Raya Eve.Desa Sri Bayu, Perak
Cerita ni saya simpan lama jugak.Sebab rasa sedih je bila mengingatkannya.Sekarang bila dah ok sikit baru saya nak cerita.Cuti raya lepas kitorang Road Trip dengan semua hawan peliharaan kami, Chombee, Chicken & Cooter.Memang best time tuh sebab tak pernah lagi road trip dengan diorang ni..hehe.Kitorang gerak dulu ke Perak sebab tahun ni giliran beraya di rumah parents saya
Berbalik kepada cerita asal, malam Isnin tuh saya memang lepaskan Chicken dalam bilik time saya tido.Kesian asyik terkurung je.Chicken ni kalau dilepaskan memang suka memanjat atas almari.Selama ni kalau saya bawak Chicken balik Perak,memang lepaskan je dalam bilik.Selalunya ok
Bila bangun keesokkan harinya( Raya Eve ), saya dan Mr Kudud kalut pulak nak balik kampung mak saya di Gopeng.Sebelum balik kampung,saya bagi diorang makan dulu..Sekali saya tak jumpa pon Chicken.Ingatkan terlepas keluar tapi saya tak jumpa jugak.Akhirnya saya jumpa belakang almari.Dah nyawa-nyawa ikan.Kulit Chicken yang hijau tuh dah bertukar jadi kuning kehitaman
Masa tuh memang tak dapat dibayangkan perasaan saya macam mana.Chicken dah nak mati.Esok pulak nk raya.Rasanya dia terjatuh dari almari.Badan dah lembik,nafas pon perlahan je.Nak dijadikan cerita, Mr Kudud time tuh keluar basuh kereta kat luar.Handphone pulak tak bawak.Hadoii...seksa betul time tuh
Saya biarkan die dalam bilik.Tak tergamak pulak nak tengok dia mati.Selepas sejam, saya masuk bilik balik.Terkejut saya tengok Chicken jalan-jalan.Kulit die dah bertukar jadi hijau.Ishh..pelik betul time tuh,sebelum tuh mati-mati saya ingat dia dah nazak.Tapi saya perasan kaki belakang dan ekor dia dah bertukar jadi hitam.Saya angkat...adeh..kaki belakang dan ekor dia dah longlai.Chicken lumpuh rupanya
Tak lama lepas tuh Mr Kudud balik rumah.Saya ngangis-ngangis bagitau kat Mr Kudud.Sudahnya kitorang call Dr Sivan, Doktor Chicken biasa kat KL.Tanya macam mana.Tapi doktor tuh tak de la pulak.Last sekali google kat internet cari Vet kat Ipoh.Nasib baik ada tapi bukan specialist untuk reptile...
Dah terdesak..kitorang pon gerak ke Ipoh Garden.Sampai je sana,doktor call Zoo Taiping tanya pasal ubat dan treatment.Akhirnya doktor kat sana inject ubat kat kaki dan cakap ubat tuh untuk saraf tapi hanya bertahan sampai hari Ahad.Selepas tuh kitorang kena refer ke KL balik.
Inilah rupa Chicken masa kat Vet Ipoh Garden..
Bila Raya...Chicken tak mau makan sangat.Memang kena sumbat makanan dalam mulut dia.Buang air besar pon tak boleh.Kitorang kena urut perut dia sampai air kencing dan sisa buangan dia keluar.Kesian gila...
Beberapa hari raya selepas tuh...Chicken dah start ada selera makan.Dah start buas.Tapi nak buang air besar still kena bantuan kami.Kami syak dia dah lumpuh.Tapi lumpuh pon kami tetap sayang dia.
Sekarang Chicken dah agak normal balik.Buas gila jalan dalam rumah.Tapi guna kaki depan je.Dia akan seret kaki belakang dan ekor dia perlahan-perlahan bila jalan.Kesian je tengok.Makan selera gila..sekarang dah makin gemuk!!
Doktor ada cakap kemungkinan Chicken tak lumpuh.Cuma saraf dia ada masalah sikit.So tiap-tiap hari kena buat fisioterapi kat Chicken.Hopefully Chicken boleh berjalan balik macam dulu.
