Mar 8, 2011

Aktiviti Hujung Minggu (Shopping + Sale + Laksa + Layan Chombee )

Last weekend saya dan Mr Kudud banyak spend time kat rumah..cuma Sabtu petang Mr Kudud ajak saya jalan-jalan kat Sunway Pyramid..pegi sane memang perfect timing betul.Sale everywhere sampai saya terfikir sekarang Mega Sale ke?

Picture saya kat Sunway Pyramid memang tak de..sebab saya ade perangai malu posing sorang-sorang kat dalam mall.Kalau ada geng..tak malu pulak..haha.Saya cuma amik gambar outfit untuk post kat dalam Lookbook.nu je.Itu pon ambil depan rumah..hehe.Kitorang masuk segala macam butik..kononnya nak cari tapered pants (tak abih-abih lagi cari..hehe) dan maxi skirt.

Yang bestnya...saya masuk Jaspal without noticing yang sekarang Jaspal ada sale 60%.Masuk buat kering je ala-ala muka customer touch and go sampai la Mr Kudud cakap ade sale.Dengar je tuh...terus selak baju kat rack macam nak selak kain orang.Last-last jumpa satu tapered pants warna silver..material ala-ala Thai Silk.Tinggal satu je...Ok terus beli!! (Mission Completed)

Mission kedua..maxi skirt.Yang ni saya beli kat Forever 21.Yang penting skirt ni labuh..pheww...at last jumpa jugak..

Ni nak flashback pulak..pagi tuh saya dan Mr Kudud berhempas pulas mandikan Chombee sebab 2 hari sebelum tuh dia terjatuh dalam sup sayur.Ini semua gara-gara tak boleh berenggang dengan saya.Sampaikan saya nak mandi pon dia nak ikut.


Inilah akibatnya apabila seekor burung terjatuh ke dalam sup sayur.Nasib baik tak jadi sup Chombee kan..Time ni dia baru lepas mandi..tak boleh berenggang langsung dengan orang..macam ni laa dia hari-hari..saya pegi mana-mana pon dia akan berdiri atas bahu.


Ahad tengah hari..pergi membeli barang keperluan rumah...macam biasa kat Tesco Puchong..Balik je terus berhempas pulas masak laksa...Mr Kudud ni tak cerewet sangat pasal makan.Apa saya masak dia akan makan.Janji makan kat rumah.Sebab dia tak suka sangat makan kat luar.Cuma sekali sekala during weekend saya akan masak special sikit untuk Mr Kudud.



Sorry laa food presentation tak berapa menarik sangat..hehe.Makan sendiri-sendiri je..Next time saya nak masak nasi minyak dengan ayam masak merah pulak..Kasi Mr Kudud gemok sikit...hehe


From Puchong With Love,

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...