May 4, 2011

Al Fatihah...

(Picture & Info - http://duniaitu.blogspot.com/)
Al Fatihah buat sahabat kami, Nurul Huda Jamaludin yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di lebuh raya Karak Jumaat lepas..



(p/s : Entry ni sepatutnya saya buat awal lagi tapi disebabkan saya rasa tak ready lagi,makanya saya tangguhkan dulu entry ini )

Arwah Nurul ni sangat comel dan happening...saya pernah lepak karaoke dengan arwah new year tahun lepas...memang happening gile..Walaupon saya tak serapat dengan arwah macam Mr Zalli, Cik Eza dan Angah tapi tetap jugak rasa kehilangan.Tambahan pula..umur arwah baru je 26 tahun tapi Allah lagi sayangkan arwah.

Saya dan rakan-rakan bila dapat tahu berita kematian arwah memang terus shoot pergi ke Kuala Pilah...Kitorang sampai lebih kurang pukul 4 petang.Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupon hujan renyai.Arwah dikebumikan lebih kurang pukul 6.30 petang

Saya nak mengajak sahabat-sahabat blogger saya....marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Nurul dan doakan beliau aman di sana.

AL-FATIHAH...


(Petikan dari Berita Harian 30 Apr 2011)


KUALA LUMPUR: Anak perempuan bekas Ahli Dewan Negara, Datuk Jamaluddin Ahmad, maut selepas kereta Mazda RX6 dipandunya terbabas sebelum merempuh penghadang jalan dan nyaris terjunam ke dalam gaung sedalam 50 meter di Kilometer 25.4 Lebuh Raya Karak arah Bentong, pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu menyebabkan Nurul Huda Jamaluddin, 26, tersepit dalam kereta yang remuk teruk sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian tidak lama kemudian.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Rahim Abdullah, berkata mangsa beralamat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dikatakan dalam perjalanan dari arah ibu negara menghala Pantai Timur ketika kemalangan.

“Mangsa memandu berseorangan dan dipercayai hilang kawalan setiba di tempat kejadian menyebabkan kenderaan terbabas ke kanan laluan dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan.

“Keretanya kemudian berpusing ke arah bertentangan sebelum melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri jalan. Akibatnya, kereta mangsa remuk teruk di bahagian depan dan nyaris terjunam ke dalam gaung,” katanya.

Kemalangan disedari seorang anggota polis peronda sebelum sekumpulan orang awam bergegas menyelamatkan mangsa yang masih bernyawa ketika itu, tetapi disahkan meninggal dunia sebelum sempat dihantar ke hospital.

Difahamkan, bapa mangsa juga pernah bertugas sebagai Setiausaha Sulit Pengerusi Tetap Wanita UMNO yang juga bekas menteri, Tan Sri Napsiah Omar.

Rahim berkata, Nurul Huda meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan sebelum jenazahnya dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Berita Harian
30 Apr 2011




From Puchong With Love....


27 comments:

ARAYANA said...

al-fatihah.

Zura Tahir said...

dia pun blogger jugak ke...ade tgk berita psl nie...al fatihah..

Unknown said...

al-fatihah

Noor Fatin said...

al-fatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat..

Aida Azryn said...

Al-fatihah..

syakirahmn said...

al-fatihah. seramm la lebuhraya karak ni. dh la bulan ni kluar cta karak tu.

sabar k? banyak2 kan doa ntok arwah :) insyaAllah d tmptkan d tmpt org2 beriman :)

MiYOKO SuKi said...

Al-fatihah...

tgk cite pasal xcident ni dlm buletin utama...tak sangka, die kawan awk ye...

neslO_ais said...

takziah...~

♥ bella nabila ♥ said...

takziah

cik jannah said...

alfatihah..

qellissa said...

Alfatihah, semoga Arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..sedih tgk keadaan kereta dia..teruk sgt..

qellissa said...

Alfatihah, semoga Arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..sedih tgk keadaan kereta dia..teruk sgt..

Fatin Nor Syafiqah bt Zulkefli said...

al -fatihah buat arwah .semoge rohnye di tempatkan dalam kalangan orang yang berimann :) amin .

Farhan Zulhusmi said...

Al-fatihah...
Allah sayangkan arwah...insyaALLAH...dia kan ditempatkan dengan orang yang beriman dan beramal soleh...amin...

MiaDiera said...

al-fatihah..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,amin

Not Specified said...

al-fatihah ~

ILA HonEyBuNNy said...

al-fatihah...

Fieza Sani said...

Al-Fatihaah . .

Fieza Sani said...

Al-Fatihaah . .

Fieza Sani said...

Al-Fatihaah . .

a.R said...

al-fatihah tuk dia...~

deeya said...

innalillahiwainnailaihiraajiuun ..
semoga roh nye dicucuri rahmat dan ditempatkan b'sama org b'iman . AMINN !

puteri ain said...

AL-FATIHAH . smoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman

fadh leyanie said...

Al fatihah..dari Allah kita datang..dari Allah juga kita pulang.

Cik Su Life Cycle said...

mesti sedih gila.. huhu.. tak dapat nak bayangkan kalau kawan cik su lak yang tak da

umifuzy said...

AlFatihah..but Arwah Nurul yg sangat comel and petite I will her. She is sooo sweet and young. Its a shocking news and I unable to attend her funeral...wish I can hug her again. Semoga rohnya ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman...AlFatihah

Anonymous said...

hati tiba2 terdetik cari perkembangan arwah..xsangka arwah dh lama pergi...al fatihah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...