Apr 28, 2011

Laki Bini Terkinja-Kinja

Habis je makan kat Gelare...ada pulak sesi camwhoring...patut laa time nak balik umah,rasa pening-pening.Mana taknya.lepas makan ice cream yang sangat mengenyangkan tuh..terus nak terkinja-kinja macam monyet...

Malas nak taip panjang-panjang...tengok je laa..macam anak monyet





Yang part Mr Kudud tuh ok laa jugak...bini dia pon sakan jugak...tak mau kalah katanya...








Haaa....setakat camwhoring dalam e@The Curve apa laa sangat.Kalau berani..kita masuk kat sini laa....Ada berani??




Takot kan??Kalau korang takut...aku pon takut jugak!!!hahaha




From Puchong With Love...



Jalan-Jalan Bajet Orang Kaya : Gelare Ice Cream

 Location : Gelare e@The Curve, Mutiara Damansara


Kali ni sesi jalan-jalan bajet bajet orang kaya diteruskan lagi di e @ The Curve Mutiara Damansara.Kedai mana yang menjadi mangsa?hehehe

Ini dia...



Saya tak pernah makan ice cream Gelare ni.Yang ni kira first time laa.Kate pon jalan bajet orang kaya...hahaha.Actually kitorang dah makan kat Ikea sebelum.Ni kira saja gatal tekak nak makan ie cream pulak

Kitorang order ice cream waffle..so sementara menunggu waffle siap...macam biasa laa kan..camhoring dulu..hehe






Make up yang hampir luntur dek berjalan lama sangat..hehe







Haaa....dah sampai pon waffle kitorang.Actually kitorang order 2 jenis waffle.Bajet macam tak cukup..tapi 1 waffle je pon dah cukup untuk 4 orang.Memang mengenyangkan...Sumpah sedap gilerr !!







From Puchong With Love....



CONTEST ALYA : AKU DAN ALAM

Kali ni saya ditag lagi oleh Cik Syafiqah Hashim untuk contest !! Terima Kasih !!





Contest ini dianjukan oleh Cik Alya  <--Klik nama beliau untuk join contest !!


Syarat-syarat penyertaan :


1- Mesti laa jadi follower  Cik Alya
2- Buat satu entry pasal contest ini..jangan lupa letak baneer di atas dan link kan terus pada blog Cik Alya
3- Letak tajuk entry - CONTEST ALYA : AKU DAN ALAM
4- Letakkan gambar yang bertemakan alam semulajadi,contohnya gambar korang dekat sawah padi ke,gunung ganang,sungai etc dan yang penting mesti ada gambar korang terpacak dekat situ !
5- Contest terbatal jika peserta bawah 30 orang
6- Tarikh tutup : 30 April 2011
7- Tag pada 5 orang blogger dan pastikan mereka tahu mereka telah ditag
8- Letak URL entry pasal contest ini pada comment box di bawah,jangan letak pada shout box!


Ini dia gambar saya






Saya tag : 










From Puchong With Love....




Sesi Jalan-Jalan Macam Orang Kaya @ One Utama

Semalam saya,Cik Eza dan Mr Zalli membuang masa kami dengan berjimba-jimba di One Utama tanpa tujuan...haha.Terima kasih banyak-banyak korang sebab sudi mengutip saya yang tinggal jauh di Puchong ini..haha.


Sesi mengusha baju (bajet macam nak beli kan) Gaya kena ada beb!!






Habis jalan-jalan kitorang kitorang lepak pulak kat Triple 2...haha.Bayangkan lepak dari pukul 7.30 malam sampai 1.30 pagi.Kira laa bapa lama tuh....haha.Saiko kan??




Semalam saya hanya pakai maxi hitam dan crochet cardie yang lama...huk huk..Bila tengok gambar macam tak best pulak combination kali ni...Tapi saya tetap jugak nak upload.Tak kan semua gambar nak bajet-bajet pulak kan.Yang buruk pon kena tunjuk jugak.Baru boleh belajar kan..??

What I Wore :

Maxi Dress - Pasar Malam
Vintage Belt - Cats Whiskers
Sling Bag - F Block
Oxford Boots - F Block
Paisley Shawl - F Block
Crochet Cardigan - Cats Whiskers


Ada banyak lagi entry perlepakan saya bersama Cik Eza dan Mr Zalli ni...malam ni malas nak taip banyak-banyak.Esok saya story-story lagi ok??


From Puchong With Love...




Apr 27, 2011

Look Of The Day - Slow Ride



Ini outfit yang saya pakai semasa pergi berjimba-jimba dengan kawan semalam.Since saya baru dapat boot baru ni,tiap-tiap hari asyik dok tunggu bila la nak boleh bergaya dengan boot ni..hehe.So semalam laa baru dapat bergedik sakan dengan boot baru!!

Ini sebenarnya entry susulan kepada Hadiah Besday Bootylicious









What I Wore Last Night :


Pashmina - Pasar Malam
Printed Black Top - Zara
SLing Bag - F Block
Tapered Pants - F Block
Stack Of Bangles - Diva
Boots - Forever 21



From Puchong With Love....






Apr 26, 2011

Bakau Gruv Kampung Resort (Day 1)

Kitorang bertolak agak lewat...dalam pukul 6.30 petang gitu...Bajet macam boleh sampai within 1 hour...hehe.Tapi alih-alih sampai pukul 8.30 malam pasal tersesat..ahaha




Actually kami telah dijemput oleh Mr Jafnie @ nama glamournya Chipmunk untuk stay kat sana...huhu.Memang excited laa sebab kitorang pon dah lama tak cuti-cuti Malaysia..hehe.Mr Chipmunk ni siap bawak 1 family lagi..

