh pon kami tetap sayang dia.
Sekarang Chicken dah agak normal balik.Buas gila jalan dalam rumah.Tapi guna kaki depan je.Dia akan seret kaki belakang dan ekor dia perlahan-perlahan bila jalan.Kesian je tengok.Makan selera gila..sekarang dah makin gemuk!!
Doktor ada cakap kemungkinan Chicken tak lumpuh.Cuma saraf dia ada masalah sikit.So tiap-tiap hari kena buat fisioterapi kat Chicken.Hopefully Chicken boleh berjalan balik macam dulu.
So sekarang ni saya ada 2 ekor haiwan peliharaan yang normal dan satu lagi OKU.Cacat pon kami sayang sama rata :)
Gambar ni saya snap sebelum balik raya.Time ni dia masih normal.Pandai je posing kat camera :) Doakan Chicken saya cepat baik ok?
From Puchong With Love,