Sep 10, 2011

The Siblings


 # Iman & Insyirah.Kangar.2 September 2011

Inilah dia anak saudara saya yang comel.Dalam kata lainnya anak menakan.Raya kat Perlis haritu dapat laa jumpa diorang ni.Kakak nama Iman dan adik pulak nama Insyirah @ Adik.Talkative dan manja.


Apa yang menariknya, diorang ni tak suka bermain sangat.Suka menulis,melukis dan mewarna.Tak payah susah-susah nak kasi mainan.Balik raya,mama diorang tak teruk nak kena bawak mainan,cuma bawak pencil case dan buku je.Senang kan.Rumah diorang memang banyak mainan,tapi diorang lagi suka heret bag buku diorang ke mana-mana.Lepas tuh duduk melukis sama-sama.Sweet kan.

Mula-mula perangai ni kakak je yang mulakan.Lama-lama adik pon terpengaruh suka melukis dan menulis jugak.Bila tengok hasil kerja tangan diorang ni,agak kagum jugak.Iman siap pandai tulis jawi dan boleh menulis dalam bahasa Inggeris.Zaman saya dulu apa pon tak pandai.Main teddy bear pandai la.

Kagum dengan Kak Nurul.Pandai dia mengasuh dan mendidik anak-anak.Padahal Kak Nurul bekerja lagi tau.Subuh dah keluar rumah, malam baru balik.Kalau diikutkan memang tak de masa.


Susah nak snap gambar diorang ni.Ade mood bila bergambar.Time ni Insyirah tak nak bergambar so kena laa curi-curi snap gambar diorang ni..hehe.Time ni diorang tengah melukis..nampak tak gambar paling atas tuh? Itu antara hasil kerja Iman,kalau nak compare dengan saya dulu, pandai lukis orang lidi je tau !

p/s : Kalau saya ada anak nanti,nak didik anak sama macam Kak Nurul..kecik-kecik dah suka buku :)


From Puchong With Love..







36 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

yup betul tu, kecik2 dah suka buku. akak kecik2 dulu pun camtu, pantang tgk buku, mesti nak baca. sekrg dah turun kat anak2, pantang nampak popular book store, depa dah tak tentu arah, mesti kena singgah, sanggup bersila baca buku kat situ

Leya said...

wahh bgusnyee...nanti besar mesti pandai..comel! :D

meaw said...

dari dalam perut la kak liza, ajar anak dari pregnant... :D

ada mokhtar said...

bestnya dapat didik anak macam tu.. bukan senang working mummy nak didik anak macam tu kan..

h4ni3 said...

bagusnya.. tulisan pun cantik & kemas
berapa umo diorg ni liza?

putput said...

that's good. bsr nnti msti pandai melukis:D hntr bdk2 pergi kelas muzik pun ok:) they can balance their left n right brain^^

shedameor said...

anak sedara ade nama iman jugak hehe.

*rainyscream* said...

at least si kecik ni tak nakal..kalau jiran2 saya, ya rabbi..rasa nk kurung je diorg. nakal gilaa!!

Yumida said...

woooo..kecik2 dh pandai..didikan yg bgs...comel lak tuuu...

follow u...

Pocket said...

budak budak memang tak leh la nak tangkap gambo diorang posing, susah!!
best captured candid :D
senyuman pun manis lagi :D

Nazatul shima said...

nk ckp.....pic yg kt belah kanan tu cantik la!!hehehe..:)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

jadikan buku sebagai teman...

[sutera kasih] said...

comelnya budak2 tu kak..budak2 mmg ikut mood kalo begambar :)

Mak Izz said...

kepimpinan melalui teladan. kalo mak ayahnya suka buku anak2 insyaAllah.

Rtp Farra Arisha said...

awww, they're so cute!! ;)

Cik Kiah said...

cik puan..awak memang pandai menfoto kan gambar..saye suke hasil awak..hukhuk

aimie amalina said...

ala comeinyeee
waa..bgus mak ayah die ni kan
nak jugakla
nnti rumah pnuh buku
hehehehe

Liza Razak said...

@mamasyaza : betul tuh..kalau kecik2 dah terbiasa memang bagus

Liza Razak said...

@leya : diorang memang comel..hehe

Liza Razak said...

@meaw : betul tuh..kena praktis dari dlm perut

Liza Razak said...

@ada mokhtar : betul tuh..rase kagum pon ada :)

Liza Razak said...

@h4ni3 : kakak umur 7 tahun..adik umur 4 tahun

Liza Razak said...

@putput : bagus jugak idea tuh.nanti akak ckp kat mama diorang..hehe

Liza Razak said...

@shedameor : wahhh..sama name laa !!

Liza Razak said...

@rainyscream : diorang ni mmg x nakal..duduk diam je dlm rumah

Liza Razak said...

@yumida : pandai mama diorang jaga kan..

Liza Razak said...

@pocket : tengkiuu..mmg susah nak snap picture diorg ni..hehe

Liza Razak said...

@meniti senja : betul tuh :)

Liza Razak said...

@sutera kasih : a ah..betul tuh..kdg2 ok je diorang ni bergambar

Liza Razak said...

@mak izz : betul tu..apa2 pon mak dan ayah kena tunjukkan tauladan yg baik pd anak2

Liza Razak said...

@rtp farra arisha : yups...very cute !!

Liza Razak said...

@cik kiah : terima kasih cik kiah !!

Liza Razak said...

@aimie amalina : comel kan diorang ni..rase nk cubit2 je

Liza Razak said...

@nazatul shima : pic yang mne tuh ? :)

Sofya said...

baguslah... xla terlari2 terlompat..

Liza Razak said...

@sofya : betul tuh...nasib baik x buas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...