So sekarang ni saya ada 2 ekor haiwan peliharaan yang normal dan satu lagi OKU.Cacat pon kami sayang sama rata :)
Gambar ni saya snap sebelum balik raya.Time ni dia masih normal.Pandai je posing kat camera :) Doakan Chicken saya cepat baik ok?
From Puchong With Love,
38 comments:
unik.cool gila.
pandai posing
ehhee
ala cian chicken..moga cpt sembuh :)
ingatkan ayam tadi, pelik mula2 bace chicken kaler hijau, hehehe
semoga chicken cepat sembuh ye...
sedihnye baca...cepat2 la ciken baik. cambest nye bela ciken. mahal ke kak?
get well soon Chicken. salute lah berani jage reptile.. :)
xtakut ke pegang????
pocket tingatkan ranggo plak,
kalau si Chicken ni buleh cakap,
sure dia ucap terimakasih kat 'Mak' dia :D
tp apa masaalah Chicken sebenarnya tahu tak? memang dia jatuh ker?
kalah pertarungan ngan local lizard ker?
bukan apa.. supaya buleh prevent future re-occurence jer :D
mati-mati ingat chicken tu ayam,hehehe.... get well soon chicken <3
huhu...hope chicken kmbali normal... kesian plak dye.. even i geli ngan reptile...
chickennnn :') takmo sakit2 ya!
owh tu chicken,lasak eh
sian chicken. anak sedara akak dok plan gak nak beli species cam chicken, tapi parents dia tak kasi...hehehehe
takotnye tgk chicken mcm tu..
Bestnya ada tuan mcm you..
Memang dihargai..:)
kesian chicken..alalalaaa...
hope lepas ini dia akn terus sihat :)
sian nye chicken......
semoga chicken cepat sembuh ;p
mati2 ingt kan ayam serama ke td,,err,,jrg org bela iguana ni kan,,*eh betul ke iguana,,huhu
sis liza..pika tag sis untuk join contest ini..join ehh! ^_^
http://pikalurve.blogspot.com/2011/09/contest-saya-comel-bila-memakai-shawl.html
GOODLUCK!
mati-mati ingat 'chicken'..kiut juga..kat mana ntah lupa la akak, ada sensei urut-urut kalau patah..mana tau dia boleh try kat chicken..dia tempek ubat herba..ramai dah akak dengar org berubat dengan dia ok..kalo rs nak mencuba, try la tanya org kampung..kot2 tau..
semoga lekas embuh yew...
comel gmbr last tu. get well soon Chicken ;))
trkejut saya!ingtkn chicken=ayam.rupanya lain..1st time mai blog ni :)
ala siannya..cmner dia boleh jatuh belakang almari tu?? mek xberani nk pegang chicken tu geli..hehe hope chicken akan cepat sembuh dan kembali aktive
semoga chicken cpt smbuh :D
adesss geliii....
chomel je kasi nama chicken! hehe
mcm2 penyakit haiwan ni. take care chicken
alahai.. cian chicken!!! takpe2, insyaAllah cepat sembuh nanti. =)
Kesian chicken... Moge dia akn baik2 je lepas ni.. :)
kesian chicken:( meh physiotherapist puteri urutkan. meh meh. *berangan jap*..
get well soon chicken. sy geli reptile skit tapi bila akak cakap urut badan chicken.. sy rasa mcm. WOW! nk tgk dgn mata sndiri akak urut dia. heeheheheh
kasihan chicken. dh nasib. skrg bukan OKU lah liza tp IKU (iguana kurang upaya) hehe gurau2 je... senyum sket :)
moga chicken cepat sembuh dan boleh berjalan berlari berlompat macam dulu2. AMIN...
@anisa hang tuah : budak2 ni pantang tgk camera..hehe
@liyana : hehe..ramai orang ingat chicken tu ayam
@o'gosh : tengkiuu :)
@cik chinta : x mahal sgt sekarang ni.RM100++ dah boleh dapat baby iguana
@pocket : a ah..dia mmg jatuh.lepas ni memang tak bagi dia memanjat lagi :)
@meaw : tengkiuu
@sung je kyo : memang kesian sbb die jalan pakai 2 kaki je skrg ni
Auchh kesian chicken, semoga cepat sembuh ye. Saya tak suka tengok haiwan sakit, sedih :(
Post a Comment