Apr 20, 2011

Chapati Satu !!

Semalam Mr Zalli dan Cik Eza telah datang melepak di rumah saya.Stended laa kalu dah melepak-lepak tuh mesti laa ada acara main masak-masak..haha

So...semalam disebabkan macam tak da idea nak masak apa,makanya saya dengan tergedik-gediknya nak mencuba membuat chapati...wallawey...bajet pandai je..haha.Sebab dulu mak mertua saya pernah ajar sekali tapi tak pernah cuba buat lagi.Meh nak cuba buat...

Uli punya uli akhirnya adunan dah siap...tinggal nak masak atas pan je lagi.Bila masak atas pan..melekat laa pulak...hadoii!! Ini memang memerlukan kesabaran yang tinggi.Mak mertua saya pernah cakap,buat chapati ni nampak je senang tapi perlukan skill yang tinggi

Nasib baik laa Cik Eza ada...Alih-alih dia pulak yang take charge masak atas dapur...Haa...hamik kau..menjadi jugak !! Tak de laa perfect sangat..tapi chapati kitorang tuh lembut tau..hehe


Lepas tuh Mr Zalli pulak menolong di dapur.Bayangkan baru masak 2 keping chapati dah berpeluh-peluh...haha.Alih-alih jadi kerja 3 orang pulak....hehe.


Untuk kuah chapati pulak...Cik Eza masakkan sambal sardin.Sambal sardin Cik Eza memang terboikk!! Harap-harap hari ni diorang datang lepak lagi kat rumah...sebab saya bajet hari ni nak masak nasik lemak pulak.Last weekend kan saya balik kampung so sempat laa merembat daun pisang untuk dibawak balik.Haa...home made nasik lemak dengan daun pisang tuh....


Ini lah dia hasil kerja 3 orang (saya, Cik Eza dan Mr Zalli ).Food presentation memang out la yer..





From Puchong With Love...




6 comments:

sYa MieLL said...

sedap tu..fevret pulak chapati..nyum2..=)

Liza Razak said...

@syamiell : itu feveret mr kudud..tapi semalam tak berape nak menjadi sgt.nanti nak cuba buat lagi..hehe

♥sophie♥ said...

wuwwuu,, tetibe rase lapar,,

Liza Razak said...

@sophie :saya pon rasa lapa jugak ..hehe

AIN NAZRI said...

sedapnya.. chapati... ain selalu beli chapati segera ajerk.. hik hik

Liza Razak said...

@ain nazri : cuba laa buat.tak susah sgt sebanrnye.cuma kena praktik selalu je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...