Sampai je memang lapar gila laa.Kitorang makan kat 'Warung Kopi' kat Bakau Gruv.Saya order asam pedas ikan merah dan nasi putih.Mr Kudud pulak order lamb chop..murah giler jugak laa makanan kat situ.Tu laa dah biasa duduk KL,semua makanan mahal.Sekali-sekali jumpa makanan murah kat tempat lain mula la meroyan..haha




Hari tu memang tak de orang sangat pon kat Bakau Gruv.Hanya ada staf je.Gila sempoi diorang tuh.Best sebab makan beramai-ramai kat Warung Kopi sambil borak-borak




Malam tuh memang kitorang tido lewat gila pasal diorang sume ni pasang movie Hantu Kak Limah Balik Rumah  pulak kan.Tapi mata saya ni memang tak tahan mengantuk sangat.Last-last terbabas jugak kat atas meja makan tuh.Nasib baik tak de sapa amik gambar saya time tuh..hehe

Kepada sapa-sapa yang gila internet dan buku jangan risau.Kat sini ada kemudahan wifi dan mini library.Banyak gila buku dan majalah.Pilih je.Mesti tak boring !!



Kitorang stay kat dangau.Ingatkan macam dangau betul-betul tuh.Dangau ni memang terletak tepi paya bakau.Malam tuh memang tak nampak sangat hutan paya bakau yang ada tepi dangau.

Ini dia pemandangan dari tingkap dangau kami...





Memang macam suasana kampung kan ?? Nanti saya cite lagi untuk next entry lagi ok?



From Puchong With Love...






Slow Ride

Tadi layan favourite TV Series saya...The Good Guys @ Fox..Dalam episod malam tadi,saya terdengar lagu ni kat ringtone handphone salah satu watak dalam siri tuh Dan Stark




Dah lama tak layan lagu ni.Kalau lagu Rock n Roll selalunya saya terpengaruh dengan adik saya Peloq.Dia yang ajar saya layan lagu Rock n Roll ni...hehe


Mari layan...


Melepak @ PuLLMan Putrajaya Bersama Orang Singapore

Jumaat lepas saya,Mr Kudud dan rakan-rakan lain dijemput dinner bersama kenalan dari Singapore.Jauh tuh...Actually Abg Haris dan Kak Rohaidah ni kawan Mr Zalli dan Cik Eza tapi tak pasal-pasal kitorang pon kawan sekali ngan diorg.Abg Haris dan Kak Rohaidah ni sangat baik orangnya.Selalu jugak contact-contact kat Facebook.

Kitorang dinner kat Pullman Putrajaya.Agak lambat sampai time tuh...dalam pukul 10.30 malam baru sampai.Kesian Abg Haris dan Kak Rohaidah kena tunggu lama..huhu.Mula-mula sebelum gerak dari rumah,Mr Kudud tanya saya," You tau tak Pullman Hotel kat Putrajaya tuh?"

Apa punya soklan daa..Sudah semestinya saya tak tau !!

Sampai je kat sana...mak aii gila kentang hotel ni!! Macam Palace Of The Golden Horses.Tak tau pon ada hotel gila gempak kat sana!! (Ayat jakun gila kan??)





Lepas tu kitorang dinner kat hotel...Uishhh...best!! Saya order Salmon Grilled yang sedap giler kot...hehe..





Habis makan kitorang melepak kat outdoor lounge sambil camwhoring...actually saya je yang camwhoring...hehe




Anyway...tengkiuu both Abg Haris and Kak Rohaidah for the lovely night !!


For more info:




From Puchong With Love...





Contest Posing Paling Cun

Cepat !! Sebelum habis tarikh tutup !!


Ok...saya nak join contest ni...



Contest ini dianjurkan oleh : Cik Aida Azryn


Syarat-Syarat Penyertaan adalah :

1- Jadi follower Cik Aida Azryn
2- Buat entry mengenai contest ini
3- Letak banner contest atas ini kat blog anda beserta link blog penganjur dan kalau boleh letak sekali dekat sidebar blog anda 
4- Sila letak gambar anda yang paling cun.Minimum 1 keping gambar dan maksimum 2 keping gambar
5- Tag 3 blogger lain
6- Contest ini untuk girls sahaja
7- Jangan lupa tinggalkan link korang kat ruang comment entry contest penganjur

Tarikh tutup contest :

30 April 2011


Ok...ini dia gambar saya...Gila tamak nak letak sampai 2...hehe






Saya nak tag :







From Puchong With Love....



Jahatnya Kamu

Ini adalah entry tidak puas hati saya kepada Mr Chombee kerana telah menghilangkan 6 keypad handphone saya.Haih~ kalau ada sms masuk je..time nak reply kena laa agak-agak huruf apa...ishh...



Tak cukup dengan itu...handphone saya pulak hang....dah 2 minggu ni tak boleh nak on.Bila boleh on,tak boleh nak tekan pulak button yang ada tuh..haih~

Nampak gayanya kena beli handphone baru dah ni..

Ni dia budak yang mengopek bijik keypad sampai hilang





Mr Kudud..belikan handphone murah kat saya boleh tak?? Apa?? Nak belikan Blackberry !! Biar betul!! (Nampak sangat menipu...jangan harap nak dapat...hehe)



From Puchong With Love....



Apr 25, 2011

Amateur Photoshoot @ Bakau Gruv Morib


Weekend lepas saya dan Mr Kudud bercuti di Morib atas invitation best friend kami...Best sangat.Ini dia sneek peek photography shoot poyo-poyo kitorg..nanti saya ceritakan lagi apa yang menarik di BakauGruv dalam entry yang akan datang ok?Sebab hari ni macam tak de mood pulak nak cerita panjang-panjang..hehe










From Puchong With Love...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...